Monday, October 13, 2014

RG2014... Fw: BILA MB SELANGOR NAK TERJAH SUNGAI SELANGOR?

 



BILA MB SELANGOR BAHARU NAK TERJAH SUNGAI SELANGOR UNTUK KETAHUI PUNCA PENCEMARAN SEHINGGA 3 LOJI DI TUTUP??????

omakkau.blogspot.
Lembaga Urus Air Selangor (Luas) masih belum menemui lokasi punca pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan beberapa loji rawatan air (LRA) dihentikan operasinya, malam tadi.

Pengarahnya Md Khairi Selamat berkata Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor (JKPSA) yang diurus setia LUAS bergegas ke sungai itu sejurus menerima maklumat dan mengambil sampel kesan minyak di muka sauk sungai untuk dianalisis bagi mengenal pasti kandungannya.

"Ujian bau dan analisis minyak secara insitu juga telah dijalankan setiap jam sehingga kini.

"Siasatan pasukan kecemasan yang dijalankan sehingga awal pagi ini di Sungai Batang Kali, Sungai Rawang, Sungai Garing, Sungai Gong dan Sungai Sembah tidak dapat menemui punca pencemaran.

"Siasatan lanjut akan diteruskan lagi untuk memastikan punca (pencemaran) tersebut," beliau dipetik sebagai berkata dalam kenyataan oleh Bernama hari ini.

Menurut Md Khairi, hasil penurunan kadar kesan minyak yang dianalisis di muka sauk Sungai Selangor membolehkan loji rawatan air terlibat beroperasi semula mulai 5 pagi, lapor agensi berita nasional itu lagi.

Menurut Md Khairi, Luas, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor sedang bertungkus-lumus menangani perkara itu.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pihak bertanggungjawab terhadap pencemaran itu, lapor Bernama lagi.

"Diharap orang ramai dan semua pihak memastikan setiap aktiviti yang dijalankan tidak mencemarkan sumber air bagi mengelak sebarang gangguan bekalan air kepada pengguna," beliau dipetik sebagai berkata.

3 loji tutup

Bernama sebelum ini melaporkan SYABAS menutup tiga loji rawatan utamanya berikut pencemaran pada bendalir hidraulik di sungai.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred Dharan dalam kenyataan hari ini berkata berkata loji rawatan ditutup sejak 8 malam, semalam dan menjejaskan pengagihan bekalan air di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam.

"Akibat kerugian pada pengeluaran malam tadi yang berjumlah 1,350 juta liter sehari (MLD), pemulihan bagi kawasan yang terjejas akan mengambil tempoh beberapa hari.

"Tangki-tangki air akan digerakkan untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas sehingga bekalan air kembali pulih," beliau dipetik sebagai berkata.

TERJAH TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH HARAM SUDAH ... TAHAN LORI ANGKUT SAMPAH HARAM PUN SUDAH ... TERJUN LONGKANG TERSUMBAT PUN SUDAH ... BILA PULA NAK TERJAH SUNGAI SELANGOR BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT TERUS SECARA LIHAT DENGAN MATA KEPALA SENDIRI MENGAPA BERLAKUNYA PENCEMARAN SEHINGGA MENYEBABKAN 3 LOJI TERPAKSA DI TUTUP.

TERJAHAN MESTI KONSISTEN .. KERJA KUAT BUKAN SAHAJA UNTUK 100 HARI TETAPI SEPANJANG MASA SEPERTI MANA DIKATAKAN SEHARI LEPAS ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MB BAHARU SELANGOR.

PARA PENYOKONG DAN PENDOKONG TAKSUB SUDAH JAJA KISAH YANG MB BAHARU SELANGOR JENIS TURUN PADANG .. JADI RAKYAT SELANGOR NAK LIHAT BETUL KE ATAU HANYA SANDIWARA UNTUK BEBERAPA HARI DAN TEMPAT TERPILIH SAHAJA.

KERBAU DIPEGANG PADA TALINYA DAN PEMIMPIN PADA JANJI-JANJINYA BUKAN PADA LAKUNAN WAYANG TINGGINYA.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
 
 

AZMIN KASI PECAH TEMBELANG BAHAWA KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN TSKI SUDAH BERTINDAK TEGAS MENGIKUT UNDANG-UNDANG KEATAS PESALAH MENCEMAR SUNGAI.

omakkau.blogspot

Ini baru betul .. kebenaran jangan disorokkan ... kebaikkan jangan dipadamkan ... kesalahan perlu dihebahkan.

Angkat dua ibu jari kepada Dato' MB Selangor yang baharu kerana akui kerajaan Selangor dulu yang dipimpin TSKI telah bertindak tegas keatas pesalah mencemar sungai ... bukannya mendiamkan diri membisu buta dan pekakkan telinga sepertimana tuduhan segelintir pihak yang memilik jiwa jumud enggan terima kenyataan dan kebenaran.


Meskipun telah bertindak tegas, termasuk merampas tanah dan mengambil tindakan undang-undang, kerajaan Selangor kesal kerana pembuangan sisa tercemar ke dalam sungai masih berulang.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya berkata, kerajaan telah merampas tanah dan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang membuang sisa hidrokarbon loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor pada Ogos 2013.

Semalam, LRA Sungai Selangor Fasa satu, dua, dan tiga terjejas dan LRA Rantau Panjang terpaksa dihentikan selepas menyedari terdapat kotoran di dalam air.

Akibat pencemaran air yang berlaku, 60 peratus pengguna di kawasan Lembah Klang terjejas.

Lembaga Alam Sekitar (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar Selangor sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

Sekretariat akhbar kerajaan negeri juga berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab membuang sisa tersebut.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
 
 

INGATKAN MASALAH BEKALAN AIR TERAWAT DI SELANGOR SENTIASA TERJEJAS SUDAH MENJADI LIPATAN SEJARAH.

omakkau.blogspot
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menutup tiga loji rawatan utamanya berikut pencemaran pada bendalir hidraulik di sungai.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred Dharan dalam kenyataan hari ini berkata, loji rawatan ditutup sejak 8 malam semalam dan menjejaskan pengagihan bekalan air di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam.

"Akibat kerugian pada pengeluaran malam tadi yang berjumlah 1,350 juta liter sehari (MLD), pemulihan bagi kawasan yang terjejas akan mengambil tempoh beberapa hari.
Tangki air akan digerakkan untuk membekalkan air ke kawasan terjejas sehingga bekalan air kembali pulih.

"Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang menyiasat punca pencemaran," menurutnya.

INGATKAN DAH TAKDE LAGI KEJADIAN BEKALAN AIR TERAWAT DI NEGERI SELANGOR TERJEJAS SETELAH MB BAHARU DILANTIK ... RUPA-RUPANYA RAKYAT BERASA HAMPA JUGA ... TETAPI KITA SEBAGAI RAKYAT KENA BERSANGKA MULIA .. KITA BERI LAGI SEDIKIT MASA UNTUK MEMBUKTIKAN YANG MB BAHARU INI MENJADIKAN KEMELUT AIR SENTIASA TERPUTUS BEKALAN ADALAH PERKARA SEJARAH SILAM.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment