Monday, October 7, 2013

RG2011... Harian Metro d TH 081013

 

HHarianMetro

Berita Utama

Sampai hati ustaz!

 528  10 Google +1  0  1

Cetak

Oleh Nur Lela Zulkipli

Petaling Jaya: "Sampai hati ustaz!". Itu luahan seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz yang terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya.

Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 dan 18 September lalu, namun dia hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini, pada 28 September. 

"Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak sembilan kali," katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital, semalam.

IBU mangsa, Norashikin Mohd Yunus melihat keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan.


Muhamad Faiz berkata, ustaz berusia 30-an itu merotannya dalam sebuah bilik sambil disaksikan rakan dan dua guru lain.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Pelatih PLKN didakwa membunuh

 528  40 Google +2  1  0

Cetak

Oleh Mohd Fauzi Abdullah

PEKAN: Enam pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, terhadap pertuduhan berasingan membunuh dan menyebabkan kecederaan kepada rakan pelatih mereka pada September lalu.

Seorang tertuduh berusia 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, di Kem Latihan Khidmat Negara Pinggiran Pelangi Muadzam Shah pada 22 September lalu antara jam 1.30 petang dan 10.30 malam.

Manakala lima lagi tertuduh berusia 17 hingga 23 tahun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada tarikh sama pada jam 1.30 petang dan 10.30 malam.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa atas kesalahan membunuh dan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes.

SEBAHAGIAN daripada suspek kes bunuh pelatih PLKN dibawa ke mahkamah. FOTO Luqman Hakim Zubir


Lima lagi tertuduh yang berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan dikenakan ikat jamin RM3,000 dengan ibu bapa masing-masing sebagai penjamin.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Tertembak lengan sendiri

 2  2 Google +0  2  0

Cetak

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Seorang anggota pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) hampir putus lengan kanan apabila terkena tembakan senapang patah yang dibawanya dalam kejadian di Kampung Paya Datuk, di sini, malam kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa, Shuib Md Isa, 55, dikatakan memancing ikan bersama seorang rakan berusia 60 tahun sebelum senapang berkenaan dikatakan terjatuh dan meletup mengenai lengan kanannya, jam 10.30 malam. 

Difahamkan, ketika kejadian tali senapang patah disandang mangsa yang gemar memburu binatang itu terputus mengakibatkan ia terjatuh ke tanah dan mangsa kemudian rebah ke tanah dan menggelupur lemah sebelum rakan menghubungi bantuan kecemasan. 

Ibu mangsa, Aishah Baba, 82, berkata, anaknya itu kebiasaannya keluar memancing ikan di sungai berhampiran kampung berkenaan bersama rakan lain, jam 6.30 petang.

SHUIB masih lemah dan dirawat di hospital. Gambar kecil, imej sinar X yang menunjukkan kecederaan Shuib.


Menurutnya, menjadi rutin kebiasaan anaknya memancing ikan sambil memburu pelanduk atau landak dengan menggunakan senapang patah sendiri.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Misteri bunyi dari but

 1486  46 Google +1  0  0

Cetak

Oleh Asmah Rusman

Genting Highlands: Taktik dua lelaki menyamar pemilik kereta yang baru disamun dari sebuah hotel di pusat peranginan di sini, tidak menjadi apabila polis menemui seorang remaja lelaki diculik di dalam but kereta dipandu mereka.

Dalam kejadian di Lebuhraya Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur berhampiran sebuah tokong, jam 6 pagi semalam, kedua-dua suspek mengaku kononnya kereta Honda City yang baru dilaporkan dicuri adalah milik mereka. 

Sumber berkata, sebelum itu polis menerima laporan mengenai satu kes samun sebuah kereta Honda City dan sepasukan unit peronda (MPV) dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengejar kenderaan berkenaan. 

"Kereta yang dipandu suspek bersama seorang wanita hilang kawalan lalu terbabas sebaik tiba di satu selekoh dan kedua-duanya ditahan," katanya.

LELAKI yang menyamar sebagai pemilik kereta ditahan untuk siasatan lanjut.


Menurut sumber, ketika itu, dua lagi suspek yang menaiki kereta Proton Perdana datang dan mengaku kereta Honda City itu bukan disamun sebaliknya hanya berlaku salah faham, malah mengaku mereka pemiliknya.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Empat lelaki dituduh melakukan pemerasan

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

JOHOR BAHRU: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki rakyat Bangladesh awal bulan lepas.

G Mahgendran, 35, A Deniskumar, 34, K Siridono, 23, dan MC Mugunthan, 21, bersama-sama enam individu yang masih bebas dituduh melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Md Moner, 30, bahawa satu pembunuhan akan berlaku kepadanya dengan menggunakan pisau. 

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Rotan Lumpit, Taman Ria, Plentong, di sini kira-kira jam 7.30 pagi, 9 Sept lepas. 

Keempat-empat mereka didakwa mengikut Seksyen 386 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.


Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Chuah Shyue Chien tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan berkenaan tidak boleh dijamin.


Bagaimanapun, Hakim Hassan Abd Ghani menerusi budi bicara mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang serta mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis setiap dua minggu. 

Sementara itu, Deniskumar, Siridono dan MC Mugunthan turut mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang penjaga pusat hiburan, bulan lepas. 

Ketiga-tiga mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan parang panjang ke atas A Murugan, 36, di Restoran Tapai Tang, Jalan Chengai, Taman Melodies, di sini, kira-kira pukul 4.10 pagi, 17 Sept lepas. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat turut tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan berkenaan tidak boleh dijamin. 

Hassan, atas budi bicara mahkamah, bagaimanapun, turut membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang serta mengarahkan mereka melaporkan diri di balai polis setiap dua minggu. 

Keempat-empat tertuduh diwakili peguam Mazri Muhammad dan mahkamah menetapkan 25 Okt depan untuk sebutan semula kedua-dua kes berkenaan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

2 maut, 4 cedera kereta dirempuh van

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

JOHOR BAHRU: Dua maut manakala empat cedera dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 51, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, sebuah Proton Iswara hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah van yang tidak sempat mengelak. 

Dua mangsa yang juga penumpang depan Proton Iswara, R Santha, 44, dan penumpang belakang kereta itu, M Natarajan, 28, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah. 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Dua didakwa jual kelengkapan komunikasi tidak diperakui

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

BUTTERWORTH: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi terhadap pertuduhan menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui pada Oktober tahun lalu.

Choo Khang Wei, 30, dan Lim Su Jin, 40, didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 4.30 petang pada 18 Oktober tahun lalu di Taman Seri Bukit Indah, Bukit Mertajam. 

Mereka didakwa mengikut Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik 2000) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peraturan sama.

Lim (kanan) dan Choo. FOTO Danial Saad

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Pesawat pertama mendarat di KLIA2

 2  0 Google +1  0  0

Cetak

SEPANG: Sebuah pesawat Malindo Air menjadi pesawat pertama mendarat di Landasan 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 pada sesi percubaan pendaratan di sini, kira-kira jam 9.54 pagi tadi.

Landasan 3 itu adalah satu kejayaan baru negara terutama di dalam industri penerbangan di rantau ini kerana ia adalah landasan ketiga berjaya dibina di KLIA bagi menampung kesesakan di lapangan terbang utama negara itu. 

Majlis berkenaan disaksikan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Permohonan JAWI ditolak

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, tadi menolak permohonan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menarik balik pertuduhan ke atas pengurus stor kedai buku Borders di The Gardens, Mid Valley City, Nik Raina Nik Abdul Aziz berhubung pengedaran buku kontroversi karangan Irshad Manji.

Hakim Syarie Datuk Abdul Walid Abu Hassan juga menangguhkan prosiding kes itu sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan selesai.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Ali Rustam angkat sumpah Senator Dewan Negara

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Upacara angkat sumpah disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Selain Mohd Ali, tiga lagi dilantik menjadi Senator iaitu Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Khairudin E S Abd Samad; Pengerusi Barisan Nasional BN Parlimen Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani dan Exco Pemuda UMNO, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Skim insurans bomba sukarela

 0  1 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Nurul Fhatihah Zakinan

Shah Alam: Bagi menghargai jasa dan sumbangan Pasukan Bomba Sukarela Malaysia yang menjadi pasukan bantuan awal kecemasan kebakaran, Kerajaan Pusat bersetuju memberi skim insurans premium kepada 14,183 anggota pasukan berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, ahli bomba sukarela ini hanya perlu membayar premium RM10 sebulan dan akan mendapat faedah perlindungan kematian ketika menjalankan tugas serta kematian biasa ketika kemalangan.


Katanya, bagi faedah perlindungan kematian ketika menjalankan tugas, pampasan RM44,000 akan diberikan kepada anggota bomba sukarela manakala RM22,000 bagi kematian dan hilang upaya kekal akibat kemalangan mengikut peratusan ditetapkan.

"Perlindungan insurans ini dimulakan sejak Januari lalu dan setiap anggota Bomba Sukarela turut menerima kemudahan bayaran rawatan di hospital serta kecederaan akibat kemalangan," katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Konvensyen Bomba Sukarela dan Program Bomba bersama Masyarakat 2013 kali kedua, di pekarangan Stadium Shah Alam, di sini, semalam.


Menurutnya, 368 pasukan daripada 14,183 anggota Bomba Sukarela bertindak sebagai pasukan bantuan awal sebelum anggota JBPM tiba di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Separuh kepala hilang

 194  10 Google +0  1  1

Cetak

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Parit Buntar: Seorang ibu tunggal hanya mampu menahan linangan air mata berikutan perlu menjaga anak lelakinya yang 'hilang' tempurung kepala akibat kemalangan sejak setahun lalu.

Mariam Long, 49, berkata, anaknya Abdul Hadi Abd Halim 19, hanya mampu terbaring dan perlu diberi perhatian sepanjang masa termasuk urusan makan minum di rumah mereka di Kampung Kedai 4, Sungai Kota, Tanjung Piandang, di sini.

Katanya, kemalangan berlaku pada jam 9.45 pagi 5 Disember lalu apabila anaknya yang menunggang motosikal ke Sungai Nyor, Pulau Pinang dirempuh kereta.

"Anak saya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Pulau Pinang selama dua minggu dan terpaksa dibuang tempurung kepalanya akibat kecederaan dalaman di beberapa bahagian dalam kepalanya.

ABDUL Hadi memerlukan perhatian 24 jam.


"Saya terus terduduk menangis ketika itu kerana tidak percaya kecederaan yang dialami anak begitu parah. Saya terpaksa merelakan pembedahan membuang tempurung kepala itu bagi menyelamatkan nyawanya," katanya.


Menurutnya, dia mulanya tidak berani menatap wajah anaknya selepas pembedahan, namun naluri keibuan di dalam dirinya menyebabkannya menguatkan semangat untuk melihat dari dekat.

"Saya kini berkorban masa, tenaga dan wang untuk menguruskannya setiap hari. Sedikit pun saya tidak terasa beban dan menganggapnya ketentuan Ilahi.

"Anak saya perlu perhatian 24 jam kerana hanya terlantar dan tidak mampu melakukan sebarang pergerakan. Segala urusan harian seperti mandi, menukar lampin dan makan perlu dilakukan dengan dibantu seorang lagi anak Muhammad Faiz, 23, yang mengalami masalah kecacatan pendengaran," katanya.

Dia dan anak lain bergilir-gilir membuang kahak di dalam rongga leher Abdul Hadi yang ditebuk berikutan bimbang menyebabkan anaknya tersedak.

"Bukan itu saja, tangan dan kakinya juga perlu digerakkan supaya tidak menjadi kaku. Kos rawatan bulanan anak termasuk susu khas dianggarkan mencecah sehingga RM1,000 sebulan. 

"Mujurlah saya menerima wang pencen arwah suami Abdul Halim Ismail yang pernah bertugas sebagai tentera," katanya.

Dia juga menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Selagi hidup saya akan terus menjaganya dan berharap dia kembali pulih sepenuhnya," katanya yang turut memelihara seorang lagi anak orang kurang upaya (OKU), Norhayati Abdul Halim, 16," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Van petrol isi diesel

 7  0 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Tempat duduk belakang diubah suai menjadi tong besar. Itu taktik dua lelaki tempatan untuk menyeleweng diesel kegunaan persendirian untuk dijual kepada pengguna industri di sekitar Lembah Kelang.

Difahamkan, lelaki berusia 29 dan 22 tahun itu menjual diesel kepada pemilik kilang dengan harga lebih murah daripada harga pasaran dan mereka bergiat aktif di hujung minggu sejak beberapa bulan lalu.


Bagaimanapun, kegiatan mereka dikesan ketika mengisi minyak diesel di sebuah stesen di Sungai Besi, di sini, oleh anggota polis trafik dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur yang menahan mereka untuk pemeriksaan lanjut.

Pegawai Turus Kuat Kuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, dua lelaki itu ditahan sepasukan anggota Kuat Kuasa Trafik yang diketuai Asisten Superintendan Sahimi Husin, jam 12.30 tengah hari, semalam.


"Ketika itu, mereka nampak dua lelaki mengisi diesel untuk sebuah van Toyota Lite Ace yang menggunakan bahan api petrol.


"Sebaik nampak kehadiran kereta peronda, kedua-dua lelaki itu cuba meninggalkan lokasi berkenaan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum anggota kami menahan mereka," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati cukai jalan kenderaan berkenaan sudah tamat tempoh, namun keadaan mereka yang ketakutan sebaik ditahan menyebabkan anggota memeriksa bahagian tempat duduk belakang van itu.


"Tempat duduk van itu ditutup dengan pengalas dan selepas alas permaidani itu diangkat, kami mendapati ia diubah suai menjadi tong besar untuk diisi diesel yang dipercayai dijual kepada kilang pada harga murah," katanya.

Beliau berkata, tong itu mampu mengisi diesel berharga kira-kira RM300 dan ketika ditahan mereka hanya sempat mengisi diesel berharga RM200 iaitu kira-kira 119 liter diesel.


"Mereka juga dikesan mengubah suai saluran petrol untuk tujuan berkenaan selain menyediakan paip saluran keluar untuk memudahkan mereka menjual kepada pekilang.


"Kedua-dua lelaki itu ditahan untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Peniaga rugi RM100,000 kediaman disamun

 3  1 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Gombak: Seorang peniaga kerugian dianggarkan kira-kira RM100,000 selepas barangan berharga dan kereta miliknya disamun sekumpulan lelaki yang bertindak menceroboh kediamannya di Taman Sri Gombak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, wanita berusia 33 tahun itu yang sedang tidur nyenyak terkejut apabila tiba-tiba pintu bilik tidurnya dibuka sebelum empat lelaki masuk dan terus mengacukan parang.


Menurut sumber, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan mangsa tidak sempat berbuat apa-apa apabila suspek mengugut akan mencederakannya jika melawan dan meminta mangsa memberitahu tempat simpanan barangan kemas dan wang tunainya.

"Mangsa yang ketakutan akur dan menyerahkan barangan kemas dan wang tunai kepada suspek. Malah mereka turut menggeledah kediaman itu selama beberapa minit sebelum melarikan diri bersama kereta milik mangsa.


"Mujur mangsa tidak diapa-apakan dan dia yang trauma dengan kejadian itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Gombak untuk tindakan selanjutnya," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Remaja minta RM800 lebam satu badan

 4  0 Google +1  1  0

Cetak

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Gombak: Tindakan seorang remaja lelaki ingin menuntut hutang daripada rakannya mengundang padah apabila dia dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Batu Caves, di sini, menyebabkan dia cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, remaja berusia 18 tahun itu pada mulanya ke restoran terbabit untuk makan sebelum terserempak dengan rakannya itu.


Menurut sumber, mangsa kemudian bersemuka dengan rakannya itu dan bertanya berkaitan wang dipinjam suspek berjumlah RM800 yang masih belum dijelaskan.

"Bagaimanapun rakannya itu memberitahu tidak mempunyai wang buat masa ini dan akan membayarnya semula nanti namun mangsa tidak berpuas hati dan memberi alasan sudah lama memberi tempoh kepada suspek untuk menjelaskan hutang itu.


"Berang dengan tindakan mangsa yang mendesaknya, suspek naik angin dan terus menolaknya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka," katanya.


Sumber berkata, tidak cukup dengan itu, rakan suspek turut membelasah mangsa selama beberapa minit menyebabkan dia menjerit kesakitan.

"Tidak tahan diperlakukan sedemikian rupa, mangsa bertindak melarikan diri sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Selayang untuk tindakan selanjutnya.


"Akibat kejadian itu dia cedera di kepala dan lebam seluruh badan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Tiada kes dua budak ditelan ular

 72  0 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Mary Victoria Dass

Pasir Gudang: Polis menafikan hebahan berita disebarkan dalam laman sosial Facebook (FB) berkaitan kejadian dua kanak-kanak berusia empat tahun yang kononnya dibaham ular sawa di Masai di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, berita disebarkan itu didapati palsu.


Menurutnya, siasatan mendapati pihaknya tidak menerima sebarang laporan kejadian berkenaan.

"Tiada kejadian seumpama itu berlaku di kawasan berkenaan dan kami juga tidak menerima laporan mengenainya," katanya.


Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang berkata, pihaknya menyedari perbuatan pihak tertentu yang menyebarkan berita berkenaan dalam FB.


"Kami tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian berkenaan," katanya.

GAMBAR yang tersebar di FB adalah palsu.

Dalam hebahan di FB, kelmarin, dua kanak-kanak berusia empat tahun dikatakan dibaham ular sawa di Kampung Sentosa, Masai, di sini.


Kejadian berkenaan didakwa berlaku pagi kelmarin.

Berita berkenaan menarik perhatian ramai pengguna FB dan ia dikongsi kira-kira 200 penduduk sekitar Masai selain seluruh negara.


Malah, terdapat gambar menunjukkan ular sawa berkenaan diletakkan dalam sebuah kenderaan.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

'Penumpang duduk atas bumbung feri'

 82  0 Google +0  0  0

Cetak

Kudat: Seperti berada dalam tin sardin. Begitulah gambaran terhadap sebuah feri penumpang yang ditahan selepas didapati membawa penumpang berlebihan sehingga memenuhi bahagian sisi dan bumbung dalam operasi khas di perairan Esplaned, di sini, kelmarin.

Dalam operasi khas jam 9 pagi, sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) bertindak melakukan pemeriksaan sebaik menerima maklumat awam mengenai tindakan pengusaha feri dari Pulau Banggi ke Kudat yang sering membawa penumpang terlalu ramai.


Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati feri berkenaan membawa 340 penumpang, melebihi 135 berbanding hanya 205 penumpang saja dibenarkan.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati lima penumpang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dipercayai pendatang asing tanpa izin.


Susulan itu, feri berkenaan ditunda ke dermaga untuk tindakan lanjut manakala lima pendatang ditahan untuk siasatan.


Pegawai Pemerintah PPM Kudat Asisten Superintendan Safardi Abd Samad berkata, operasi berkenaan dilancarkan selepas pihaknya mendapat maklumat awam.

PENUMPANG berlebihan terpaksa duduk di bahagian sisi dan bumbung feri dari Pulau Banggi ke Kudat.

"Kami menerima aduan mengenai tindakan pengusaha feri membawa lebihan penumpang selain tiada langkah keselamatan diambil termasuk tidak menyediakan jaket keselamatan mencukupi.


"Ketika ditahan, kami mendapati feri dari Pulau Banggi ini membawa 340 penumpang sehingga terdapat penumpang duduk di atas bumbung," katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati feri berkenaan hanya dibenarkan membawa 205 penumpang.


"Pemeriksaan lanjut turut menahan lima individu tanpa dokumen diri termasuk seorang wanita bersama bayi lelaki berusia setahun manakala tiga yang lain berusia antara 17 hingga 39 tahun.


"Semua pendatang ditahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di negara ini tanpa permit sah dan diserahkan ke Jabatan Imigresen Kudat," katanya.


Safardi berkata, pengusaha feri penumpang itu didapati melanggar peraturan K9(1) Kaedah Bot 1953 kerana membawa penumpang secara berlebihan.


"Syarikat pengendali bakal berdepan tindakan saman oleh Jabatan Laut selain feri berkenaan diserahkan kepada Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah," katanya.


Sementara itu, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, pihaknya meningkatkan pemeriksaan terhadap semua pengangkutan laut di negeri ini.


"Ini bagi mengelak kejadian kapal karam pada 2009 berulang sehingga mengorbankan banyak nyawa.


"Saya memberi amaran tindakan tegas diambil terhadap pengusaha feri, pemilik kapal, bot atau nelayan yang didapati membawa pendatang atau melakukan penyeludupan barang kawalan di Kudat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

'Saya reda dia dijel'

 1347  72 Google +1  0  0

Cetak

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

Kuala Terengganu: "Yang Arif, saya reda mempunyai anak seperti ini dan reda dia dipenjarakan," kata Mustafa Ismail, 67, dalam permohonannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun supaya memenjarakan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, sebagai pengajaran terhadap tindakannya mengabaikan nafkah terhadap ibu bapa serta dua anaknya yang dipelihara Mustafa.

Buat kali pertama selepas kes tuntutan nafkah dan saman difailkan Mustafa selaku plaintif terhadap Nasrun selaku responden pada 2010, anaknya itu muncul di mahkamah semalam selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada bulan lalu.


Pada prosiding semalam, Rosdi memerintahkan Nasrun membayar RM10,000 kepada Mustafa dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, sebelum jam 3 petang semalam dan jika gagal, defendan dikenakan hukuman penjara selama seminggu dan responden melunaskan bayaran nafkah itu semalam. Rosdi turut memerintahkan responden membayar baki RM11,000 secara ansuran kepada kedua-dua ibu bapanya.

Mahkamah juga membenarkan Nasrun diikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin sementara menunggu tarikh mendengar notis tunjuk sebab untuk responden membela diri pada 24 November depan selepas plaintif memfailkan permohonan supaya anaknya dipenjarakan kerana gagal melaksanakan perintah mahkamah berhubung pembayaran nafkah bernilai RM18,866.50.


Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya tiga tahun lalu.


Selepas tiga tahun, permohonan pesara syarikat cari gali minyak itu akhirnya berjaya dan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 28 Ogos tahun lalu memerintahkan Nasrun selaku responden memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang ketika itu berusia 15 dan 17 tahun.

Rosdi dalam penghakimannya ketika itu turut memerintahkan Nasrun digelarnya sebagai 'Si Tanggang Moden' membayar RM400 seorang kepada ibu dan bapanya serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun yang diabaikan sejak lapan tahun lalu.


Bagaimanapun, Mustafa menerusi peguam syarienya, Fazru Anuar Yusof terpaksa memfailkan saman dan waran tangkap terhadap anaknya selepas Nasrun enggan dan gagal melaksanakan perintah mahkamah untuk membayar tuntutan nafkah ibu bapa dan dua anaknya berjumlah RM18,866.50.

Terdahulu, pada prosiding semalam, Nasrun yang kini bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak memberi alasan tidak mahu melawan bapanya di mahkamah sebagai jawapan kepada soalan Rosdi yang mahukan penjelasannya mengapa tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang prosedur berjalan sejak 2010.


"Saya tidak mahu melawan bapa saya di mahkamah. Saya tiada niat untuk melawan ibu bapa saya," katanya yang memakai baju kemeja biru berkolar putih sambil turut menafikan dia hadir ke mahkamah kerana menerima waran tangkap.


Mendengar jawapan Nasrun itu, Rosdi kemudian memerintahkan supaya kedua-dua pihak mengadakan perbincangan dan menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan memberi tempoh satu jam sebelum menyambung semula prosiding.


Bagaimanapun, sebaik sesi prosiding disambung, Mustafa memohon mahkamah memenjarakan anaknya kerana kecewa dengan sikap responden yang langsung tidak mengendahkannya, malah hanya bersalaman dengannya selepas diperintahkan Rosdi, susulan keputusannya mahu memohon maaf daripada bapanya.

Nyaris rentung selepas kereta terbakar

 0  0 Google +0  1  0

Cetak

Oleh Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Terengganu: "Mujur rakan cepat menarik saya keluar dari kereta dan jika tidak pasti saya sudah rentung," kata Abdul Latif Ibrahim, 30, menceritakan detik cemas ketika Proton Wira dinaiki bersama dua rakan lain terbakar selepas merempuh pokok durian di Kampung Lingai, Batu Rakit di sini.

Ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Abdul Latif berkata, dalam kejadian jam 5 petang Khamis lalu, dia dan dua rakannya dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Pondok Dalam di sini, selepas bekerja sebagai tukang rumah di Kampung Simpang Tok Ku di sini.


Menurutnya, dalam perjalanan itu, dia berada di tempat duduk penumpang belakang dan terkejut apabila kereta dipandu rakannya itu beralih ke bahu kiri jalan secara tiba-tiba lalu merempuh pokok durian.

"Saya tidak pasti sama ada rakan yang memandu itu mengantuk atau ada masalah lain menyebabkan kereta dipandu merempuh pokok durian di bahu jalan berkenaan.


"Sebaik rempuhan berlaku, saya tercampak ke depan dan kepala terkena papan pemuka hingga pitam manakala dua rakan di depan pula bergegas keluar dari kereta dipenuhi asap akibat kebakaran pada enjin," katanya yang menerima rawatan di Wad Ortopedik HSNZ.


Katanya, sebaik melihat api marak di bahagian depan, seorang rakan yang mengalami kecederaan ringan segera mengejutkannya daripada pengsan dan meminta keluar segera.

"Ketika tersedar, saya berasa sakit di leher manakala kepala pula terasa begitu panas dan baru tahu rambut saya terbakar disebabkan terkena api yang merebak pada papan pemuka.


"Dalam kekalutan itu, saya menguatkan semangat mencapai tangan rakan dan segera keluar daripada kenderaan yang terbakar sebelum meletup," katanya.

Menurutnya, dia dan dua rakan lain hanya mampu melihat dari jauh kenderaan itu terbakar sebelum mereka dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut.


"Dua rakan saya hanya cedera ringan manakala saya dimasukkan ke wad kerana tulang leher patah. Walaupun kepala tidak dapat berpaling sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan, namun bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Maut balik tengok bola

 1  0 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Syazwan Msar

Maran: Seorang remaja maut selepas menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Malaysia antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) apabila dihempap pokok yang tiba-tiba tumbang akibat angin kencang ketika menunggang motosikal dalam kejadian di FELDA Jengka 17 di sini, jam 9 malam kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa, Muhammad Muhaimin Abdullah, 17, dari FELDA Jengka 17, di sini, dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sebelum singgah di sebuah gerai makan untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat suku akhir membabitkan dua pasukan berkenaan.


Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai hanya sempat menonton separuh masa pertama perlawanan sebelum mengambil keputusan pulang ke rumah.

Namun, ketika tiba di lokasi kejadian terletak 10 kilometer dari tempat kerjanya, tiba-tiba angin kencang mengakibatkan sebatang pokok di bahu jalan tumbang lalu menghempap mangsa.


Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, akibat kejadian itu, mangsa parah di badan dan kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Jengka (HJ) untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Air laut naik darat

 2  1 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Kegembiraan enam sekeluarga menikmati percutian hujung minggu di sebuah pantai peranginan di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, dekat sini, terbantut apabila chalet mereka dinaiki air laut sehingga 0.8 meter dalam kejadian ombak besar, semalam.

Kejadian jam 7 pagi itu menyebabkan pengusaha chalet memindahkan keluarga berkenaan ke tempat selamat dan menutup enam daripada 25 bilik yang dipenuhi air.


Difahamkan, kejadian ombak besar itu berlaku selepas enam bulan pertama tahun ini hingga memenuhi kawasan chalet berkenaan dan terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Penghuni chalet, Azman Noradli, 31, dari Perak berkata, dia yang menginap bersama isteri, Norlaili Ithnin, 29, dan empat anak berusia enam hingga 10 tahun terkejut apabila air laut melimpah ke dalam chalet terbabit.


"Ketika kejadian, saya berada di dalam bilik air, manakala isteri sedang menukar pakaian empat anak saya dan kami bercadang bersarapan pagi di sekitar pantai berkenaan sebelum membawa anak mandi di laut.


"Selepas selesai mandi, isteri menjerit kuat memaklumkan air laut masuk deras ke dalam chalet melalui pintu depan menyebabkan saya bergegas membuka pintu lalu membawa semua anak keluar," katanya.

Menurutnya, di luar dia melihat ombak besar menghempas tebing pantai pada jarak 10 meter dan menyebabkan air laut melimpah melepasi jalan.


Pengusaha chalet Abdullah Rahim Omar, 48, berkata, dia dan isterinya berada di depan chalet menyedari air mula melimpah di halaman hingga naik ke paras lutut "Angin kuat lebih satu jam menyebabkan ombak naik tinggi ke darat dan memenuhi halaman chalet kurang 10 minit kemudian," katanya.

Kata beliau, kejadian bencana itu kali pertama berlaku dalam tempoh setahun dia mengusahakan chalet berkenaan hingga ombak turut memasuki deretan bilik depan kawasan terbabit.


"Berikutan kebanjiran air ombak, deretan bilik di bahagian depan chalet terpaksa ditutup bagi melakukan kerja pembersihan walaupun sudah menerima tempahan pelanggan pada hujung minggu.


"Malah, tebing pesisir pantai yang masih dalam kerja baik pulih turut runtuh semula. Mujur tiada pengunjung mandi di sekitar kawasan tebing berkenaan ketika kejadian," katanya.


Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ismail Othman berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Perparitan dan Saliran Negeri (JPS) bagi mengkaji langkah mengatasinya daripada berlarutan.


"Kawasan pantai itu terdedah dari angin monsun hingga ombak mudah naik ke darat dan ia boleh diatasi dengan pembinaan tembok pemecah ombak dan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Bayi tercurah air panas

 91  0 Google +2  0  0

Cetak

Oleh Alias Abd Rani

Serian: Seorang wanita hanya mampu menangis apabila melihat bayi lelakinya meraung kesakitan selepas bekas menyimpan air panas terjatuh dan mengenai muka serta tangan dalam kejadian di rumahnya di Kampung Slapi, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 5 petang ketika bayi malang berusia sembilan bulan itu berada di dapur berseorangan manakala ibunya hanya dikenali sebagai Mariah, 17, tidak menyedari perkara itu kerana membasuh baju.


Menurut Mariah, dia tidak menyangka anaknya yang baru pandai merangkak bergerak ke dapur sendirian sebelum menarik bekas menyimpan air panas yang diletakkan di atas meja.

"Ketika membasuh baju, saya terdengar tangisan anak lelaki saya itu. Saya berlari ke arahnya dan mendapati mukanya kemerah-merahan.


"Saya sangat takut ketika itu dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke Hospital Serian," katanya.


Sebelum ini, Mariah berkata, anaknya yang baru pandai merangkak tidak bergerak jauh.

MARIAH mengendong anak lelaki sebaik tiba di HUS.

"Kejadian itu mengejutkan saya kerana saya baru sekejap saja meninggalkannya di ruang tamu untuk membasuh baju," katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, semalam.


Berikutan kecederaan serius dialami pada muka selain tangan, bayi sulung Mariah dirujuk ke HUS pada jam 11 pagi, semalam, sebelum dimasukkan ke unit kecemasan.

"Saya berharap anak saya cepat sembuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Batam 'eksport' rokok putih

 3  0 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Yusri Abdul Malek, Amir Abd Hamid, Salman Hamat, Fardy Bungga, Adnan Mohamad dan Zuliaty Zulkiffli

Pulau Batam: "Kilang ini mengeluarkan pelbagai jenis rokok untuk pasaran Malaysia, lengkap dengan ciri keselamatan seolah-olah sudah dibayar cukai.

"Kami juga menghasilkan kotak rokok hampir 90 peratus sama dengan pengeluar asal." Itu kata seorang pekerja sebuah kilang rokok di kawasan perindustrian Citra Buana Park III, di sini yang dikatakan mengeluarkan rokok putih, khusus untuk diseludup ke Malaysia.


Lelaki yang mahu dikenali sebagai Tarlutan, 46, itu mendakwa kilang berkenaan sudah membekalkan rokok seludup sejak kira-kira tiga tahun lalu.

Dia ditemui wartawan Harian Metro yang melakukan tinjauan ke pulau ini yang dikatakan menjadi pusat pembuatan rokok seludup. Pengedaran rokok putih tidak sah, seludup dan tiruan menguasai 35 peratus pasaran rokok tempatan dengan jumlah kira-kira 227 juta batang sebulan.


Rokok seludup itu dijual pada harga RM2.50 hingga RM4 sekotak untuk 20 batang.


Dua kilang utama di kawasan perindustrian Citra Buana Park III, Batam Centre, di sini dikatakan memproses rokok untuk pasaran Malaysia.

Kegiatan penyeludupan rokok menyebabkan kerajaan kerugian pungutan cukai sebanyak RM2 bilion setahun.


Faktor sempadan yang luas, kelemahan penguatkuasaan dan rasuah dikenal pasti menyebabkan ia bolos dan mudah didapati di mana-mana. Berdasarkan rekod, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terdapat hampir 100 jenama rokok putih dan keretek yang tidak dibayar cukai berada di pasaran negara ini. Kebanyakannya, diseludup sama ada dari Indonesia, Filipina atau Vietnam.

Hasil tinjauan selama empat hari, terbukti beberapa rokok putih jenama terkenal yang berada di pasaran Malaysia sebahagian besarnya dihasilkan di pulau ini.


Malah, satu jenama rokok yang dulu dikilangkan di Malaysia sebelum menghentikan operasi pengeluaran Februari lalu turut dikeluarkan kilang di sini.


Kilang yang beroperasi lima hari seminggu itu juga tidak mempamerkan papan tanda menunjukkan tempat pengilangan rokok.


Tarlutan berkata, dia difahamkan kilang yang beroperasi tiga syif itu diuruskan rakyat Malaysia. "Dalam kepulauan Riau, Pulau Batam menjadi tumpuan pengilang rokok antarabangsa kerana insentif istimewa diberikan kerajaan Indonesia," katanya.


Menurutnya, penghantaran rokok berkenaan ke Malaysia dibuat dalam dua cara iaitu menerusi pelabuhan Singapura atau diseludup terus menggunakan bot laju atau feri.


"Tiada kapal kargo yang menghantar secara langsung kerana semua penghantaran dibuat melalui Singapura sebelum ia diseludup masuk ke Malaysia melalui jalan darat atau laut menggunakan dokumen palsu.


"Selain itu, ada beberapa laluan haram digunakan penyeludup dari Batam untuk membawa keluar rokok ke Malaysia. Antara laluan haram itu ialah di Batu Merah, Teluk Mata Ikan dan Nongsa.


"Kebiasaannya laluan haram berkenaan juga digunakan untuk menyeludup manusia menggunakan bot pancung," katanya.


Sementara itu, sumber pihak berkuasa memberitahu ada 10 kilang rokok beroperasi di pulau ini dan sembilan daripadanya milik pemodal asing.


Sumber itu berkata, kilang rokok pemodal asing beroperasi mengeluarkan rokok putih ialah tiga dari Malaysia, Republik Rakyat China (tiga), Singapura (satu) serta dua kilang lagi perkongsian pemodal Singapura dan Mauritius.


Menurut sumber itu, kemudahan bebas cukai dan duti import bagi kemasukan tembakau mentah menjadikan Batam umpama syurga industri rokok.


"Sumber tembakau diimport dari Amerika Syarikat, Argentina, Brazil, India, China, Kemboja, Kenya, Malaysia, Filipina, Sepanyol, Vietnam dan Zimbabwe," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Upah seludup RM1,000 sekali perjalanan

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

Riau: Pulau Rupat, Indonesia yang terletak hanya 45 minit perjalanan dengan bot laju dari Port Dickson pula dikesan dijadikan hab penyeludupan rokok terutama keretek berbanding rokok putih.

Jika kilang di Batam dibuat sebagai satu industri sah, gudang penyimpanan rokok di Rupat Utara pula hanya menggunakan binaan kayu.


Wartawan juga dibawa bekas penyeludup yang kini menjadi nelayan dan dikenali sebagai Mail, 50-an, ke sebuah gudang rokok di tepi Sungai Kui Sing di pulau itu.

Rokok itu dipercayai dibawa dari Bengkalis sebelum diseludup ke perairan Malaysia menerusi Sungai Pong dan Selat Morong.


"Kami biasa mendapat upah antara RM500 hingga RM1,000 untuk sekali perjalanan bergantung kepada jumlah rokok yang dibawa. Kami biasanya akan membungkus rokok berkenaan dalam guni," katanya.


Penyeludup menggunakan bot laju untuk masuk dan mendarat di 'laluan tikus' sepanjang pantai terutama paya bakau antara Pelabuhan Klang, Tanjung Sepat di Selangor hingga ke Muar, Johor.

"Bagaimanapun, penyeludup lebih gemar menyeludup rokok ke Muar, Johor kerana ia ada kaitan dengan perhubungan dengan tekong darat di situ," katanya yang berhenti melakukan kerja haram itu apabila selalu dijadikan 'kambing hitam' untuk ditahan. "Kegiatan ini bukan berlaku setiap hari, ia bergantung kepada keadaan tertentu," katanya yang berhenti melakukan kerja haram itu apabila selalu dijadikan 'kambing hitam' untuk ditahan pihak berkuasa.


Menurutnya, sindiket penyeludupan akan bergerak dengan beberapa bot dilengkapi alat komunikasi jarak jauh sebagai helah dan sebuah daripada bot itu memang dijadikan sasaran untuk ditahan pihak berkuasa sama ada pihak Indonesia atau Malaysia seandainya bertembung.

Akibat perbuatannya itu, Mail pernah dipenjara di Simpang Renggam, Johor mengikut Akta Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 selama dua tahun dari 2004 hingga 2006 gara-gara pembabitannya dalam aktiviti penyeludupan khususnya rokok dan manusia. Pulau Rupat yang terdiri dari Rupat Utara dan Rupat Selatan seluas 1,500 kilometer persegi dengan kepadatan penduduk kira-kira 48,000 orang juga terkenal dengan lambakan motosikal curi dari Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

'Tekong jutawan' tabur duit

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Yusri Abdul Malek, Amir Abd Hamid, Salman Hamat, Fardy Bungga, Adnan Mohamad dan Zuliaty Zulkiffli

Johor Bahru: Kewujudan 'tekong jutawan' mampu menyediakan dana puluhan ribu ringgit untuk menyediakan bot canggih dan berkelajuan tinggi menjadi antara punca aktiviti penyeludupan rokok haram ke negara ini sukar dibanteras pihak berkuasa.

Malah, untuk mencapai kelajuan maksimum ada antara bot digunakan penyeludup dilengkapi sehingga empat enjin dengan setiap satu memiliki 300 kuasa kuda.


Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut mengesan penyeludup menggunakan 'laluan tikus' untuk membawa keluar dan masuk pendatang asing sebagai lokasi untuk membawa masuk bekalan tembakau itu dan antara kawasan sudah dikenal pasti ialah Sedili, Kota Tinggi dan Pengerang. Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Adon Shahlan berkata, ada antara bot yang digunakan penyeludup terbabit mampu meluncur pada kelajuan sehingga 60 knot menyebabkan usaha untuk memintas sukar dilakukan. "Selain itu, sikap berhati-hati penyeludup yang sering mengubah lokasi pendaratan juga menyebabkan pihak berkuasa sukar mengesan kehadiran mereka.

"Bukan itu saja, penyeludup kini menggunakan laluan lebih jauh untuk mengelakkan bertembung bot APMM," katanya.


Beliau berkata, hasil analisis dijalankan pihaknya juga mendapati penyeludup menggunakan beberapa taktik terbaru antaranya menghanyutkan rokok yang diseludup masuk di tengah laut sebelum diambil orang perantaraan dari negara ini.


Kebiasaannya, tekong yang berpangkalan dari negara jiran itu akan menetapkan lokasi tertentu sebelum menghanyutkan bungkusan rokok berkenaan di tengah laut.

"Taktik ini menyukarkan pihak kami bertindak kerana hanya penyeludup dan orang perantaraan saja tahu lokasi atau tanda khas untuk mengenal pasti bungkusan dihanyutkan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Ayam kurma ada bakteria

 1  1 Google +1  0  0

Cetak

Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris

Ipoh: Jabatan Kesihatan Perak mendapati ejen penyebab keracunan makanan sehingga menyebabkan 271 pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tapah dikejarkan ke klinik dan hospital disyaki jenis Salmonella.

Bakteria itu menjadi penyebab utama daripada penyakit yang disebarkan melalui makanan hingga mengganggu organ pencernaan selain menyebabkan mangsa mengalami pelbagai simptom seperti demam, sakit kepala, mual dan muntah.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Nolee Ashilin Mohamed Radzi, berkata, siasatan awal jabatan mengesyaki ia berpunca daripada ayam masak kurma yang dihidang ketika makan malam pada Rabu lalu, kira-kira jam 6.30 petang.

"Siasatan mendapati, masakan itu tercemar dengan bakteria berkenaan hingga menyebabkan pelajar yang memakannya mengalami keracunan makanan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Dalam kejadian Rabu lalu, semua pelajar berkenaan berusia antara 13 hingga 17 tahun termasuk 26 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dikejarkan ke hospital dan klinik kesihatan selepas mengalami cirit-birit, pening dan muntah selepas dipercayai makan ayam masak kurma yang disediakan di asrama sekolah itu.


Daripada jumlah itu, sejumlah 27 pelajar lelaki dan 40 pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Tapah, termasuk dua dimasukkan ke wad, manakala selebihnya sudah dibenarkan pulang pada hari sama kejadian.

Nolee berkata, sampel klinikal berhubung kes itu termasuk sampel pengendali makanan dan persekitaran sudah diambil dan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam, di sini, untuk kajian lanjut.


"Kita menjangkakan keputusan hasil kajian itu akan diperoleh dalam tempoh tiga hingga lima hari," katanya.

Beliau juga mengesahkan pemeriksaan premis dapur asrama sekolah berkenaan sentiasa dipantau walaupun premis itu diarahkan tutup mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.


"Kami juga sudah mengarahkan pengusaha dapur asrama itu melakukan kerja pembersihan dan penambahbaikan. Markah pemeriksaan premis kantin sekolah sehingga kelmarin juga mencatatkan keputusan 75.8 peratus," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Ujian kedua beri pengesahan

 2  0 Google +0  0  0

Cetak

Alor Setar: Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan ujian kedua ke atas sampel najis pesakit mendapati ayam masak merah itu mengandungi bakteria jenis Salmonella yang biasa terdapat dalam ayam.

Pengarahnya Dr Ismail Abu Taat, berkata hasil ujian itu diterima pada 2 Oktober lalu selepas mendapati ujian pertama ke atas sampel najis pesakit yang dilakukan Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh tidak mengandungi bakteria kolera.


Menurutnya, siasatan awal mendapati, ayam mentah digunakan bagi tujuan kenduri terbabit dihantar ke lokasi majlis pada hari Jumaat (27 September lalu), tetapi ia hanya dimasak pada jam 4 petang keesokannya dan tempoh simpanan yang lama sesuai untuk kuman membiak.

"Siasatan awal mendapati, ayam itu juga sudah busuk dan ia diakui penduduk, namun pihak yang menguruskannya memotong bahagian yang busuk dan menggunakan bahagian yang masih elok. "Ada juga pesakit mendakwa ayam masak merah itu memang berbau dan berbuih ketika dihidangkan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Kes keracunan makanan di majlis kenduri perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani pada 28 September lalu menyebabkan empat kematian, disahkan berpunca daripada ayam masak merah yang dihidangkan kepada tetamu.


Akhbar pada 29 September lalu melaporkan, sebanyak 270 kes berkaitan keracunan makanan diterima, iaitu 138 di Hospital Yan (HY) termasuk 62 dimasukkan ke wad, manakala 18 lagi dirujuk ke Hospital Sik dan Hospital Baling. Manakala, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pula menerima 127 kes dengan 31 dimasukkan ke wad manakala seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sementara di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, 10 kes didaftar dan sudah menerima rawatan sebagai pesakit luar Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, pihaknya tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana tiada unsur sabotaj atau jenayah selepas Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan bahawa punca kematian itu disebabkan bakteria jenis Salmonella.

"Setakat ini, tiada siasatan dilakukan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Orang ramai diminta jangan terpengaruh maklumat palsu

 9  0 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Parit Buntar: Orang ramai terutama penduduk di utara Perak dikatakan panik berikutan tersebarnya khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya ayam yang diimport dari Thailand yang dijual di negeri itu tercemar dengan dengan bakteria Salmonella yang menjadi punca keracunan makanan.

Virus maut itu didakwa boleh meragut nyawa orang ramai yang memakannya jika lambat dihantar bagi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.


Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kerian yang dihubungi bagaimanapun menafikan sebarang usaha mengeluarkan hebahan awam atau SMS meminta orang ramai tidak memakan ayam di kawasan utara semenanjung Malaysia.

Menurutnya, SMS palsu itu dikesan mula disebarkan secara meluas melalui laman sosial sejak seminggu lalu.


"Dakwaan kononnya SMS itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan bersumberkan Pejabat Kesihatan Daerah Kerian itu adalah tidak tepat. Kami meminta orang ramai tidak mempercayai maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu.


"Pejabat Kesihatan Daerah Kerian tidak pernah mengendalikan sebarang uji kaji membabitkan daging ayam yang diimport daripada negara Thailand sebagaimana didakwa dalam hebahan itu," katanya.

ANTARA SMS yang disebarkan dengan dakwaan ayam dijual di utara Perak tercemar dengan bakteria Salmonella yang boleh bawa maut.

Menurutnya, pihak jabatan itu turut menegaskan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang hebahan awam tanpa kebenaran Jabatan Kesihatan Negeri Perak atau Kementerian Kesihatan sendiri.


"Berdasarkan maklumat diterima, hanya Jabatan Kesihatan Negeri Kedah difahamkan melakukan eksperimen dan uji kaji terhadap bekalan ayam di negeri itu bagi tujuan mengenal pasti kewujudan bakteria Salmonella dan hasil keputusannya masih belum diperoleh lagi.

"Justeru, pihak kami meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan penyebaran maklumat palsu itu melalui laman sosial memandangkan kami bimbang ianya akan menimbulkan kesulitan terhadap banyak pihak," katanya ketika dihubungi media, di sini, semalam.


Sebelum itu, wartawan Harian Metro mengenal pasti ada usaha pihak tertentu menyebarkan maklumat mengenai larangan memakan ayam dari utara Semenanjung Malaysia oleh Kementerian Kesihatan kerana disyaki ada virus pada ayam diimport dari negara Thailand.


Hebahan yang disebarkan secara meluas menggunakan pelbagai laman sosial itu mendakwa virus yang terdapat pada ayam diimport itu boleh menyebabkan kematian jika pesakit lambat mendapatkan rawatan.


Selain itu, hebahan itu turut mendakwa beberapa sekolah di sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang mengalami simptom virus itu dan menyebabkan sebilangan pelajar dimasukkan ke dalam hospital.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Shamsuddin Ahmad ketika dihubungi menegaskan pihaknya akan menyiasat kes itu dengan segera bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Ada jemaah warga asing tak sayang nyawa

 2  0 Google +0  0  0

Cetak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cukup berani. Itu yang dapat saya gambarkan apabila melihat gelagat beberapa jemaah warga asing yang sanggup bergadai nyawa melintas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan berhampiran bangunan penginapan kami di sini.

Maklumlah di sini, tiada jejantas pejalan kaki disediakan untuk melintas dan aksi empat jemaah dipercayai warga emas itu terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki tua yang bertongkat lengkap dengan jubah masing-masing pada mulanya berjaya melintas lebuh raya tiga lorong itu, namun tersekat sebentar di tengah-tengah apabila terpaksa memanjat penghadang konkrit yang agak tinggi.


Apa yang membimbangkan tindakan mereka melintasi lebuh raya menuju ke Madinah dan Jeddah itu turut mendapat perhatian pemandu kenderaan lain yang membunyikan hon sebagai amaran. Diharapkan tiada jemaah Malaysia cuba bertindak sebegini kerana kebanyakan kenderaan di sini dipandu laju ketika di lebuh raya dan rata-rata kenderaan memiliki kuasa enjin yang besar.

Selain itu, jemaah Malaysia juga dinasihatkan berhati-hati ketika berulang-alik merentasi laluan lapang kini yang dijadikan sebagai lokasi tempat letak bas sementara. Deretan berpuluh-puluh bas pengantara yang membawa jemaah dari bilik penginapan ke masjid setiap waktu solat itu menyebabkan laluan berkenaan yang sunyi sepi sebelum ini kini semakin sibuk.


Tidak dinafikan, jumlah jemaah yang semakin ramai turut menyaksikan beberapa laluan jalan raya ditutup khususnya jalan raya menuju ke Masjidil Haram bagi melancarkan pergerakan kenderaan keluar masuk, malah untuk mendapatkan teksi untuk pulang ke maktab juga terpaksa berjalan jauh.


Difahamkan, menjelang hari wukuf, pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi akan menutup lebih banyak laluan, sekali gus menyebabkan beberapa kawasan sekitar Makkah sunyi daripada bunyi deruman enjin kenderaan. Ini bertujuan memberi laluan kepada jemaah yang akan berjalan kaki secara beramai-ramai dari Mina menuju ke masjid untuk menyempurnakan tawaf haji dan saie.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Global

Trak rempuh penonton

 1  0 Google +0  1  0

Cetak

Chihuahua: Sebuah trak raksasa hilang kawalan merempuh penonton satu pertunjukan membunuh 13 orang dan mencederakan 70 yang lain di di Mexico, semalam.

Enam mangsa terbunuh di tempat kejadian, tiga lagi mati ketika menjalani rawatan. Empat lagi mayat ditemui di bawah tayar kenderaan itu. 

Datuk Bandar Chihuahua Marco Quezda berkata, pada awalnya 47 cedera tetapi bilangan itu meningkat 70 orang.

Pemandu trak terselamat tetapi ditahan selepas kejadian.

ORANG ramai melarikan diri selepas trak raksasa yang mengadakan pertunjukan merempuh penonton di Mexico, semalam.


Kejadian berlaku ketika pertunjukan Extreme Aeroshow berlangsung tiga hari di Chihuahua dibatal sejurus selepas nahas itu pada hari kedua pertunjukan itu.


Pihak berkuasa menyiasat sama ada berlaku kerosakan mekanikal berpunca daripada brek trak itu.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku ketika trak itu 'terbang' atas susunan beberapa kereta.

"Pemandu kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh penonton yang dilihat bertempiran menyelamatkan diri," kata saksi itu.

Menurutnya, kepala pemandu trak itu terhantuk kenderaannya menyebabkannya terbabas.

"Topi keledar pemandu itu dilihat jatuh melayang." kata seorang penonton, Daniel Dominguez, 18.

Kata Dominguez, adik perempuannya berusia 11 tahun cedera di kaki dan menjalani pembedahan Ibunya pula dirawat kerana gegaran otak.

Seorang lagi penonton, Jesus Manuel Ibarra, 41, cedera di tangan dan pinggang.

"Saya terjatuh. Bila melihat di belakang saya nampak tayar trak itu meluncur dan merempuh saya," katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07
Beckham jual istana

 4  1 Google +0  0  0

Cetak

London: Anak Beckham tidak berpeluang mewarisi istana Beckingham apabila pasangan David dan Victoria menjual Hertfordshire dengan harga £12 million (RM61.2 juta).

Pasangan berkenaan dilapor menjual kediaman agam mereka untuk mendapatkan tunai membeli bangunan agam berharga £45 juta (RM229 juta) di tengah kota London.


Pasangan berkenaan turut menjual beberapa kenderaan mewah.

Satu sumber memberitahu akhbar, "David terutamanya sedih dengan jualan itu kerana banyak menyimpan kenangan indah keluarga itu. "Mereka menjalani kehidupan bahagia di Hertfordshire tetapi mengambil keputusan menjualnya.


Pasangan Beckham membeli estet seluas 12 ekar itu selepas tiga tahun perkahwinan. Ketiga-tiga anak mereka, Brooklyn, 14, Romeo, 11, dan Cruz, 8, tinggal bersama mereka sebelum berpindah ke Sepanyol kemudian ke Amerika Syarikat kerana kerjaya bola sepak bapa mereka.


Pasangan itu memperoleh keuntungan AS9 juta (RM28.8 juta) hasil jualan kediaman itu yang dibeli pada 1999 dengan harga AS2.2 juta (RM7.04 juta). - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Harimau baham tangan pekerja

 0  1 Google +0  0  0

Cetak

Oklahoma: Seekor harimau membaham tangan kiri seorang pekerja di taman haiwan Oklahoma tengah selepas mangsa memasukkan tangannya ke kandang haiwan berkenaan.

Mangsa, kini menjalani pembedahan, Sabtu lalu di Hospital Oklahoma City. Doktor berusaha menyelamatkan tangan wanita itu," kata pemilik Taman Interaktif Zoologikal di Wynnewood, Joe Shreibvogel. 

Kata Shreibvogel, tangan wanita itu terkoyak teruk. 

"Bagaimanapun tangan yang digigit itu masih melekat pada anggota badannya tetapi parah.


"Pekerja lain yang melihat kejadian itu berusaha menyelamatkan mangsa sebelum diterbangkan ke hospital," katanya.


Beliau berkata, wanita itu memasukkan tangannya ke dalam kandang haiwan berkenaan. 

"Mangsa sempat menarik keluar tangannya. Haiwan itu tidak menerkam. Wanita itu yang menceroboh kandang haiwan itu," katanya. 

Taman itu mempunyai peraturan ketat melarang pelawat memasuki kandang haiwan liar. 

Schreibvogel enggan mendedahkan identiti mangsa kerana belum menghubungi keluarga wanita berkenaan. 

Wanita itu berumur 20-an dan bertugas sebagai penyelia haiwan di taman itu. 

"Kemungkinan mangsa lalai hingga menganggap haiwan itu jinak seperti anjing, tetapi itu bukan anjing tetapi harimau," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Paderi gelap wang RM61 juta

 0  0 Google +0  0  0

Cetak

Singapura: Skandal jutaan dolar membabitkan seorang paderi, isterinya yang juga seorang penyanyi dan eksekutif kewangan yang glamor menggemparkan republik ini.

Kong Hee, 47, paderi dan pengasas Gereja City Harvest yang mempunyai 20,000 pengikut dibicarakan bersama lima pegawai gereja lain kerana disyaki terbabit menyalurkan Sg$24 juta (RM61 juta) bagi membiayai karier nyanyian isterinya, Sun Ho. Tertuduh didakwa menyalahgunakan Sg$26 juta (RM66 juta) lagi bagi menutup penyelewengan asal.


Ho, 41, penyanyi pop berbahasa Mandarin yang mengasaskan bersama gereja terbabit dengan suaminya pada 1989, berpindah ke Los Angeles pada 2009 bagi melancarkan karier nyanyiannya dalam bahasa Inggeris sebelum skandal itu menjejaskan impiannya. Dia yang tidak berdepan sebarang tuduhan, muncul bersaja bersama suaminya di mahkamah ketika video muziknya terus hangat di laman perkongsian video YouTube.

Video lagunya "China Wine" yang menyaksikan dia menari di kelab malam bersama penyanyi rap Wyclef Jean menarik lebih sejuta penonton setakat ini. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Syor hakim dihukum mati

 2  0 Google +0  0  0

Cetak

Jakarta: Penangkapan Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Akil Mochtar, Rabu lalu kerana rasuah membaharui gesaan untuk mengenakan hukuman mati terhadap pesalah kes rasuah berat.

Timbalan Pengerusi Dewan Perwakilan Suruhanjaya III Tjatur Sapto Edy yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal perundangan berkata, hukuman mati belum pernah dikenakan dalam kes rasuah sebelum ini. 

"Benar undang-undang membolehkannya tetapi pendakwa tidak pernah melaksanakan pilihan itu," katanya dipetik Antaranews.com. di Jakarta, semalam. 

Beliau berkata demikian sebagi mengulas gesaan pegawai kanan untuk mengenakan hukuman mati terhadap Akil Mochtar, yang kini digantung tugas.


Khamis lalu, Ketua Suruhanhaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Abraham Samad dan bekas Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan Jimly Asshiddiqie berkata, pendakwa perlu mengenakan hukuman mati terhadap Akil, selepas ditahan KPK disyaki menerima rasuah sekurang-kurangnya dalam dua kes pertikaian keputusan pilihan raya yang sedang dibicarakan di mahkamahnya.


Tjatur berkata, Undang-Undang Anti Rasuah 1999 memberi kuasa pendakwa mencadangkan hukum mati terhadap perasuah. 

"Namun, saya tidak tahu mengapa tidak dilaksanakan. Mungkin pendakwa tidak yakin untuk mencadagkan hukuman berkenaan," kata ahli politik PAN. 

Abraham dan Jimly berkata, mengenakan hukuman mati menunjukkan kerajaan bertindak tegas terhadap perasuah. 

"Apa yang Akil (dakwaan rasuah) buat sangat memalukan. 

"Dakwaan terhadapnya mencemar kewibawaan mahkamah sebagai satu daripada institusi paling bersih," kata Jimly. 

Mantan Akil, Mahfud MD, turut menggesa mengenakan hukuman mati jika Ketua Hakim berkenaan didapati bersalah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Kabsa punca mati pucuk

 297  9 Google +2  3  7

Cetak

Riyadh: Seorang doktor Saudi memberi amaran juadah nasi Kabsa jika dimakan secara berlebihan boleh mengakibatkan mati pucuk.

Dr Ahmed Al Saga, perunding di Hospital Al Nour di bandar raya Makkah, berkata terdapat kepercayaan memakan lemak dan makanan berkolesterol tinggi boleh meningkatkan kebolehan seksual lelaki.


"Kebanyakan orang percaya makan Kabsa bersama makanan berlemak dan berkolesterol tinggi membolehkan mereka menjalani kehidupan seksual lebih baik.

"Kepercayaan itu salah sama sekali...ia sebenarnya sebaliknya," katanya kepada akhbar Saudi yang berpusat di London.


Menurutnya, pengambilan makanan berkenaan akan menyebabkan lebih banyak darah dalam tubuh mengalir ke perut. "Ini menyebabkan perasaan malas dan letih. Keadaan ini turut menghalang darah daripada sampai ke kemaluan dan memberi kesan teruk pada jangka panjang," katanya.


Kabsa ialah nasi yang dicampur dengan lemak dan minyak, ayam atau daging dan rempah-ratus.

NASI Kabsa

Ia menjadi juadah istimewa di Arab Saudi dan negara Arab lain. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

Saksi isteri bunuh diri di Skype

 4  7 Google +1  1  0

Cetak

Colombo: Seorang wanita membunuh diri ketika berbual dengan suaminya menerusi Skype setelah berang suaminya mabuk.

Mangsa, penduduk Batticaloa di timur Sri Lanka berbual dengan suaminya yang bekerja di Qatar ketika kejadian pada 29 September lalu.


Sebelum itu, mereka bertengkar kerana wanita itu melihat suaminya mabuk.

Wanita itu memberi amaran akan membunuh diri jika suaminya terus mabuk.


Jurucakap polis berkata, wanita itu kemudian menghala kamera supaya suaminya dapat melihat dia menggantung diri.


Lelaki itu menelefon saudara maranya untuk menghalang perbuatan isterinya, tetapi sudah terlambat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/07

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment