Wednesday, October 23, 2013

RG2011... Fw: Mahkamah Perintah Polis & K'jaan Bayar RM370K

 



Kes saman Polis&Kerajaan Malaysia, Mazlan Aliman menang!

telokbakong.blogspot.
gayapeneroka.blogspot
 
Syukur Alhamdulillah!

Hakim Dato' Akhtar Tahir memutuskan polis bersalah membuat tangkapan terhadap Mazlan Aliman dalam kes Felda Lembah Klau, Raub Pahang. Keputusan diumum jam 11.20 pagi ini.

Sehubungan dengan itu, Hakim mengarahkan Kerajaan Malaysia:-

1. Membayar gantirugi am Rm 300,000
2. Membayar gantirugi tauladan RM 50,000
3. Kos Mahkamah RM20,000
4. 8% Faedah penghakiman dari tarikh saman difailkan pada tarikh 18 ogos 2010.

Syukur Alhamdulillah. Terimakasih bebanyak kepada Lawyer Wan Rohimi Wan Daud dan rakan2 beliau, sahabat2 Ngo ANAK, pimpinan, keluarga dan seluruh sahabat handai yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR



Alhamdulillah! Mahkamah Tinggi Temerloh mengistiharkan bahawa penangkapan ke atas Mazlan Aliman pd 9/3/2010 dan Perintah Reman pd 10/3/2010 sebagai terbatal dan tidak sah serta diketepikan kerana mencabul hak asasi dan tidak mempunyai asas undang-undang. Mazlan Aliman diawardkan gantirugi keseluruhan berjumlah RM350k, faedah dan kos.
Sudah lama tidak merasai nikmat kemenangan dlm kes sebegini... Sibuk melayan saman sendiri! Mudah2an ia menjadi pengajaran kpd manusia yg sentiasa bertuhankan Tuan Politik dan menyalahgunakan instrumen undang-undang utk menzalimi sesama hamba!







Semua gambar diambil dari rakan-rakan FaceBook
 
 
 
Mahkamah perintah polis, kerajaan Malaysia bayar Pengerusi Anak RM370,000

telokbakong.blogspot.
 
Gambar dari Facebook Mazlan Aliman.Mazlan Aliman (baju oren) bersama peguam dan penyokongnya selepas mahkamah membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan atas kes salah tangkapan. 

Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini mengarahkan polis dan kerajaan Malaysia membayar RM370,000 kepada Pengerusi Anak Felda (Anak), Mazlan Aliman.

Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusannya mendapati polis bersalah membuat tangkapan terhadap Mazlan dalam kes Felda Lembah Klau, Raub, Pahang.

Akhtar memerintahkan kerajaan Malaysia membayar Mazlan RM300,000 bagi ganti rugi am dan ganti rugi teladan (RM50,000) serta kos mahkamah (RM20,000).

Polis menangkap Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Felda Lembah Klau, Raub pada 18 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Mazlan melalui peguamnya menyaman polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan membuat tangkapan salah dan memalukannya.

Mazlan diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud.

Mazlan Menang: Mahkamah Perintah Polis & K'jaan Malaysia Bayar RM370K

greenboc.blogspot.


Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini mengarahkan polis dan kerajaan Malaysia membayar RM370,000 kepada Pengerusi Anak Felda (Anak), Mazlan Aliman.

Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusannya mendapati polis bersalah membuat tangkapan terhadap Mazlan dalam kes Felda Lembah Klau, Raub, Pahang.

Akhtar memerintahkan kerajaan Malaysia membayar Mazlan RM300,000 bagi ganti rugi am dan ganti rugi teladan (RM50,000) serta kos mahkamah (RM20,000).

Polis menangkap Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Felda Lembah Klau, Raub pada 18 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Mazlan melalui peguamnya menyaman polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan membuat tangkapan salah dan memalukannya.

Mazlan diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud.
-TMI

BERITA SEBELUM INI

Keputusan Mazlan saman polis, kerajaan 23 Okt


TEMERLOH: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir hari ini menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh keputusan perbicaraan kes saman malu Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman terhadap polis dan Kerajaan Malaysia.

Peguam yang mewakili Mazlan, Wan Rohimi Wan Daud berkata pada 16 Ogos 2010, Mazlan selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap empat pihak iaitu Pengurus Felda Lembah Klau Awang Sulong, Felda, Inspektor Mohd Azran Rahmat (pegawai polis yang menangkapnya) dan Kerajaan Malaysia.

Saman bernilai RM2 juta itu berikutan tangkapan (berniat jahat) yang dibuat terhadap Mazlan di Felda Lembah Klau dua tahun lalu.

Namun pada perbicaraan 21 Jun 2011, Hakim Mahkamah Tinggi telah menggugur Felda daripada dikaitkan dengan kes berkenaan.

Menurut fakta kes, pada 9 Mac 2010 kira-kira jam 4.15 Mazlan ketika memenuhi satu undangan dialog dan perbincangan dengan peneroka berkaitan dengan masalah-masalah dialami mereka di rumah peneroka Hamidun Yeop Isa, telah dikepung oleh 30 orang polis bantuan Felda yang bersenjata dan diugut secara biadab oleh pegawai-pegawai Felda.

Hamidun merupakan peneroka yang telah melangsaikan semua hutang dengan Felda dan telah mendapat hak milik tanah kediaman dan ladang.

Mazlan kemudian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. Namun terdapat satu lagi laporan oleh pengurus rancangan Felda Lembah Klau yang menyebabkan beliau kemudiannya ditahan, direman dan terpaksa merengkok selama dua hari di lokap IPD tersebut.

Wan Rohimi berkata, perbicaraan hari ini ialah plaintif mencabar tangkapan dan penahanan yang kononnya dikenakan di bawah Seksyen 441 Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan pencerobohan ketika mengadakan sesi dialog dengan peneroka semalam. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

"Dalam kes ini Hamidun telah menjelaskan semua hutangnya dengan Felda, beliau telah mendapat hak milik tanah dan tidak terikat dengan Akta GSA. Jadi tidak ada pencerobohan jenayah dilakukan Mazlan ke atas harta Felda.

"Mazlan tidak berceramah di balai raya. Jadi tidak ada elemen kesalahan jenayah tetapi kenapa beliau ditahan, direman dan merengkok di lokap IPD Raub dahulu. Jadi atas asas inilah plaintif menyaman polis dan Kerajaan Malaysia," katanya.

Tambah Wan Rohimi, keputusan pada 23 Oktober nanti juga akan menetapkan jumlah ganti rugi kepada plaintif.

Dalam pada itu, Mazlan berkata hari ini beliau melalui pengalaman pertama bercakap dalam kandang saksi di mahkamah.

Turut mengiringi Mazlan ke Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini ialah Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Penasihat Undang-Undang Anak Harris Abdullah, Penasihat Undang-Undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid serta kira-kira 30 penyokong.
-HD


comments:

Anonymous said...

ini lah akibat nya mereka merasakan bahawa tanah dan kawasan felda jajahan takluk mereka..hanya mereka saja yg layak berda dan memasuki felda..ini lah melayu yg berada dlm demokrasi malaysia...mereka lupa kuasa Allah, Alam ini hak Allah, bukan hanya untuk UMNO, yakin dan percayalah kebathilan kini sedang di terajang oleh kebenaran, Insaf lah wahai bapak2 dan pemimpin serta balaci2 UMNO, jangan sombong di dunia ini, kita masih ada lagi alam yang lain yg kita perlu hadapi dari segala kerja buat kita di dunia. syabass GB. teruskan perjuangan.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment