Monday, June 23, 2014

RG2011... Fw: KEPERLUAN & KEBAJIKAN WARIS & KELUARGA BEKAS IMAM BESAR MASJID NEGERI SELANGOR

 



 

KEPERLUAN DAN KEBAJIKAN WARIS DAN KELUARGA BEKAS IMAM BESAR MASJID NEGERI SELANGOR AKAN DIJAGA JANJI KERAJAAN PR NEGERI SELANGOR.

omakkau.blogspot.
 
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM10,000 kepada keluarga Imam Besar Masjid Negeri, Allahyarham Ahmad Mustafa Al-Muqri yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.

Sumbangan disampaikan Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail kepada isteri Allahyarham, Nurazira Ahmad Bashir.

Rodziah berkata, sumbangan itu sebagai tanda prihatin Kerajaan Negeri terhadap Allahyarham yang banyak meninggalkan jasa kepada Kerajaan Negeri mahupun rakyat Selangor.

Katanya, pihaknya juga akan melihat keperluan balu Allahyarham dan anak-anaknya dari masa ke semasa.

"Kerajaan negeri mengiktiraf peranan individu yang meninggalkan jasa  besar kepada Selangor. Kita akan lihat keperluan mereka dan cuba membantu dari segi pendidikan anak-anak dan sebagainya," katanya memetik laporan SelangorKini.

Rodziah berkata, kerajaan negeri juga sudah mengarahkan Jais supaya membuat pembayaran penuh kos rawatan Allahyarham di Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak RM130,000.

Sementara itu, Nurazira berkata, beliau terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan keluarganya.

"Sangat berterima kasih dengan sumbangan ini dan  gembira mendengar apabila sudi membantu mendapatkan pekerjaan, tempat tinggal dan pendidikan anak-anak," katanya.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment