Wednesday, October 15, 2014

RG2014... Fw: Taktik Jijik Pengusaha Handphone

 



Taktik Jijik Pengusaha Handphone China Untuk Perdaya Pelanggan

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

telokbakong.blogspot
tranungkite.net
 

Saya mahu berkongsi pengalaman saya di TERMINAL ONE, tingkat Empat di kedai hp yg takde tulis nama kedai tapi paparan itam tulisan LENOVO. (Nama kedai dikatakan Wish Generation).

SEMOGA PIHAK RAMAI MENDAPAT PENGAJARAN DAN SETERUSNYA MEMBENDUNG KEJADIAN MENIPU LICIK INI!!!!

Kejadian berlaku pada 4hb Mei 2014, pkul 6.30 ptg. Saya menemani rakan datang ke terminal one, dgn niat utk membeli Apple Iphone 5. Setelah membuat tinjauan, di dapati harga yg di tawarkan suatu kedai di Tingkat 4, Terminal One dgn paparan Lenovo di kiosk tersebut (lokasi kiosk/kedai sperti dilakaran di bawah):


Apple Iphone 5 16gb berharga RM1699 manakala 32gb ditawarkan RM1899. Hanya perlu tambah RM200 dapat model 32gb. Setelah tawar menawar harga model 32gb diturunkan kepada RM1850 dan seterusnya final RM1800. Bagi kami harga tersebut ok, setelah dibandingkan survey kasar di The Mines, dan juga di sekitar Senawang.

Ketika itu, yg menjaga kiosk tersebut jugak dipercayai rakan kongsi kiosk tu dua orang wanita cina (berusia lingkungan 20-30 tahun). Setelah bersetuju dgn harga RM1800 utk model 32gb, kami bersetuju dan diberi tawaran percuma utk screen protector dan housing (anggaran bernilai RM10-15). Jadi, deposit diperlukan sementara menunggu pemasangan screen protector, rakan sy meletakkan RM50, lalu kami pergi membeli makan sebentar di kedai ground level Terminal One.

Setelah kembali dalam 15 minit kemudian, iphone siap dipasang screen protector, dan kami berpuas hati, lalu membayar baki sebanyak RM1750. Setelah itu, seorang perempuan berbangsa cina (berambut panjang), dgn cepat nya offer kami utk jailbreak iphone, sambil cerita kelebihan jailbreak/apps percuma dll.

Utk makluman, sy dah menggunakan product iphone selama 5 tahun lebih dan tidak menggalakkan jailbrek bagi pengguna biasa seperti rakan sy yg skadar melayari internet dan social surfing.

Jadi saya cakap tidak. Setelah berkali kali menolak tawaran tersebut, akhirnya beliau akur. Kemudian perempuan cina tersebut dgn cepat cakap, utk tolong create apple id, dan masukkan applikasi secara percuma. Dia ckp takpe sy tolong u.

Dalam hati sy tidak perlu pun takpe sbb applikasi itu percuma je, dan id bole kita create secara peribadi/privacy sendiri di rumah. Tapi ntah kenapa, sy dan rakan bersetuju lalu mgkin memudahkan kami lagi, bila balik tak payah susah2 nk create/install apps.

Jadi perempuan cina tersebut meminta kami masa 30-40 minit lagi – offer percuma utk create id, install application dan game serta update software iOS dari 7.0.x kepada 7.1
Jadi sekali lagi kami merayau2 utk membuang masa selama 30-40 minit.

Setelah kembali 40 minit kemudian, perempuan cina tersebut menunjukkan apa yg telah di lakukan seperti create id, disertakan id tersebut dan password, dan application seperti WECHAT, WHATSAPP, TANGO, VIBER, FACEBOOK dan TWITTER, tetapi tiada game game seperti yg dikatakan. Dalam hati sy ini semua free, xpe lah.

Akan tetapi perempuan cina tersebut ambil calculator dan tunjukkan charge sebanyak RM299 dikenakan atas service tersebut.

NAMPAK TAKKK?
1) Kesilapan pertama: tidak meminta resit ketika sebaik sahaja bayaran diberikan: kunun atas sebab professionalism/kepercayaan pihak kedai.
2) Verbal agreement mngatakan percuma tetapi kemudiannya RM299 utk software yg percuma?
Sedikit kekecohan berlaku, kerana saya bukannya buta Apple.

PERTAMA:
Saya menegaskan Apple ID adalah percuma. Akan tetapi kedua dua perempuan tersebut menegaskan ia berbayar utk model iphone 5 dan iphone 5s. Saya hanya menggunakan iphone 4s, jadi mereka ingt sy tak tahu tentang apple id.

Perempuan berdua ini claim: "Kalau u pergi midvelley apple centre u kne bayar RM500 tau, minta kad kredit la ape la tau utk create apple id".

Saya menegaskan secara percuma tetapi perempuan berdua ini tetap cakap kena bayar. Mereka berdua cakap mereka turut menggunakan iphone dan id mereka tersebut juga adalah dibyar kepada technician.

WHAT THE FISHHH??
Saya dengan tak puas hatinya mengeluarkan iphone saya, dan create Apple ID depan mata perempuan cina ini. Mereka berdua kelihatan gelisah.. Apple ID created, dan saya menegaskan bahawa saya pengguna apple product sudah 5 tahun lebih, macbook pro, air, ipad dan iphone. Kedua dua perempuan ini mula bercakap irrelevant, dan out of topic (explain apple id tu privacy, sebb tu kena bayar), dan masih menegaskan perlu bayar RM299.

KEDUA:
Saya jugak menegaskan di mana software yg dimasukkan itu, setting iphone dll. Saya masih tak nampak di mana yg kos RM299, sedangkan fb, whatsapp dan wechat adalah percuma.
Bagi saya RM299 adalah kos sgt menipu dan tidak disebut pada awal perjanjian.

KETIGA:
Saya dgn tegas mngatakan bayaran RM299 tidak langsung disebut pada awal perjanjian malah berkata ia adalah percuma, dan jugak ckp "mahu tolong install dan create".
Akan tetapi perempuan cina tersebut cakap: saya kata ada cas sedikit, mana bole percuma macam mana mahu buat bisness maa kalau percuma.

Saya skali lagi mencelah mngatakan KAMU PATUT CAKAP AWAL AKAN DIBYAR CAS RM299, dan dia dgn selamba cakap: saya tak tahu maa, ini harga technician skejap naik skejap turun, dan memberikan analogy pertandingan bola sepak Chelsea lawan Manchester mana tahu maa siapa menang siapa kalah, sama lah dgn harga service tersebut.

Betapa sakitnya hati aku dgr analogi bodoh perempuan tersebut.
Kemudiannya perempuan cina tersebut memanggil kawan mereka dua org lelaki.

Seorang rakan mereka berbadan gempal, berusia awal 30an menegaskan kami tetap perlu bayar. Saya sekali lagi menegaskan apple id percuma dan menunjukkan bukti saya sendiri telah mencipta id dalam 5 minit sahaja di depan mata kedua dua perempuan cina tersebut.

Kemudian statement berubah, lelaki itu cakap perlu byar sbb "You suruh kami buat jadi you kena byar service kami", dan skali lagi saya tegaskan pada mulanya perempuan cina itu menawarkan percuma tetapi kemudiannya menafikannya.

Akhirnya setelah 40min di kiosk tersebut mempertikaikan RM299, terpaksa di byar jugak.
Setelah ditawarkan RM250 harga final.

Kemudian resit barulah dikeluarkan.Dalam hati saya mahu report kepada polis tetapi tidak yakin akan keupayaan polis dalam settlekan kes mcm ni, dan jugak terfikir persatuan pengguna tetapi yakin persatuan pengguna Negeri sembilan tidak kuat.

Saya dalam dilemma patutkah diajukan Report kepada polis/persatuan pengguna.
Ada sapa2 pernah alami situasi seperti ini?

Saya sakit hati sbbkan kejadian penipuan ini pasti byk berlaku tambah2 pulak kepada sesiapa yg tidak tahu pasal Apple product. Saya simpati kepada sesiapa yg terkena dgn cara begini.

Nasihat saya, boikot kedai ni terus. (Gambar kedai tersebut takde kesempatan utk snap).

sumber

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment