Saturday, October 12, 2013

RG2011... Fw: PELAJAR MAUT DIGILIS LORI

 



PELAJAR MAUT DIGILIS LORI

telokbakong.blogspot.
jasindaily.blogspot.
 
JASIN - Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) maut digilis sebuah lori di Kilometer 175.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, petang kelmarin. Mangsa S.Lavanraj, 19, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor dipercayai dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, Selangor sebelum motosikal Honda EX5 yang ditungganginya terlanggar bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV), Hyundai Santa Fe dipandu Ho Hong Wei, 28. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terjatuh ke lorong kanan sebelum digilis sebuah lori dari arah belakang. 

 Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di tempat kejadian. Menurut kakak Hong Wei, Ho Ee Ping, 40, ketika kejadian dia bersama adik dan anaknya dalam perjalanan pulang dari Singapura ke Taiping, Perak. Menurutnya, ketika itu adiknya memandu perlahan di lorong kiri kerana mendapati kenderaan dinaiki mengalami masalah teknikal dan mereka bercadang ke susur jalan keluar Jasin untuk berhenti makan serta berehat. Namun, belum sempat berbuat demikian, mereka dikejutkan dengan dentuman kuat dari arah belakang kenderaan.

 "Saya segera menoleh ke belakang dan melihat penunggang motosikal itu terjatuh sebelum tergolek ke lorong kanan dan digilis lori sebuah lori "Adik saya kemudian memberhentikan SUV itu tidak jauh dari lokasi dan terus menghubungi talian kecemasan memaklumkan kejadian tersebut," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan. Menurutnya, kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa yang menunggang Honda EX5 dari arah selatan ke utara terlanggar bahagian belakang sebelah kanan SUV dipandu Ho. 

 "Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa terjatuh sebelum dilanggar sebuah lori namun pemandu lori terbabit tidak berhenti di tempat kejadian. "Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment