Thursday, November 14, 2013

RG2011... IMBAS KEPULANGAN ABADI: TOKOH MAAL HIJRAH 2005

 

Pada March 2013, tokoh pemikir Islam Dr Muhammad Uthman El-Muhammady, 70,  meninggal dunia di kediamannya di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) akibat sakit jantung. Allahyarham pernah di anugerahkan Tokoh Maal Hijrah 2005 itu meninggalkan alam yang fana ini, pada kira-kira 7.30 malam dalam keadaan tidur.

 

Turut ditinggalkan, seorang balu Mariam Hussain, 65, dan 11 anak iaitu tujuh perempuan dan empat lelaki, berumur antara 20-an dan 40-an serta lebih 40 cucu.

Anak lelaki Allahyarham, Ahmad, 35, berkata, bapanya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau mengadu sakit namun kelihatan letih siang tadi.

 

Allahyarham diberitakan menghidap sakit jantung sejak setahun lepas, namun masih sempat menterjemah dua buku agama.

Jenazah allahyarham telah dimandi dan disolatkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak sebelum akhirnya diam bersemadi di Tanah Perkuburan Islam UIA.

   

Sedikit tentang allahyarham: Merupakan tokoh pemikir Islam tanah air, dilantik Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 1995 hingga 2008, sebelum dilantik semula hingga 2010.

Juga merupakan Felo Amat Utama Akademik Istac UIA & anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan, pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

 

Suntingan asal : Bernama.

 

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment