Erti pengorbanan untuk Adiladha
telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Seorang anak memarahi ibunya sejak kecil kerana bekerja di satu tempat yang menyebabkannya diejek. Namun, perasaan marah itu dipendam tanpa diberitahu sehinggalah ianya hampir kehilangan ibunya.
Anak itu tidak memahami mengapa ibu tidak membenarkan ayahnya pulang ke rumah ketika usianya 10 tahun. Bukan sekali tapi dua kali. Anak juga tidak faham mengapa ibunya berhenti kerja sebagai seorang jururawat dan bertukar ke seorang pendandan rambut di sebuah salon.
Anak pernah bertemu dengan ayahnya yang sudah bercerai dengan ibunya untuk mendapatkan penjelasan. Ayahnya hanya berkata ibu tidak mahu beliau kembali tanpa mengulas lanjut.
Prasangka anak terhadap ibu semakin mendalam. Anak merasakan ibunya yang merosakkan segalanya – kehidupan ini baginya dalam malu kerana angkara ibu.
Ibunya kini terlantar di hospital kerana barah. Melihat keadaan ibunya sekarang, anak berasa kesal kerana tidak pernah meluangkan masa berkualiti bersama ibunya kerana anak sengaja menjauhkan diri daripada ibunya apabila anak sudah berdikari.
Pada usia 16 tahun, anak bermati-matian hendak ke sekolah berasrama penuh. Alasannya ketika itu ialah anak ingin hidup berdikari tapi niatnya sebenar adalah untuk menjauhi ibu dan dua adik kecilnya.
Adik-adik kecilnya tidak memahami apa yang berlaku, dan biarlah ibu yang menanggung derita membesarkan adik-adiknya kerana ibu yang memilih jalan ini, bisik hati kecil anak itu.
Selepas habis pengajian, anak juga jarang pulang ke rumah dengan alasan sibuk. Ketika Hari Raya, anak juga hanya singgah sehari dua dengan alasan sibuk. Ibu tidak berkata apa-apa selain menahan sedih dan membiarkan air mata mengalir ke dalam hati.
Ibunya kini tidak sedarkan diri di hospital.
"Biarlah ibu kamu berehat," kata Kak Tom, rakan karib ibu yang memiliki kedai salon tempat ibu bekerja.
Anak yang sedih mengikuti Kak Tom ke kantin hospital.
"Mak kamu akan sangat gembira kalau dia tahu Man balik menjenguknya dan duduk di tepinya," kata Kak Tom.
Anak tidak bercakap apa-apa.
Kak Tom meneruskan ceritanya.
Pada satu malam, ketika anak demam kuat, ibu sangat bimbang. Ayah pula menghilangkan diri entah ke mana tidak dapat dihubungi. Ibu berlari ke rumah sahabat karibnya, seorang ketua jururawat di hospital yang sama untuk memohon bantuan.
Ketika tiba, ibu terkejut melihat motosikal ayah berada di rumah tersebut. Ibu tidak berani mengetuk pintu walaupun dah tiba. Di depan pintu, terdengar kata-kata seorang budak memanggil suaminya ayah dan rakan karibnya memanggil suaminya sayang.
Berkecai hati ibu. Ibu berlari ke rumah Kok Tom untuk meminta pertolongan membawa anaknya ke hospital.
Ibu tidak bercakap apa-apa sepanjang perjalanan. Tiada setitis air mata yang keluar. Yang pentingnya anaknya sihat semula.
Ketika semuanya selesai, ayah pulang ke rumah. Ibu bertanya ayah pergi ke mana, ayah berbohong berkata pergi memancing di laut. Air mata ibu mengalir lalu merayu agar ayah bercakap benar.
Setelah didesak beberapa kali, ayah akhirnya mengaku berlaku curang. Ibu tidak dapat menerimanya. Ayah meminta agar dipulangkan segala hartanya sebelum bercerai. Mendengar kata-kata itu, ibu menghalau ayah keluar rumah secara kasar dan nada kuat.
Anak terdengar ibu menghalau ayah, tapi tidak mendengar apa yang dibicarakan sebelum itu.
Ibunya tidak mahu bercerita mengenainya lagi walaupun setelah secara rasminya bercerai dengan ayah. Imej ayah pada anak perlu dijaga, kata hati ibu. Biarlah dia seorang sahaja yang menanggungnya.
Di hospital, ibu teruk dikenakan oleh ketua jururawat yang mempunyai hubungan dengan bekas suaminya. Akhirnya ibu mengambil keputusan meletakkan jawatan.
