Friday, October 11, 2013

RG2011... Re: FW: Ketua Pembangkang DUN Selangor akan terima keistimewaan tambahan

 

Kelantan tahun 90an dulu pernah iktiraf pembangkang sebagai kawan baik. Bukan lawan. 

Dan mb kelantan masa tu pernah cadangkan agar ketua pembangkan di kelantan masa tu ditukar kepada penasihat.




Sent from Samsung Galaxy Note

Sharom.Musa@akersolutions.com wrote:

 

 

From: Mus
Subject: Ketua Pembangkang DUN Selangor akan terima keistimewaan tambahan

 

 

 

Ketua Pembangkang DUN Selangor akan terima keistimewaan tambahan

 

 

 

KERAJAAN Selangor buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini akan memberi elaun dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor sebagai pengiktirafan kepentingan jawatan tersebut dalam sebuah kerajaan demokrasi.

 

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang semalam meluluskan keistimewaan tambahan kepada Katua Pembangkang Dewan Negeri Selangor yang akan dilaksanakan mengikut Seksyen 5 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

 

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira Ketua Pembangkang adalah komponen penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi untuk menjalankan  peranan semak dan imbang (check and balance) kepada kerajaan pemerintah sedia ada.

 

Kepentingan Ketua Pembangkang dapat dilihat seperti keutamaan yang diberikan untuk berhujah selepas sesuatu Rang Undang-Undang dibacakan dan keutamaan membahas usul Menjunjung Kasih DYMM Sultan Selangor selepas Dato' Menteri Besar pada persidangan Dewan Negeri Selangor.

 

Kelulusan ini akan dikuatkuasakan selepas usul ini dibentangkan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Ke -13 yang dijangka  mula bersidang pada 19 November depan.

 

Ketua Pembangkang bakal menerima elaun  tetap, elaun pemandu, elaun Setiausaha Kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun-elaun lain yang kesemuanya berjumlah RM8,620 sebulan.

 

Pembayaran elaun ini sejajar dengan imbuhan yang diberi kepada Ketua Pembangkang di Parlimen mengikut Akta Ahli Parliem (Saraan) 1980.

 

Keputusan ini selari dengan hasrat kerajaan Pakatan Rakyat untuk menanam dan menyuburkan demokrasi tulen di negara ini yang memberi kesamarataan hak demi memperjuangkan kebajikan rakyat.

 

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

 

 


This e-mail and any attachment are confidential and may be privileged or otherwise protected from disclosure. It is solely intended for the person(s) named above. If you are not the intended recipient, any reading, use, disclosure, copying or distribution of all or parts of this e-mail or associated attachments is strictly prohibited. If you are not an intended recipient, please notify the sender immediately by replying to this message or by telephone and delete this e-mail and any attachments permanently from your system.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment