Thursday, October 16, 2014

RG2014... Fw: Gesa Semak Semula ‘Kuasa Mutlak’ Menteri Kewangan

 



Ini Puncanya....Ku Li Gesa Semak Semula 'Kuasa Mutlak' Menteri Kewangan

bloglist-malaysia.blogspot
idaman78.blogspot

Ku Li gesa semak semula 'kuasa mutlak' menteri kewangan

'Kuasa mutlak' yang diperuntukkan kepada seorang menteri kewangan mengikut Akta Prosedur Kewangan 1957 perlu disemak semula kerana ia membuka peluang kepada rasuah, kata bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Pemimpin veteran Umno itu berkata, kelemahan dalam akta tersebut membolehkan menteri memberi sesuatu kontrak kepada mana-mana pihak menerusi rundingan terus.

"Jika kita mahu kawal rasuah, kena kaji Akta Prosedur Kewangan.

Akta tersebut memberi kuasa mutlak kepada menteri kewangan, menerusi Parlimen," kata Tengku Razaleigh, atau lebih popular sebagai Ku Li pada satu sidang media hari ini.

"Terdapat banyak kelemahan di situ.

Sebagai contoh, rundingan terus. Itu ialah kuasa menteri kewangan. Kamu datang ke pejabat saya, beritahu saya kamu hendak buat jambatan dan sebagai menteri kewangan, saya boleh beri kamu projek itu," katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, perkara tersebut tidak beretika kerana kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan mengingatkan Putrajaya yang kekayaan negara yang mereka uruskan bukan milik "ibu bapa" mereka.

"Ini adalah wang rakyat yang dikutip daripada cukai.

Kita tidak boleh guna sesuka hati. Kita perlu guna kaedah yang betul, dan kaedah terbaik ialah menerusi tender terbuka," katanya.

Jawatan menteri kewangan dipegang perdana menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad memecat bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang jawatan itu pada 1998.

Tengku Razaleigh berkata, jawatan tersebut sangat berkuasa, oleh sebab itu bukan sebarang orang boleh dilantik memangku jawatan itu ketika menteri bertugas di luar negara.

Sebaliknya, beliau berkata, pemangku menteri kewangan dilantik Kabinet.

Mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, minggu lalu, Tengku Razaleigh menyifatkan ia "agak baik" tetapi tidak menyelesaikan isu rasuah.

Selain itu, beliau juga menggesa Akta Rahsia Rasmi (OSA) disemak semula kerana ia memiliki "beribu dosa yang tersembunyi".

"Malah, wartawan yang mendapat tahu sesuatu tentang kerajaan tidak boleh mendedahkannya, walaupun kamu ada dokumennya dalam tangan, kamu boleh dipenjara 7 tahun mengikut OSA.

"Jika isunya melibatkan rasuah, saya rasa semua orang yang mahu negara ini bersih harus dibenarkan mendedahkannya," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya hanya menunggu hingga menteri atau ada arahan mahkamah untuk mengubah status 'sulit' sesuatu dokumen yang berkaitan kepentingan awam.

Ku Li berkata, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dikaji semula kerana ketiadaan "peruntukan penting" bagi menangani masalah rasuah.

"Saya sebenarnya mahu bukan saja perasuah dan mereka yang korup dihukum, tetapi saya rasa calon dan pemegang amanah juga perlu dibawa ke muka pengadilan.

"Saya rasa mereka (individu bersalah) perlu dengan sukarela memberitahu semua orang 'ini calon saya, ini pemegang amanah saya' dan tidak perlu untuk SPRM membawa kes mereka ke mahkamah bagi mendapatkan perintah mendedahkan calon dan pemegang amanah tersebut," katanya.

Tengku Razaleigh bercakap pada forum mengenai masalah 'Ali Baba' yang dianjurkan Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam Dan Tamadun (ISTAC), Kuala Lumpur hari ini.

Dalam ucaptamanya, Ku Li berkata, fenomena 'Ali Baba' adalah hasil tindakan pemimpin rasuah yang menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru negara.

The Malaysian Insider
 
 
 

"Tak wajar laksana GST jika mahu bayar hutang kerajaan" - Ku Li

telokbakong.blogspot
duniacacamarba.blogspot.


[Malaysia Kini]  Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah berkata kerajaan tidak sewajarnya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya ia semata-mata untuk membayar hutang yang ditanggung kerajaan.

"Masalah cukai ini, bukan kita boleh buat keputusan dengan mudah kerana dia menyentuh poket setiap seorang, kemampuan setiap seorang. Jadi kalaulah tujuan kita perkenalkan GST kerana nak kumpul duit, kerana nak mengurangkan hutang yang ditanggung oleh kerajaan, itu salah.

"Tetapi kalau kita perkenalkan GST kerana semata-mata kerana nak mengenakan setiap orang rakyat di Malaysia yang berkemampuan supaya menyumbang kepada pembangunan tanah air saya rasa bagus kerana bukan semua orang di Malaysia ini menyumbang.

"Pokoknya, patut ke kita kenakan GST kerana dalam keadaan sekarang kos hidup meningkat? Bila perkenalkan cukai baru, banyak orang marah, tak senang hati," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi ucaptama di sebuah forum di
Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, anggota parlimen Gua Musang itu turut mempersoalkan sama ada
April tahun depan merupakan masa yang sesuai untuk mengenakan cukai tersebut.

Malah, tokoh Umno yang mesra dipanggil
Ku Li itu turut menyuarakan rasa kebimbangan orang ramai sekiranya jumlah cukai sebanyak enam peratus itu akan dinaikkan lagi selepas ini.

"Pada April nanti akan dikenakan sebanyak enam peratus. Tetapi entah berapa banyak yang akan dikenakan selepas itu. Itu ramai yang khuatir sebab yang naik tidak semestinya turun. Dia akan naik lagi. Itu yang orang bimbang," katanya.

CGT cukai baru, bukan pengganti
Mengulas bajet alternatif Pakatan Rakyat berhubung Cukai Keuntungan Modal (CGT), kerabat diraja itu berkata cukai itu bukan pengganti yang bagus kepada GST dan hanya dikenakan kepada golongan peniaga sahaja.

"Ia bukan pengganti yang bagus. Ia cukai baru. Mana ada ganti. Sebabnya, yang dicadangkan oleh pembangkang ialah orang yang meniaga sahaja.

"Dulu kita dah guna tapi saya dah hapus benda itu kerana keadaan (ketika itu) kemelesetan. Nak bayar cukai keuntungan macam mana kalau dia tak ada untung pun.

"Jadi tak munasabah. Ia bergantung pada keadaanlah. Kalau keadaan memaksa kita untuk tambah pendapatan negara dengan mengenakan kadar yang lebih tinggi atau cukai yang baru, itu soal pertimbanganlah," katanya lagi.

Ditanya sama ada kini masa yang sesuai untuk melaksanakan CGT, Ku Li berkata keadaan tidak mengizinkan.

"Saya rasa keadaan tak begitu mengizinkan kerana kita belum lagi menjadi lebih maju untuk nak melabur. Pasaran saham sekarang ini tidak begitu bagus," katanya lagi.

Pada Isnin lalu, Ahli Parlimen Pandan
Rafizi Ramli berkata, kira-kira10 peratus orang terkaya di Malaysia mengawal lebih 77 peratus nilai saham di negara ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, cukai CGT yang dicadangkan belanjawan alternatif Pakatan jauh lebih relevan dan tidak menyusahkan sebahagian besar rakyat miskin yang terjejas dengan GST. 
-Zulaika Zulkifli/

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment