Monday, October 21, 2013

RG2011... SERAH TUBUH SEBAGAI BAYARAN TAMBANG TEKSI

 

Ape nak jadik? Ini ke 'keamanan' yang di agung2kan ye..?

Serba serbi selamat, sket lagik cam serbia..

 

Wat malu je la dgn tagline 'syukur malaysia masih aman..'

 

 

 

Kuala Lumpur – Maruah diri sebagai bayaran tambang teksi. Itu yang terjadi kepada seorang pelancong dari Vietnam yang tergadai maruah dirinya selepas gagal membayar tambang teksi, kelmarin.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, mangsa berusia 38 tahun datang ke negara ini untuk melancong selama seminggu sebelum mengambil keputusan melawat kakaknya yang tinggal di Jalan Mega Mendung, Taman OUG.

 

Sumber polis berkata, mangsa yang menaiki teksi di Jalan Kuchai Lama itu meminta dihantar ke rumah kakaknya malangnya pemandu teksi itu membawanya ke tempat lain sebelum meminta bayaran RM150 sebagai tambang. Menurutnya, mangsa yang hanya ada RM50 ketika itu meminta pemandu teksi terbabit menghantarnya ke rumah kakaknya dulu dan akan membayar wang selebihnya selepas itu.

 

"Namun, lelaki itu melencong ke kawasan lain sebelum berhenti di kawasan gelap dan menyatakan mangsa perlu membayar tambang istimewa jika mahu pulang ke rumah kakaknya," katanya.

 

Katanya, mangsa yang ketakutan menyerahkan AS$500 (RM1,500) namun lelaki itu yang masih tidak berpuas hati merampas pula telefon bimbit mangsa, menurut sumber Hmetro.

 

Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan dipaksa melayan nafsu seks pemandu teksi itu pula.

 

"Selepas dirogol, mangsa kemudiannya dihantar semula ke Jalan Kuchai Lama.

 

"Mangsa turut diugut agar tidak membuat laporan polis," katanya.

 

Bagaimanapun mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Petaling.

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment