Monday, June 23, 2014

RG2011... Fw: Penipu besar, kata tak mampu tapi bergaya!

 



[ASTAGHFIRULLAH] Siapa Yang Tergamak Kurung Remaja OKU Ini?

greenboc.blogspot


Sadis: Dikurung hingga kurus umpama mayat

NILAI - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menyelamatkan seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikurung di sebuah rumah pangsa, di sini semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati), kira-kira jam 2 pagi tadi.

Remaja tempatan berusia 15 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak terurus, di mana tubuhnya kurus kering seperti mayat, dipercayai akibat kekurangan zat.

Lebih menyedihkan, remaja malang yang dikurung dalam sebuah bilik tidak bertingkap itu juga dibiarkan bergelumang dalam persekitaran kotor dipenuhi najis dan tanah.

Difahamkan, baju dipakai mangsa didapati telah mereput akibat sudah terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri selama berada di situ.

Menurut Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, pihaknya sama sekali tidak menyangka akan menemui remaja terbabit, kerana tujuan asal pihaknya menyerbu kediaman itu kerana dimaklumkan didiami pendatang tanpa izin.

"Remaja itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan juga telah dikesan dan kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini, awal pagi tadi. -SH


Dikurung sampai kering


Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ibu remaja malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
-HM
 
Ali Wowberita said...

astaghfirullah.....

terkejut tgk keadaan anak ni.....siapala mak bapak /penjaga yang terlalu kejam ni....@#@$ betul...

Anonymous said...

Syaitan manalah yg jahanam kurung oku mengalahkan binatang ni ah? Memang sial dan jahanam betul.

Sintuk Prihatin said...

Kalau kejiranan prihatin, kanak-kanak ini tidak akan sempat kurus, tidak akan sempat kering ! Bapa mungkin tak bertanggungjawab dan ibu dalam tekanan, kemarah kepada bapa dilepaskan kepada anak. Bermula dari kejiranan kemudian kepada agensi atau jabatan berkaitan dan perkara seumpama ini boleh dielak. "KEJIRANAN PRIHATIN JIWA MASYARAKAT"

Anonymous said...

Kat kampung aku ada budak oku (Islam) lebih kurang macam remaja ni. Bapa ada masalah dadah, keluar masuk pusat.
Persatuan gereja ada bagi bantuan kerusi roda. Orang putih yang datang sendiri serahkan kerusi roda pada keluarga ni.
Mungkin kita sibuk memperbetulkan orang lain, sedangkan kita terlupa perkara asas. Apa la aku nak jawab besok.

Anonymous said...

ROS PANDA CINA lebih ISTEMEWA dimata
lembu2 um NO dan B angkai N egara 1
MALAYSIA

 

Orang Ramai Dinasihatkan Jangan Menderma Ke Tabung Adik Firdaus Anjuran Wanita UMNO.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Hidup jangan jadi sochai.

Jangan cuba nak perbodohkan orang la wei UMNO. Lai lai.. aku tahu korang memang nak maki hamun aku punya. Takpe. Takde masalah. Dah biasa jadi korban maki. Berkurang satu atau bertambah satu dah takde beza dah pada aku. Pasal aku telah diresapi semangat maki hamun. Feel beb. Feel. Macam ketagih dadah la citer dia.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Yang menasihatkan orang ramai jangan menderma ke tabung adik Firdaus tue aku. HAHA. Aku ada sebab kenapa berpendirian begitu. 

Korang tengok ek jalan cerita dia macam mana.

1. Adik OKU kita ditemui oleh pihak penguatkuasa.

2. Kemudian di bawa ke hospital.

3. Pihak hospital keluarkan statement akan menjaga adik Firdaus sampai pulih sepenuhnya.

4. Maksudnya dibawa pembiayaian dan tanggungjawab pihak hospital la.

5. Macam kerja2 kemasyarakatan la senang cakap.

6. Then, si JKM pula tampil keluarkan kenyataan. Katanya pula, JKM akan menjaga adik OKU kita.

7. So selesai sudah dua perkara.

8. Pertama bab kesihatan aka kos perubatan.

9. Kedua, bab penjagaan. 

10. Then si UMNO neh pula beria2 nak tubuhkan tabung remaja OKU tersebut.

11. Kenapa? Kalau nama tabung tue adik Firdaus aje aku boleh terima. Mungkin duit2 sumbangan akan disalurkan kepada pihak2 lain sama.

12. Tapi kat situ terang2 si Shahrizat ko sebut. Untuk bantu remaja OKU tersebut.

13. Remaja OKU tue tak reti guna duit la. Ko nak kencing sapa? Nak bagi duit tue kat sapa? Mak dia yang dalam tahanan? Bapa dia yang hilang tah ke mana? Bapa tiri dia yang senyap membisu? Sedara mara dia yang sampai la neh tak muncul2kan diri?

14. Dan kalau pun si Shahrizat neh ada sasaran derma, contohnya, ada sorang kakak yang pernah menjaga adik Firdaus masa kecik2 dulu tue pun tindakan dia tak masuk akal korang tahu.

15. Derma? HeY. Si Shahrizat ko tue kan, ko tahu sapa? Dia tue penasihat khas hal ehwal wanita. Penasihat Najib korang la. Si piem tak guna tue. Muahahaha..

16. Dengan kuasa dalam tangan. Bila2 masa boleh suruh JKM agihkan bantuan bulanan kepada penjaga remaja OKU supaya kebajikan dia terjaga.

17. Bila2 masa boleh suruh pusat zakat ataupun baitulmal agihkan bantuan bulanan kepada penjaga remaja OKU supaya menampung keperluan sehari2 dia. Macam makanan, minuman, ubatan2 dan sebagainya.

18. Dengan kuasa dalam tangan, bila2 masa boleh kemukakan plan dan lulus terus supaya pihak2 hospital memberikan bantuan perubatan dan khidmat kesihatan percuma kepada adik Firdaus berdasarkan status OKU dia tadinya tue.

19. Nak minta derma lagi pasal apa?

20. Kuasa dalam tangan. Duit dalam tangan. Arahan dalam tangan. Tinggal rangka strategi je untuk selesaikan masalah.

Itupun tak boleh fikir ka?

Sandiwara.. sandiwara..

Jangan la korang derma. Biarla puak2 UMNO tue aje yang menderma. Itupun kalau dorang nak derma la kan.

KAH KAH KAH

Ingatlah. Beza tau. Beza. Orang macam aku ka, rakyat2 biasa ka, bila kami minta derma memang logik. Kuasa dah la takde. Harta jauh sekali. Asyik kena pijak dengan pemimpin zalim aje. Nak arah itu neh pun tak boleh. Tapi kalau seseorang yang berstatus penasihat khas kepada PM gunakan jalan minta derma, tak gunakan ruang kuasa yang dia ada, memang sah2 dia bengap. Bengap dan bangang. Slumber tak aku berbahasa?

Mampos.

KAH KAH KAH

Kbai.
 

Macam Nak Tipu Je. kata tak mampu tapi bergaya!. Wajah Sebenar Imashima Lola , Ibu Kepada Lelaki OKU Ter

telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot
 
Penipu besar, kata tak mampu tapi bergaya! - Sebelum ini Gossipanas dedahkan 3 keping gambar sebenar ibu kepada lelaki OKU yang dikenali sebagai Imashima Lola menerusi akaun facebook miliknya.

Wanita berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan hidupnya yang susah dan tidak ada pihak yang sudi menjaga anaknya yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya [OKU].
Terbaru, seorang pengguna laman sosial Facebook telah mendedahkan akaun Facebook wanita tersebut dan segalanya terbongkar mengenai kehidupan sebenar wanita tersebut.

Baca Juga: Wajah Sebenar Imashima Lola, Ibu Kepada Lelaki OKU Tersebar!
Gambar pada profile wanita ini jelas sekali menunjukkan yang beliau mampu bergaya dan tidak menunjukkan kedaifan sebenar yang dialaminya. Dalam facebooknya juga kelihatan beberapa keping gambar lelaki OKU berkenaan dalam keadaan yang masih sihat dan terurus, tidak seperti keadaannya yang ditemui baru-baru ini.

Gambar pada profile wanita ini jelas sekali menunjukkan yang beliau mampu bergaya dan tidak menunjukkan kedaifan sebenar yang dialaminya. Dalam facebooknya juga kelihatan beberapa keping gambar lelaki OKU berkenaan dalam keadaan yang masih sihat dan terurus, tidak seperti keadaannya yang ditemui baru-baru ini.
Sebelum ini, lelaki OKU yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui dalam keadaan menyayat hati disebuah bilik oleh Imigresen semasa melakukan operasi PATI di Flat Semarak Negeri Sembilan.
 

comments:

 Anonymous said...

ya la...bulu mata dia ala2 penyanyi

 
XUMNO said...

Mungkin gambar2 itu diambil lama dulu semasa senang.Gambar2 yang dipostkan dalam facebook selalunya adalah gambar2 semasa comel loteng dan masih muda bergaya. Cuba dapatkan keadaan semasa sebenar sebelum ada sesiapa membuat komen terhadap wanita ini.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment