Thursday, October 16, 2014

RG2014... Fw: DIPECAT KERANA BERJAYA MENGHASILKAN 9 GRADUAN PhD SETAHUN

 



ADAKAH KERANA BERJAYA MENGHASILKAN 9 GRADUAN PhD SETAHUN DIBAWAH PENYELIAANNYA, MAKA PROFESOR DATUK DR MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN DIPECAT DARI JAWATAN PENGARAH UMCEDEL DAN DEKAN FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYA?????

omakkau.blogspot
Bekas Pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mencatat sejarah tersendiri dalam pendidikan negara apabila 9 calon di bawah penyeliaannya berjaya menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam majlis konvokesyen UM baru-baru ini.

Difahamkan, jumlah itu merupakan yang terbesar pernah dicapai seorang pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial sejak ditubuhkan pada 1959.

Menurut senarai nama yang dicatatkan dalam buku Istiadat Konvokesyen 2014 UM, keseluruhannya terdapat 33 penerima PhD dari fakulti itu pada majlis yang diadakan Isnin lepas.

Ijazah PhD itu disampaikan Canselor UM Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah.

Empat daripada 9 graduan PhD itu dari luar negara iaitu Indonesia, Mali, Iran dan Yaman manakala 5 lagi pelajar Malaysia.

Mereka ialah Mohamed Ali Haniffa (Malaysia), Mehdi Soltanzadeh (Iran), Salwa Ahmed Qasem Dammag (Yaman), Abu Hanifah Haris (Malaysia), Chaibo Fodie Makan Drame (Mali), Hasanudin Daud (Malaysia), Nur Atikah Tang Abdullah (Malaysia), Jazilus Sakhok (Indonesia) dan Jamal Hamil (Malaysia).

Hanifah mencatatkan sejarah yang tersendiri sebagai calon PhD di bawah penyeliaan Redzuan yang paling cemerlang apabila berjaya menyiapkan PhD dalam masa dua tahun setengah melalui program 'fast track', iaitu membuat PhD di bawah Skim Bright Spark dalam tempoh kurang tiga tahun.

Bagi program ini, calon cemerlang di peringkat ijazah pertama boleh membuat PhD tanpa melalui peringkat Ijazah Sarjana.

Mereka yang mendapat PhD di bawah penyeliaan Redzuan ini adalah dari Jabatan Sejarah serta Jabatan Antropologi dan Sosiologi.

"Biasanya seorang profesor atau pensyarah paling ramai mampu menghasilkan 2 atau 3 graduan PhD setahun.

"Namun dalam kes Redzuan ini, satu pencapaian luar biasa apabila berjaya mengeluarkan 9 calon PhD dan menerima ijazah mereka serentak tahun ini.

"Lebih-lebih lagi dengan kesibukan tugas beliau sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Pengarah UMcedel," kata satu sumber dari Fakulti Sastera universiti itu.

Pada tahun ini juga, Redzuan merupakan penerima Anugerah Khidmat Cemerlang UM selama 13 tahun berturut-turut sejak 2001 dan penerima Anugerah Perkhidmatan Setia kerana berkhidmat selama 30 tahun dengan UM.

Beliau sebelum ini tidak disambung khidmatnya sebagai dekan fakulti itu, walaupun mendapat sokongan undi lebih 80% kakitangan akademik fakulti itu yang mahu beliau mengekalkan jawatan.

Pihak UM enggan secara telus mendedahkan undi yang beliau peroleh dan menjadikan tarikh persaraannya tahun depan alasan perkhidmatan beliau sebagai dekan tidak disambung.

"Menariknya, terdapat mereka yang sudah bersara dilantik memegang jawatan pentadbiran, termasuk sebagai ketua jabatan," menurut sumber itu lagi.

Pada Mac lalu, Redzuan ditamatkan jawatannya sebagai pengarah UMcedel selepas tekanan politik ke atas pentadbiran universiti itu.

Perkara ini turut didedahkan Tan Sri Ghauth Jasmon, bekas naib canselor UM yang pernah menerima tekanan sama semasa menjawat jawatan tertinggi di universiti tertua di Malaysia ini.

UM menerima tekanan ini susulan kajian yang dibuat UMcedel didapati tidak memihak kepada parti memerintah, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan Pilihan Raya Kecil Kajang, walaupun kajian yang dilakukan ini dari sudut akademik diakui kewibawaannya dan boleh dipertanggungjawabkan.

Redzuan dalam kenyataannya awal Julai lalu berkata, jawatan beliau sebagai pengarah UMcedel tidak disambung walaupun kontraknya akan tamat hujung tahun ini.

Redzuan berkata, beliau menerima surat pelantikan sebagai pengarah UMcedel pada 28 Disember, 2013 bagi tempoh 2 Januari, 2014 hingga 31 Disember, 2014.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment