Wednesday, October 15, 2014

RG2014... Fw: PERODUA MENJAWAB KERETANYA BERMUTU RENDAH

 



PERODUA MENJAWAB FITNAH KERETA KELUARANNYA BERMUTU RENDAH DIMANA GANDAR BELAKANG PERODUA ALZA MUDAH TERCABUT JIKA BERLAKU SEDIKIT PERLANGGARAN.

omakkau.blogspot
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya.

Sebelum ini heboh gegak gempita riuh rendah, beberapa keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada. Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)...sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda.
 
 
(Penjelasan) CEO Perodua Nafi Roda Belakang Mudah Tercabut
 
Dilulus untuk paparan oleh memo

tranungkite.net

 

Semalam tersebar gambar beberapa kereta keluaran Perodua yang tercabut gandar roda belakang kerana kecuaian Perodua. Namun CEO Perodua tampil memberi penjelasan untuk menafikan kelemahan tersebut.

Ada pendapat mengatakan ianya berlaku kerana terdapat nut atau skru yang longgar di bahagian belakang tersebut kerana kecuaian service advisor. Namun CEO Perodua menafikan dan mengaatakan bahawa punca roda belakang bersama gandar itu tercabut adalah kerana terlibat dengan kemalangan. Berikut adalah statement yang diberikan:



Antara gambar kerosakan melibatkan roda belakang bersama gandar yang tercabut dari Perodua Alza dan Myvi yang tersebar di media sosial:


Jawapan Perodua Kurang Meyakinkan

greenboc.blogspot


Laporan media sosial: Beberapa keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada. Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)...sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda.

JAWAPAN PERODUA:

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam, menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam
media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya.
-SH

ULASAN GB

Jawapanbalas dari Perodua nampaknya kurang fakta dan kurang meyakinkan.

Benarkah kenderaan-kenderaan tersebut terbabit dengan kemalangan? Sebab tiada kesan perlanggaran di bahagian belakangnya dan tidak pula dimajukan fakta tepat bila, di mana dan siapa yang terlibat jika benar ia kemalangan.

Kedua, menuding bahawa ia rekaan atau fitnah tidak samasekali boleh memadamkan kebenaran. Melihat kepada gambar-gambar berkenaan, sukar untuk menepis dakwaan mengenai kualiti rendah kenderaan berkenaan oleh pengeluarnya.

Kita berharap mereka yang terlibat dengan penyebaran gambar tersebut dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan "hal sebenar" supaya ia dapat mendedahkan kebenaran.

Rasanya sudah sampai masanya Undang-undang Lemon diperkenalkan bagi melindungi pemebeli kenderaan.

'Undang-Undang Lemon' lindungi pembeli kenderaan, kata persatuan pengguna

Adakah pembeli kereta lebih suka mendapat ganti baru bagi kenderaan yang rosak atau cuma membaikinya sahaja sepanjang tempoh jaminan?

Ekoran peningkatan aduan tentang pembelian kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan, satu kumpulan pengguna mahu "Undang-Undang Lemon" diperkenalkan di sini bagi membolehkan pengguna membuat tuntutan terhadap produk rosak yang terjual dalam masa singkat.

Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Ratna Devi Nadarajan berkata, sebanyak 4,915 aduan diterima tahun lalu, kebanyakannya berkait dengan keluaran kereta baru oleh pengilang terkemuka, tempatan dan antarabangsa.

"Daripada aduan, jumlah kerugian daripada
industri automobil mampu mencecah kira-kira RM22 juta," katanya kepada The Malaysian Insider sebelum satu seminar membincangkan undang-undang ini diadakan Kuala Lumpur, minggu ini.

Undang-Undang Lemon memberi peluang kepada pengguna menukar produk jika mereka dapat membuktikan kerosakan yang dihadapi berpunca daripada kesilapan pengilang.

Di
negara lain, undang-undang itu meliputi produk am seperti barangan elektrik, elektronik serta perabot.

Di
Amerika Syarikat, Undang-Undang Lemon membenarkan pengguna menukar pembelian kereta (kemudiannya diguna pakai terhadap barangan pengguna lain) bagi menggantikan produk yang gagal memenuhi standard kualiti dan prestasi.

Singapura, Filipina, China, Jepun, dan Korea Selatan mempunyai undang-undang sedemikian yang melindungi penggunanya termasuk pembelian kenderaan.

Ratna berkata di bawah Undang-Undang Lemon, pengguna berhak mendapat barang ganti, pengembalian wang dan pengurangan harga kerana kerosakan sesuatu produk.

"Buat masa
ini, klausa jaminan yang tidak jelas tidak memberi perlindungan sepenuhnya kepada pembeli kenderaan," katanya sambil menambah pengeluar dan agen sering lepas tangan apabila tamat tempoh jaminan.

Katanya, beban kini terletak di bahu pengguna bagi membuktikan kenderaan mengalami kerosakan semasa awal pembelian.

"Jika undang-undang ini diguna pakai, beban akan dipindahkan kepada pengeluar dan ejen mereka," katanya.

Katanya, NCCC mahu kerajaan menggubal undang-undang itu kerana kereta keluaran baru dijual di Malaysia agak mahal kerana dikenakan cukai, malah tidak ada badan kawal selia untuk pengguna membuat aduan kenderaan.

Katanya, NCCC berjumpa dengan beberapa pegawai kerajaan dalam usaha agar Undang-Undang Lemon dilaksanakan tetapi mendapat sambutan hambar.

"Kita akan teruskan mendesak agar undang-undang ini dilaksanakan, sama ada secara berasingan atau dimasukkan dalam undang-undang sedia ada yang berkaitan kepenggunaan," katanya.
-TMI
 
Anonymous said...

I tak tahu sangat akn hal ini so no comment. Tapi yang pastinya sangat jelas sudah reason kenapa isu AP sampai sekarang belum lagi selesai sebab nak suruh rakyat malaysia beli kereta kualiti rendah serta rakyat tak ada pilihan kecuali beli kereta either proton yang dimiliki DR.M dan perodua milik kroni UMNO.

Anonymous said...

What a timing report-report mcm ni keluar pada saat persaingan semakin sengit...ha..ha..nampak mcm diokestra je...rakyat biasa dah tak bodoh mcm dulu le bro...

otaklunyai said...

kalau kata kemalangan punya hal... taklah teruk mana jika betul sebab kemalangan hingga menyebabkan tercabut gandar... low classssssss.... tak habih2 rakyat jadi mangsa lebong

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment