Thursday, October 16, 2014

RG2014... Fw: RM37,500 bantuan pendidikan MAINPP untuk Nor Adillah

 



RM37,500 bantuan pendidikan MAINPP untuk Nor Adillah

telokbakong.blogspot
faqar.blogspot
 
NOR Adilla Md. Yusop (paling kiri) menerima cek bantuan pendidikan daripada Mohd. Salleh Man (dua dari kiri), sambil disaksikan oleh Abdul Halim Hussein (tiga dari kiri) dan Rosli Othman (paling kanan) di sini, tengah hari tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BAGAN DALAM - Kesusahan belajar tanpa tajaan seorang bakat Pulau Pinang dalam bidang perubatan Universiti Zargaziq dekat Mesir yang dikongsi dalam portal berita The Malaysian Insider baru-baru ini akhirnya mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Yang di-Pertua MAINPP, Datuk Mohd. Salleh Man berkata, bantuan pendidikan berjumlah RM37,500 yang diberikan kepada pemohon, Nor Adillah Md. Yusop diharap dapat membayar separuh yuran pengajian tertunggak di universiti berkenaan.

"Majlis Agama (MAINPP) menyalurkan bantuan pendidikan dan bukan biasiswa kepada pelajar-pelajar dalam dan luar negara yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan," ujar Mohd Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, di Pejabat MAINPP Butterworth.

Timbalan Yang di-Pertua MAINPP, Datuk Abdul Halim Hussein dan Ustaz Rosli Othman (Pegawai di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang) turut hadir pada majlis tersebut.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment