Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Wahai anakku,
Janganlah kamu mengejar harta di dunia. Apalah erti harta jikalau kamu tidak mengerti untuk menggunakannya untuk meringankan kesusahan orang-orang sekelilingmu.
Wahai anakku,
Janganlah kamu gila mengejar harta dunia. Jika diberikan satu lembah emas pada kamu, kerana kegilaanmu dan ketamakanmu, kamu akan hendakkan dua lembah emas. Dan begitulah seterusnya sehingga mulut dipenuhi tanah dan dibaham ulat di lubang yang hitam tersebut.
Wahai anakku,
Ingatlah kegilaan mengejar harta dunia datang daripada nafsumu. Nafsu selalu mendorong minda untuk menguasai harta tanpa batasan sehingga kamu tidak sedar kamu dicela kerana mengabaikan perintah Allah.
Oleh itu wahai anak kesayanganku, perbanyakkan ingat pada kematianmu yang semakin hampir. Setiap hari yang berlalu bermaksud kamu semakin menghampiri ajalmu. Mengingati mati adalah pengajaran terbaik untukmu mengawal nafsu engkau yang bergelora itu.
Wahai anakku,
Bertaubatlah. Bertaubatlah dengan sepenuh niat ikhlasmu. Sesungguhnya Allah Taala akan menerima taubat kamu itu jika kamu bersungguh-sungguh dalam taubatmu.
Senyum
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

No comments:
Post a Comment