Wednesday, January 1, 2014

RG2011... Cuba lari ikut tingkap elak ditahan Jais

 

Cuba lari ikut tingkap elak ditahan Jais
ASYRAF MUHAMMAD
2 Januari 2014
  • Cuba lari ikut tingkap elak ditahan Jais Pasangan yang ditahan ketika serbuan yang dijalankan Jais sekitar Petaling Jaya, semalam.
1 / 2

PETALING JAYA - Cubaan seorang lelaki yang ingin melarikan diri melalui tingkap sebuah hotel gagal setelah tindakannya disedari anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dalam operasi yang dijalankan, lewat pagi semalam.
 
Dalam serbuan menangani gejala sosial sempena tahun baharu itu, lelaki berkenaan pada mulanya enggan membuka selepas beberapa kali diketuk oleh penguatkuasa Jais yang menjalankan pemeriksaan di hotel tersebut.

Namun begitu, tindakan lelaki terbabit cuba melarikan diri melalui tingkap dari aras satu hotel itu disedari oleh salah seorang penguatkuasa yang berada di luar premis.

Ketua operasi berkenaan, Shahrom Maarof berkata, lelaki terbabit tidak dapat melarikan diri apabila kawasan berkenaan dikepung oleh penguatkuasa.

"Akhirnya lelaki itu terpaksa akur dan masuk kembali melalui tingkap bilik berlainan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Shahrom, operasi yang bermula jam 11 malam dan berakhir pada 4 pagi itu dijalankan di hotel serta pusat hiburan sekitar Petaling Jaya bagi menangani gejala sosial dan khalwat di kalangan orang Islam.

Tambahnya, serbuan yang dijalankan Jais berjaya mengesan aktiviti tidak bermoral itu dan hasilnya, seramai lima pasangan beragama Islam ditahan atas kesalahan berkhalwat di dalam bilik.

"Kelima-lima pasangan ini ditahan di dua hotel berasingan dan dibawa ke pejabat Jais untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Terdahulu, Jais turut menjalankan serbuan ke atas salah sebuah pusat hiburan sekitar Dataran Sunway Giza bagi mengesan aktiviti gejala sosial di kalangan orang Islam.

Pengarah Jais, Ahmad Zahrin Mohd Saad berkata, seramai 15 orang Islam ditahan di pusat hiburan ekoran didapati bergaul secara bebas dan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

"Kita dapati empat daripada mereka boleh disabitkan atas kesalahan mengambil minuman keras dan bergaul secara bebas serta mampu menyebabkan Islam dipandang hina," katanya.

Zahrin berkata, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Jais untuk diberikan kaunseling dan akan dibebaskan atas jaminan keluarga terdekat.

Tambahnya, operasi  itu turut melibatkan bantuan beberapa agensi seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pejabat Daerah Petaling, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta jabatan imigresen.

"Kita memecahkan kepada tiga kumpulan PBT dan perlaksanaan operasi ini lebih kepada menangani gejala sosial di kalangan orang Islam," katanya.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment