Saturday, November 16, 2013

RG2011... Filipin Lagi...

 

Wanita mangsa culik mungkin berada di Selatan Filipina

OLEH LEE SHI-IAN
November 16, 2013

Sehingga kini, masih belum ada berita mengenai warga China, An Wei Chang yang diculik dari resort pulau Pom Pom, Semporna semalam, tetapi polis percaya beliau sudah diseludup masuk ke Selatan Filipina.

Penculiknya dipercayai kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang sering menculik pelancong di Sabah.

Sumber polis yang biasa dengan aktiviti kumpulan Abu Sayaff memberitahu The Malaysian Insider bahawa kumpulan pengganas itu biasanya menggunakan perantara untuk membuat tuntutan penculikan.

“Kebiasaannya, ASG akan membuat tuntutan dalam masa seminggu atau dua minggu selepas menculik mangsa. Sekarang kita hanya perlu tunggu dan lihat,” kata anggota polis kanan itu merujuk kepada kumpulan Abu Sayyaf.

An, 56, dan suaminya Lim Min Hsu, 57, berada di restoran resort berkenaan sebelum sekumpulan lelaki bersenjata menggempur premis resort itu.

Lim ditembak dua kali, dan An dilarikan oleh kumpulan itu. Beberapa vila dan resort turut digeledah.

Seorang pekerja yang mendengar tembakan itu memberitahu kem Pasukan Gerak Am (PGA), tetapi terlalu lewat apabila mereka tiba di tempat kejadian.

Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis Malaysia bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina untuk mencari An.

Beliau ketika ditemui pemberita di Masjid Bukit Aman, berkata polis percaya kumpulan Abu Sayyaf yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda terbabit dengan kejadian pembunuhan dan penculikan itu. – 16 November, 2013.

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment