Wednesday, January 1, 2014

RG2011... Jika Putrajaya ikhlas, potong keuntungan Bernas, TNB dan konsesi tol

 

Jika Putrajaya ikhlas, potong keuntungan Bernas, TNB dan konsesi tol, kata DAP

OLEH SYAHIRAH RASHID
January 02, 2014

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua (gambar) berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak benar-benar ikhlas mahu menolong rakyat dia perlu mengambil tindakan tegas dengan mengurang keuntungan yang dinikmati oleh Bernas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga pemegang konsesi tol.

Jika tidak, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, sifat simpati dan memahami yang cuba ditunjukkan beliau hanya untuk menenangkan kemarahan rakyat menjelang himpunan Turun dan "tahun naik harga".

Pua menyifatkan langkah kerajaan untuk menangani ketegangan ini selepas berbulan-bulan tidak mengendahkan suara rakyat dengan langkah yang tidak kukuh, menunjukkan bahawa mereka tiada rasa simpati yang jujur terhadap rakyat.

Pua turut menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil kerajaan bagi membuktikan keikhlasan mereka kepada rakyat.

Antaranya ialah untuk mengkaji semula perjanjian bersama konsesi tol, yang mengikut beliau, telah mengaut untung yang terlampau selama bertahun-tahun.

"Sebagai contoh, Litrak, syarikat yang memiliki Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) telah dibina dengan harga RM1.3 bilion tetapi telah mengaut untung sebanyak RM282 juta hingga 31 Mac 2013 sebelum menolak kos pembiayaan sebanyak RM89 juta serta cukai pendapatan RM48 juta.

"Mengapa harus kerajaan membenarkan syarikat ini mengaut untung yang melampau selama 16 tahun lagi sehingga tahun 2029?" kata Pua.

Beliau turut mengatakan kerajaan telah gagal untuk mengurangkan harga barang keperluan harian seperti beras, gula dan petrol yang sehingga kini masih dimonopoli oleh syarikat yang ditaja oleh kerajaan.

Berikut kenaikan tarif elektrik mulai Januari beliau menambah, "TNB mengaut keuntungan RM5.9 bilion sebelum cukai sehingga 31 Ogos, 2013.

"Namun kerajaan Najib telah bersetuju dengan kehendak TNB untuk menaikkan kadar tarif kerana kenaikan 15% tidak cukup untuk menanggung pelaburan TNB."

Pua berkata, cadangan-cadangan tersebut telah adalah antara manifesto Pakatan Rakyat dan kerajaan haruslah ambil tindakan untuk membuktikan keikhlasan mereka.

Ini berikut kenyataan Najib bahawa "keputusan yang kukuh" diperlukan untuk melindungi ekonomi.

Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan 11 langkah penjimatan bagi kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Antara langkah tersebut ialah mengurangkan elaun hiburan serta penerbangan bagi menteri dan pegawai kerajaan.

Tahun 2014 telah digelar sebagai "tahun naik harga" oleh kerana kenaikan banyak harga termasuk tol dan tarif elektrik.

Sempena itu, seramai 25,000 rakyat telah berhimpun di Dataran Merdeka pada ambang tahun 2014 untuk menentang kenaikan harga dalam himpunan Turun. – 2 Januari, 2014.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment