Tuesday, June 3, 2014

RG2011... Fw: ABANG BELASAH TERUK SUSPEK DITAHAN POLIS.

 



ABANG YANG BELASAH TERUK SUSPEK YANG DISYAKI MEROGOL ADIKNYA YANG BERUMUR 12 TAHUN KINI DITAHAN POLIS.

omakkau.blogspot
 

PASIR MAS – Tindakan seorang abang membelasah dua suspek yang didakwa telah merogol adiknya, seorang pemuda berusia 20an bersama beberapa rakannya bakal berdepan hukuman di atas kesalahan kerana mendatangkan kecederaan.


 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pemuda tersebut membelasah dua lelaki berkenaan yang dipercayai telah memperkosa adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok lima hari lepas.

"Lelaki berkenaan termasuk beberapa rakannya telah membelasah seorang lelaki berumur 28 tahun di satu kawasan di Tumpat sehingga cedera parah yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini, semalam.

Menurutnya, selepas itu pemuda berkenaan dan rakannya ke Panji, Pengkalan Chepa pula dan membelasah seorang lagi suspek yang berumur 22 tahun.

 Beliau berkata, suspek kedua kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II tetapi keadaannya tidak serius.

"Kedua-dua suspek yang dipercayai merogol adik lelaki itu dipukul menggunakan kayu dan besi.Sehubungan itu polis menahan abang mangsa dan beberapa rakannya yang juga berumur lingkungan 20an bagi membantu siasatan," katanya.

 Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

 Beliau turut menasihatkan orang ramai jangan melakukan tindakan terburu-buru dan perlu merujuk kepada pihak polis untuk mengambil tindakan.

 Difahamkan, seorang suspek kes rogol melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Bachok, Isnin lalu, cedera parah dibelasah sekumpulan orang awam di Pantai Sri Tujuh, Tumpat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang selepas lelaki yang sedang menjual wau di pantai tersebut didekati kumpulan berkenaan yang dipercayai ahli keluarga mangsa.

NEGARA KITA NEGARA HUKUM .. ADA UNDANG-UNDANG .. BIARKAN PERJALANAN UNDANG-UNDANG NEGARA INI BERJALAN LANCAR TANPA ADA MANA-MANA RAKYAT MENGAMBIL TINDAKAN SENDIRI WAIMA SETERUK MANA AHLI KITA DIPERLAKUKAN OLEH SIPENJENAYAH .
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment