Saturday, January 11, 2014

RG2011... Fw: Kalau kamu Muslim.

 



Aku menulis bukan kerna nama,bukan kerna wang dan upah,
Kerna kasih sayang pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangNya...
 
Peringatan Untuk Diri
 
Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"

 

Kalau kamu Muslim.

 
Tentu biasa membaca 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Dan mengucap salam @ menjawabnya sesama Muslim. 

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Patuh kepada Perentah dan Larangan Allah S.W.T
Hari ini ada yang dengki dengan orang lain. Kadang-kadang kerana dusta dan dosa yang dilakukan, tak dia yang dapat imbalannya, jatuh kepada anak cucu dan generasinya yang berikut setelah mungkin pelaku jahat itu sudah di dalam kubur. Lantiklah diri sendiri supaya bukan dikalangan orang yang munafik.

Serta yakin bahawa: 

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik." (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 

 

Tutop Aurat ...Bukan Balot Aurat....

penpasksgb.blogspot.
ohbelog.com
.
Awok suke nengok oghang (orang) pompuan pakei Jubah ato (atau) name lainye Abaya (betoi ke tu??)
nampok beno maneh nye.....
kene pulak kalo jenih pakei (pakai) tudong yang laboh sikit...
memang awok suke le....

tapi sekaghang (sekarang) ni awok peghatikan (perhatikan)....
Jubah ato abaya ni udah terlalu mengikot pesyen...
bukan lagi sebab kepentingan ndak tutop aurat....
tapi lebih pade nak balot aurat je....

maksod awok....
Jubah yang banyak dijuei sekaghang (sekarang) ni...
banyak beno le jenih yang ikot badan...
tu tak campo lagi dengan yang gune kain nipeh (nipis)....
kan dah laghi (lari) tujuan asei (asal) berJubah ni kan???

awok bukan le meghungot (merungut)....
cume nye awok kesian pade si pemakei tu...
udah cantek berjubah....tutop semue....
sekali tak cukop syarat....
tak pasei2 je undang dose pade yang makei (pakai) dan jugak pade yang nengok (tengok)....

P/S: satu lagi khedmat pesanan untok masyarakat dan jugak dighi sendighi (diri sendiri).....
 
 

Ratu Rock Negara kini Bertudung

 
 
RATU Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga.

Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian.

"Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.


"Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja," katanya yang dipetik dari portal Gua.
 
-Artikel penuh> paspb2.blogspot.com

 

Ella berhasrat mahu berhijab

 
Ratu rock tanah air, Ella menyuarakan hasrat untuk berhijab sejak berkahwin lebih setahun yang lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali.

"Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.

"Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintannya. Dia juga menggalakkan saya kea rah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja," katanya kepada Gua.

Dalam pada itu, Ella turut memberitahu bahawa dia tidak berasa tertekan apabila sering ditanya mengenai anak.

"Saya tak nafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa.

"InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika taka da itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak.

"Saya ada berniat untuk mengambil anak angkat, namun perkara itu tak mudah kerana tanggungjawab sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat."

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment