Sunday, October 19, 2014

RG2014... Fw: Azmin Libas Noh Udang

 



Azmin Libas Noh Udang: "Baru 3 Minggu, UMNO 50 Tahun Tak Boleh Buat Apa-apa"

greenboc.blogspot


Azmin: "Baru 3 minggu, BN dah 50 tahun gagal"

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin meminta diberikan peluang untuk membuktikan kebolehannya melaksanakan tugas selaku Menteri Besar Selangor memandangkan baru menggalas tanggungjawab itu selama tiga minggu.

Berbanding 50 tahun Selangor di bawah pentadbiran Umno-BN beliau berkata, parti berkenaan tidak mampu mengangkat kedudukan negeri berkenaan berada dalam kedudukan sekarang,

"Saya menyambut baik, Insya Allah ini satu tanggungjawab.

"Saya telah nyatakan tugas ini adalah satu tanggungjawab dan bukan keistimewaan yang akan saya galas sebaik mungkin.

"Berikan saya peluang membentangkan Belanjawan 2015 Negeri Selangor Insya Allah malahan saya akan tumpukan salah satu teras utama dalam belanjawan Negeri Selangor ialah soal pendidikan. Itu saya beri jaminan.

"Jadi beri peluang kepada saya. Baru tiga minggu. Umno 50 tahun tidak boleh buat apa-apa," katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mempersoalkan kebolehan Adun Bukit Antarabangsa sama ada mampu meletakkan kedudukan Universiti Selangor (Unisel) pada kedudukan terbaik dalam soal pendidikan.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor mempersoalkan kedudukan kemasukan pelaburan di Selangor yang kini berada di kedudukan ke-5 sehingga Mei 2014 memandangkan dua tahun sebelum itu berada di kedudukan dua teratas.

Mohamed Azmin sebelum itu dengan tenang menepis kenyataan sinis Noh Omar yang mendakwa beliau menjadi Menteri Besar Selangor diatas linangan air mata orang lain.

Sebaliknya beliau berkata, Barisan Nasional sebenarnya yang menangis selepas kemelut jawatan nombor satu Selangor itu berjaya diselesaikan.

"Selangor Alhamdulillah kita selesaikan cara baik pelantikan Menteri Besar Baru.

"Tiada siapa yang menangis, yang menangis ni belah sana (BN)," jawabnya sekaligus menggamatkan Dewan Rakyat semalam.

Noh turut mengucapkan 'tahniah' kepada Mohamed Azmin yang telah dilantik selaku Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun disambut dengan sorakan 'cemburu' oleh Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan. Mohamed Azmin dilantik secara rasmi menjadi Menteri Besar Selangor ke-15 pada 23 September lalu. -selangorku
 
Anonymous said...

jawapan yg bagus & dgn tenang .
Teruskan
Aku doakan semuga bertambah, bertambah, bertambah mantop. Tapi jgn lupa, dlm menuju kebaikan, pastinya ada banyak halangan.. samada kerja/tanggungjawab tu sukar nak selesaikan, juga dugaan/halangan daripada manusia yang dengki & tak puas hati.

Selagi kita niatkan tanggungjawab tu keranaNya, dgn kita sendiri patuhi suruhanNya ,insyaAllah akan dibantuNya.

Anonymous said...

Leasson here kita memang sudah tahu masa itu ibratkan emas. Mereka yang menghargai masa pasti akan jadi seorang yang berjaya. Masa juga ibarat sebagai mata pedang. Sesiapa yang tidak menghargai masa maka masa jugalah akan hukum you nanti di masa akan datang. Lu UMNO, 50 tahun dah bazirkan masa begitu sahaja, suatu hari lu akan terima hukumannya nanti di masa akan datang sebab hukum Allah SWT kita tidak boleh elak. Fikirkanlah.

Anonymous said...

ni yang UG tak suka

Anonymous said...

noh udang bahalol... daging penuh isi busok , hati pun busok sampai kubor pandai pandai lah jawab....

Anonymous said...

Harga udang galah se kg berapa.

Anonymous said...

noh omr nk mb wat kolm udg bsaing dgn dia tu sb dia mncbr mb.

Anonymous said...

apa ni hangpa dok kata kat orang.
cakap lawa la konon.
pirah.

Anonymous said...

selain linangan air mata noh udang sendiri yg juga berlinang air mata dgn perlantikan Azmin sbg MB ialah puak UG !

Noh sedar tak di mana kedudukan universiti Msia spt UM dlm senarai dunia ?

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment