Friday, October 4, 2013

RG2011... Fw: Penarik Kereta Didakwa Bunuh Pengasas Ambank,

 



Jom tengok polis pengiring pembunuh high profile..

mountdweller.blogspot.
manjongmari.blogspot.
 
Tak pasti apakah ini satu dari SOP PDRM mengiringi penjenayah berat... 

Selalunya gambar anggota polis pengiring biasanya koperal ataupun sarjan,,, tetapi buat penjenayah ni,, pegawai polis yang mengiringnya,,, 
Apakah sekadar nak bergambar sahaja dengan penjenayah berat atau takut pistol tercicir jatuh lagi kalau anggota LLP yang iring.. 
 
  1. Anonymous

    pasukan polis raja dimalaysia sekarang nii lebih confident sikit sebab ISA jelmaan sudah lulus...

 
 
Penarik Kereta Didakwa Bunuh Pengasas Ambank, Cuba Bunuh Isteri Mangsa
 
telokbakong.blogspot.
mountdweller.blogspot.
 
Koong Swee Kwan, 44, (tengah) yang bekerja sebagai penarik kereta 
dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Khamis 
atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank)
Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta di Kuala Lumpur, Julai lalu. 
 

KUALA LUMPUR: Seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta di sini Julai lalu.
Koong, 44, turut berdepan pertuduhan cubaan membunuh isteri pengasas itu, Cheong Mei Kuen, 49.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Koong selepas pertuduhan dibacakan di depan Penolong Pendaftar Rosmaniar Zainuddin.
Bagi pertuduhan pertama, Koong didakwa membunuh Hussain, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin No. 4 Lorong Ceylon, Daerah Dang Wangi, di sini pada 1.30 tengah hari hingga jam 2 petang, 29 Julai lalu.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Koong didakwa cuba membunuh Cheong sehingga menyebabkan kecederaan kepada wanita itu pada masa dan di tempat yang sama, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh yang berbaju t-shirt putih, tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik.
Dalam kejadian itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah. - BERNAMA

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment