Berita Dari Kubur Di Segamat
telokbakong.blogspot.
cipantapirtenuk.blogspot.
Bhai/DeeDee sekalian...
Hari ini sudah masuk dua hari urusan memindahkan kubur lama di Kampung Batu Badak di Segamat dijalankan. Ianya dibuat bagi melebarkan jalanraya. Surau lama di Batu Badak yang ada tanah kubur disebelahnya terpaksa dialihkan...
Jenazah beberapa anggota keluarga sebelah isteri gua ada dikuburkan disana... Kubur atok, mak tok dan beberapa bapa saudara ada disana... Oleh yang demikian, ayah mertua gua menjadi wakil keluarga kami untuk urusan memindahkan kubur lama ini.
Bapa mertua gua dok amik gambar urusan yang terlibat untuk dikongsikan dengan saudara mara dan anak beranak. Dan..... Subhanallah.... Ader beberapa peringatan dari Allah telah ditunjukkan berlaku disini.... Antara yang gua cukup takjub aderlah berkenaan beberapa jenazah yang telah lebih dari 7 tahun dikebumikan...
Jenazah-jenazah ini langsung tidak rosak atau hancur kain kapannya... Malah ianya sekadar kotor kesan air dan tanah sahaja... Struktur jenazah masih "intact" dan baik... Maha Suci Allah yang telah menunjukkan kekuasaannya... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Walillahilhamd... SubhanAllah...
Mengikut cerita saudara mara arwah-arwah ini.. Arwah aderlah seorang yang tidak melambat-lambatkan solat, tidak bermusuh dengan sesiapa, zuhud, tidak mengeluh walaupun hanya kerja kampung (menoreh getah) dan tiada kemewahan...
Jadi...
Disini gua sertakan gambar yang berkaitan... Agar menjadi panduan dan ingatan kepada gua dan lu orang sumer... Moga Allah Taala menjauhkan kita semua dari siksaan kubur...
__._,_.___
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment