Surau diperbaiki, terima kasih penyumbang
telokbakong.blogspot.
ajijoi.blogspot
Pihak Surau Al-Ehsan amat berbesar hati dan berterima kasih kepada para penyumbang yang telah bermurah hati mengeluarkan perbelanjaan sehingga surau berlantai kayu yang baru.
Kini, setelah berjaya menggantikan atap dan lantai, pihak surau bercadang untuk meneruskan rancangan bagi membaiki tingkap, pintu dan khemah. Ada juga rancangan untuk menambah bangunan di bahagian belakang surau untuk kegunaan program-program surau pada masa hadapan.
Diharapkan sumbangan wang ringgit akan berterusan diterima daripada orang ramai bagi menjayakan rancangan kali ini.
Sekali lagi, ucapan ribuan terima kasih buat penyumbang derma yang telah merealisasikan transformasi Surau Al-Ehsan. Hanya Allah Taala sahaja yang layak untuk membalasnya.
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
Sent: Monday, October 07, 2013 11:13 PM
Subject: Fw: Surau Al-Ehsan dilanda ribut, perlu bantuan
Surau Al-Ehsan dilanda ribut, perlu bantuan
telokbakong.blogspot.
ajijoi.blogspot
Pada petang Jumaat lalu, Surau Al-Ehsan di Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh yang lebih dikenali sebagai 'Surau Ustaz Bakar' telah dilanda ribut kuat yang seiras dengan puting beliung.
Seluruh kawasan Rapat Setia mengalami kerosakan akibat ribut kuat yang menyerang bersamanya hujan. Banyak pokok-pokok besar yang tercabut sehingga ke akar setelah diterjang ribut petang itu.
Surau Al-Ehsan tidak ketinggalan di hentam ribut sehingga mengakibatkan 12 keping atap asbestosnya melayang diterbangkan angin. Layangan atap itu mengenai khemah dibahagian belakang surau yang mematahkan besi khemah tersebut.
Bahagian tengah dan bawah surau basah kuyup akibat kehilangan atap yang bagaikan menadah air hujan selebat itu tanpa tapisan.
Karpet surau yang basah akibat limpahan air hujan yang membasahinya sedari petang sehinggalah membawa ke malam dan disambung pula awal pagi itu sehingga tengahari.
Bau karpet dan siling yang basah menyentak hidung jemaah yang hadir menunaikan solat fardhu. Kurang selesa dibuatnya.
Akibat daripada itu, pihak surau terpaksa menggantikan atap yang baru untuk mengelakkan bahagian dalam surau dilimpahi air hujan lagi. Begitu juga dengan siling dan karpet yang rosak menakung air.
Oleh yang demikian, pihak jawatankuasa surau serta Pengerusinya Ustaz Abu Bakar Hussein menyeru orangramai agar menghulurkan bantuan dari segi kewangan untuk memperbaiki atap, siling serta karpet surau yang menelan belanja yang tidak kurang mahalnya.
Segala sumbangan bolehlah di buat kepada akaun Surau Al-Ehsan di Bank Islam Malaysia Berhad No. 08013010007633 atau kepada Bendahari surau, Tuan Haji Daud Bin Jaafar (019-5723624) dan juga Setiausaha surau, Tuan Haji Omar Bin Abdullah (019-5779735).
Jasabaik anda serta sumbangan yang anda hulurkan untuk memperbaiki rumah Allah ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya bagi sesiapa yang membantu tempat didirikan solat berjemaah umat Islam.
*Gambar-gambar kerosakan yang dialami Surau Al-Ehsan selepas dilanda ribut:-
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___















No comments:
Post a Comment