Ibu tiada pekerjaan. Tapi pembelanjaan rumah dan anak-anaknya memerlukan ibu untuk bertahan, dan bertahan dalam kesakitan. Dalam pada masa yang sama, ayah datang untuk menuntut harta. Ibu mengurung anak-anak di dalam bilik supaya mereka tidak dapat melihat keburukan ayah mereka.
Ibu memulangkan segala wang yang disimpan bersama untuk anak-anak kepada ayah sebelum menghalaunya keluar sekali lagi. Yang menyayatnya, yang dapat didengar oleh anak hanya bahagian menghalau itu.
Tidak apa. Rezeki di tangan Allah, bisik ibu yang menabahkan diri daripada pukulan jiwa terhebat dalam hidupnya. Dan ketika itulah, Kak Tom menawarkan ibu untuk bekerja sebagai pendandan rambut di salonnya.
Kak Tom mengajar ibu segalanya sambil memberikan gaji. Ibu tidak minat pada pekerjaan tersebut namun tetap meneruskannya demi keluarga dan anak-anaknya yang tercinta. Bekerja di kedai salon dipandang serong oleh masyarakat kampung kerana walaupun bekerja di sebalik cermin cerah, masyarakat sekitar tidak dapat menerima ibu memegang kepala orang lelaki.
"Kak Tom dah biasa. Tapi ibu kamu perit kerana dia tak pernah merasainya keadaan dipandang hina, namun ibu kamu bertahan. Kesian dia, walaupun dia bertahan, di rumah, dia juga dipandang hina oleh orang yang paling disayanginya. Bayangkan hidup sedemikian, ia bagaikan neraka," kata Kak Tom.
Ibu tidak pernah merungut anaknya yang semakin jauh padanya. Ibu hanya membisikkan di hatinya, bukan salah anaknya kerana anaknya tidak faham.
Ketika anaknya di luar mencari rezeki, ibunya tidak pernah berhenti mendoakan keselamatannya. Setiap kali Hari Raya Korban menjelang, ibu akan mendermakan daging lembu korban atas nama anaknya.
Yang diharapkan ibu ialah anaknya hidup gembira.
"Ibu kamu melakukan semua itu untuk mengekalkan keluarga. Dia berkorban sepanjang hayatnya untuk kamu semua dan tidak pernah untuk dirinya sendiri," kata Kak Tom di penghujung bicaranya.
Air mata bergenang di mata si anak. Salah faham anak pada ibunya terlalu dalam. Pergorbanan ibunya selama ini dipandang hina oleh dirinya sendiri, masakan ada senjata yang lebih tajam daripada ini pada hati manusia?
Anaknya kembali di sisi katil ibunya lalu menangis memohon maaf. Ibunya mengalirkan air mata dan akhirnya meninggal dunia.
Akhirnya, anaknya faham apa yang berlaku dan kasih sayang dan permohonan maafnya diharap sempat dibawa bersama roh ibunya ke syurga.
Cerita ini diceritakan seorang pensyarah UTM kepada saya ketika saya berusia 27 tahun dan dari situlah, bermulanya penghayatan saya pada erti korban, dari sudut pandangan seorang bukan Islam.
Kepada rakan-rakan Muslim, Selamat Menyambut Hari Raya Haji dan kepada rakan-rakan bukan Islam, Selamat Bercuti.
Oleh Timmy Say

Minyak Man ·
Kasih sayang kau pada Ibu kau amat sikit. Orang yang terlalu sayang Ibu nya akan terhari membaca kisah tersebut sekali pun ibu nya telah meninggal bertahun tahun.
Sesiapa yang menyanggi Ibunya akan marah apabila melihat orang lain memarahi orang tuanya atau kurang ajar dengan orang lebih berumur. Macam kes Mak Yo. Mungkin saudara langsuang tak ambil tahu kes Mak Yo.

Rice ·
Selamat hari raya qurban,,,,,
Di negara Malaysia Qurban sentiasa berlaku
Ada kah Qurban ini yg di tuntut olh Islam dan yg termasuk dalm erti Qurban
Qurban politik ,kuasa, wang dan Qurban nafsu,,
Klu ini bukan Qurban knp segala pengorban in telah di anugerah kan dgn bintang bintang dan darjat kebesaran,,,,
Mari lah kita bersama bersatu menolak pengorbanan perkara di atas yg jijik dan kita berkorban memberi tahu kebenaran wlp kebenaran tidak memihak kpd kita,,,,
Salam Indul adha dari sy utk semua dan selamat mengerjakan ibadat Qurban mudahan kita semua akan lebih di berkati. Insyaallah,,
kpd ASD ucap kan sesuatu di hari raya ini yg boleh memberi pengertian dan kebaikan tampa mempersenda kan antara satu sama lain,,,

sarah ·
Sy pun byk bkorban utk kluarga. Suami terutamanya. Segala apa sy ikutkan. Kdg2 sy mrasakan sy lah suami,sy lah ketua kluarga. Nk bmanja jauh skali. Balik kerja,pasti kami d marahi,dbebeli dmaki etc. Beban etc d tanggung sdiri. Ksetiaan sy d balas dgn kcurangan suami. Bygkan perasaan sy apabila suami kpd kekasih suami mgadu kpd sy ttg betapa mereka bcinta d tmpat kerja. Kesana kemari mggunakan kereta sy. Duit n hp sy pun dberi betina tu.. Segala tbongkar a-z. Sy mintak cerai, bagai nk gila suami sy. Hati sy keras, tp suami tetap dtg n pujuk. Sy x tahu knapa isteri mesti jd tlalu blembut dgn suami. Dh hampir dua thn, keadaan masih bgini. Bdosa ke sy? Walaupun luaran x mgambarkan dalaman,tp sy rasa sy kuat. Semua anak2 dgn sy n sy x perlukan suami yg curang ni.. bagaimana nk bg dia paham n tinggalkan saja kami. Sy dh x nk jd korban.. mana2 tmpat d mukabumi ni tlalu ramai suami yg x btanggungjwb n x tahu mghargai isteri. D mana silapnya?? Isteri jugak yg bsalah? Mak mertua kata, sy kena sabar. Tp berapa lama sy nk sabar? Kalau isteri yg curang,agak2 ada x suami akan maafkan n terimanya semula??
Minyak Man ·
saya ada beberapa pengalaman menghadapi dan melihat orang dalam situasi ini. Kebanyakan Isteri berkerja membantu kewangan suami tetapi silap nya dari membeli barang dapur hingga bayar bil air di serahkan kepada isteri jugak Sebabnya Isteri boleh memandu. Jangan ambil semua tanggung jawab dan urusan rumahtangga, walaupun mungkin duit isteri biar semuanya di buat oleh suami. kalau tidak suami tidak rasa terbeban dan masa yang terluang di guna untuk mencari keseronokan di luar. Isteri saya tidak pandai memandu kemana dia nak pergi saya terpaksa bawa dia Kerana itu setiap tahun saya kena ikut dia balik kampung.
3 kes saya tanya siapa yang bayarkan duit letrik dan air. Ketiga tiga kes Isteri yang bayar sendiri sebab guna duit isteri. Dari awal perkahwinan Isteri jangan lah yang menanggung kerja dan urusan rumah. Hingga anak anak nak daftar masuk sekolah pun Isteri terkonteng konteng keseorangan.
Pengalaman saya sendiri setelah berkawin 2 tahun bila di tanya isteri adakah saya ingin berkawin satu lagi. saya terus jawab ya. Memang sebagai perempuan dia keciwa marah tetapi saya letakkan syarat yang meminang bakal isteri kedua saya ialah dia sendiri. Kerana adakala rasa sayang itu datang tanpa kita dapat kawal dan benar benar terjadi Isteri saya sendiri menalipon perempuan tersebut Dan pada perempuan tersebut syarat saya ialah bila berjalan Isteri saya mesti di hadapan. Saya terselamat sehingga sekarang dan tujuan saya meminta isteri sendiri meminang ialah supaya dia memastikan perempuan tersebut sesuai dengan saya dan dia. Maaf pengalaman saya ini untuk di kongsi oleh saudara/i yang baru berumah tangga.
Berbalik kepada sarah ketiga tiga kes saya itu semuanya menguruskan kehidupan dan masalah mereka sendiri. Puan mampu dan kuat untuk hidup bersendirian. Kalau puan tidak mahu berpisah Puan teruskan menjalankan tanggung jawab puan tanpa kehadiran suami. Mudah mudahan suami puan berubah dan kagum melihat kekuatan puan.

Terima kasih. Hanya yg mgalami shj yg faham. Sy pernah dserang strok kerana mmendam perasaan n depression. Skrg,sy x boleh lg nk dgr@lalui keadaan spt itu lg. Hidup sy hanya lakonan shj. D tempat kerja lah sy sgt gembira wpun sy x tahu apa yg mgembirakan sy. Ye,hidup kena teruskan. Mujur anak2 ada. Suami?? X perlu rasanya. Terima kasih.
anti_rasuah 13p ·
DARI MENTERI SAMPAI KETUA BAHAGIAN, SEMUA KAKI PEMBOHONG.. SBB TUE UMNO BERBAU BUSUK MCM BANGKAI...
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment