Monday, October 13, 2014

RG2014... Fw: Hanya Mampu Bekalkan Air Gula Untuk Bayi

 



 

BAN Sadis - Miskin : Hanya Mampu Bekalkan Air Gula Untuk Bayi

bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.net
 
Akibat dihimpit kemiskinan, seorang ibu di Green Garden Paya Terubong, di sini, hanya mampu memberi air gula kepada bayinya yang baru berusia setahun.

Lebih menyedihkan, rumah mereka sekeluarga hanya diterangi cahaya lilin sejak dua bulan lalu apabila gagal melunaskan bil elektrik yang tertunggak malah terpaksa mengangkut air dari luar rumah untuk keperluan harian.

Nurul Nadia Zulkifli, 25, berkata, setiap kali memberi minuman kepada anaknya, hatinya merintih dan menangis kerana bayinya itu tidak selesa seperti bayi lain.
"Gaji suami hanya RM25 sehari, jadi cukup untuk beli makan sahaja, nak beli susu anak pun tidak cukup duit.

"Dalam kesempitan hidup kami, ada saudara membantu," katanya.

Nurul Nadia berkata, akibat terpaksa minum air gula setiap hari, badan bayinya, Mohd Nizar Muhammad Nazmir, kian susut dari hari ke hari, selain dua lagi anaknya Mohd Nizam Muhammad Nazmir, 3, dan Nazim Arfan Muhammad Nazmir, 5, juga kurus kerana setiap hari mereka sekeluarga menikmati nasi berkuah air kosong sahaja.

Suaminya, Muhammad Nazmir Abdullah, 27, merupakan seorang mualaf yang bekerja sebagai buruh terpaksa berhenti kerja kerana tamat perkhidmatan sejak seminggu lalu.

Malah, tugasnya tidak terhenti setakat itu sahaja, Nurul Nadia dan suami turut bertanggungjawab menjaga anak saudaranya, Zakian Anuar Mohd Abbas, 17, yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya tahun lalu, dan kakaknya, Fatimah Zulkifli, 33, seorang ibu tunggal.

"Meskipun sedar akan risiko penggunaan lilin setiap hari, kami tiada pilihan bahkan kesemua anak juga sudah lali serta memahami keperitan hidup ditanggung serba kekurangan," katanya.


comments :
  1. sayunya

  2. Anonymous

    mana jabatan agama islam penang?

  3. Anonymous

    celaka pemimpin...kutip zakat kutip cukai tp rakyat miskin...jawab la kamu semua nnt

    1. Anonymous

      wakil rakyat kawasan tu buat ape.. kawasan PR ke BN ?

  4. Anonymous

    Alamat tak ada ke?

  5. Anonymous

    Boleh berikan alamat...kami dari rumah perrlindungan darul wardah....

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment