132,000 peminjam PTPTN disenarai hitam
Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Pelajaran ll, P.Kamalanathan ketika menjawab soalan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pada sesi soal jawab lisan hari ini.
Katanya, jumlah keseluruhan nilai pinjaman oleh mereka yang disenarai hitam itu adalah sebanyak RM2.11 bilion.
Terdahulu Khalid bertanyakan berapa jumlah keseluruhan pinjaman PTPTN yang perlu dibayar oleh peminjam dan jumlah peminjam yang disenarai hitam.
Menjawab soalan itu, Kamalanathan berkata, sehingga 30 September, seramai 1.32 juta peminjam perlu membuat pembayaran dengan nilai pinjaman sebanyak RM9.51 bilion.
Dari jumlah itu, 903,920 peminjam telah membuat bayaran dengan nilai RM4.82 bilion manaka sejumlah RM4.69 bilion lagi adalah jumlah pinjaman yang tertunggak.
Dari jumlah itu juga, sejumlah 435,792 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik.
Pada soalan tambahannya, Khalid meminta penjelasan timbalan menteri sama ada pihak PTPTN ada meneliti latar belakang peminjam yang disenarai hitam tersebut.
Katanya, tindakan tersebut penting bagi mengetahui punca dan masalah kenapa peminjam gagal membuat bayaran balik.
"Perlu teliti latar belakang mereka, sama ada mereka memang tak nak bayar atau kekangan masalah ekonomi," katanya.
Menjawab soalan itu, timbalan menteri berkata, PTPTN memberi tempoh 16 bulan kepada peminjam sebelum nama mereka disenarai hitam.
Dalam tempoh itu PTPTN ada menghantar surat makluman dan menghubungi pihak peminjam
Kerajaan tidak boleh halang pengumpulan maklumat kredit CTOS
telokbakong.blogspot.
freemalaysiatoday.com
Penubuhan agensi pelaporan kredit swasta itu bertujuan untuk membekalkan liputan dan kandungan meluas berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sumber awam seperti surat khabar, warta kerajaan dan SSM.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang syarikat CTOS Data System Sdn Bhd daripada beroperasi kerana ia berdaftar secara sah di bawah Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menjalankan perniagaan pengumpulan maklumat kredit.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan agensi pelaporan kredit swasta itu bertujuan untuk membekalkan liputan dan kandungan meluas berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sumber awam seperti surat khabar, warta kerajaan dan SSM.
Katanya perkongsian maklumat melalui CTOS akan memudah dan mempercepatkan proses permohohan pinjaman, meningkatkan akses peminjam kepada peluang pinjaman serta menurunkan kos pinjaman.
"Sehubungan itu, tidak timbul isu pencerobohan privasi seseorang melalui penggunaan CTOS kerana maklumat yang diperoleh melalui sumber awam," katanya menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (Pas-Sepang) di Parlimen di sini, hari ini.
Mohamed Hanipa bertanya sama ada kerajaan sedar bahawa perniagaan CTOS melibatkan pencerobohan privasi peribadi seseorang.
Ahmad berkata CTOS dan syarikat pelaporan kredit lain tidak dibenarkan mengenakan sebarang bayaran terhadap mana-mana individu yang mahu membetulkan atau mengemaskini maklumat mereka.
Katanya syarikat berkenaan juga perlu mengeluarkan data individu berkaitan setelah dibersihkan dalam tempoh dua tahun.
"Syarikat terbabit juga hendaklah meminta kebenaran terlebih dulu daripada individu berkaitan sebelum menyerahkan data yang ingin diminta oleh mana-mana bank.
"Kalau individu berkaitan tak benarkan, maka tak boleh, itu sebahagian dari akta," katanya.
– BERNAMA
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment