Harga gula dan tepung akan naik?
OLEH EILEEN NG
October 06, 2013
Pertengahan September lalu, Menteri Pedagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hassan Malik memberi jaminan harga gula dan tepung tidak akan naik.
Namun, hari ini menteri yang sama memberikan bayangan, kerajaan akan menurunkan subsidi untuk kedua-dua barangan keperluan utama itu.
Penjelasan terperincinya mengenainya akan dimaklumkan melalui pembentangan Bajet 2014 25 Oktober nanti, lapor akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times hari ini.
"Tujuan kerajaan adalah untuk memperkukuhkan ekonomi. Kami tidak mahu jadi seperti Amerika Syarikat, di mana ekonominya telah tertutup," katanya selepas memberikan penjelasan tentang isu-isu semasa kepada penjaja kecil di Ipoh, Perak.
Pengguna yang sudah merasai beban kenakan harga minyak sebelum ini diminta Hassan agar melihat secara positif apa yang dibuat kerajaan kerana ia untuk kepentingan kesemua pihak.
"Sesuatu perkara kadang-kadang perlu dibuat. Bagi saya, kepentingan negara harus diutamakan," katanya.
Sebelum ini, Hasan berkata, pengeluar gula dan tepung telah memberi jaminan harga kedua-duanya tidak akan dinaikan.
“Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana mereka diberi jaminan bekalan bahan adalah cukup untuk keperluan mereka," kata Hassan sebagaimana yang disiarkan Utusan Malaysia 13 September lalu. – 6 Oktober, 2013.
p/s: Ini adalah baik utk negara kita kita, mari kita sama2 meyokong Usaha kenaikan harga gula/tepung/bedak ketiak atau apa sahaja demi memperkuatkan negara ini, bersatu kita teguh bercerai kita roboh..marilah menonton Felem Tanda Putera utk menambahkan ilmu sejarah dalam diri kita.
Ingat! Jgn lawan sebarang kenaikan harga...
Wait the signale..
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment