Wednesday, October 15, 2014

RG2014... Fw: Badan selepas bersenam umpama radiator kereta..

 



Badan selepas bersenam umpama radiator kereta...tak boleh kena air sejuk ??

malaysiaberih.blogspot
kakisembang.com
 
Kadang -kadang kita akan terdengar persoalan tentang mandi air sejuk selepas bersenam adalah tidak baik untuk tubuh badan. Ini kerana sesuatu yang sedang panas (tubuh badan slps bersenam) tidak elok disejukkan serta merta (mandi) kerana mungkin mendatangkan keburukan. Ia seringkali mengumpamakan ibarat radiator kereta yang sedang panas kemudian dimasukkan air. Namun adakah benar pendapat begini ?? Sesuaikah badan kita (ciptaan Allah) diumpamakan dengan besi ciptaan manusia ??

Fakta yang sebenarnya adalah mandi air sejuk selepas bersenam adalah tidak salah dan sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri. Badan kita dikurniakan sistem tersendiri yang tetap mengekalkan tahap suhu normal badan 36.5°c-37°c dan tidak mengikut jatuh atau naik dengan kesan cuaca diluar melainkan tidak sihat atau berhadapan dengan cuaca yang melampau. Bukan seperti besi panas sejuk mengeras apabila dicurah air.

Mandi air sejuk atau ais selepas bersenam sebenarnya adalah bagus kerana membantu mengurangkan sindrom D.O.M.S (Delayed Onset Muscle Soreness) selepas bersenam. Namun mandi air suam selepas bersenam juga ada kebaikannya iaitu ia membantu melegakan ketegangan urat dan otot dalam keadaan santai dengan menggunakan air suam. Jadi kesimpulannya sama ada air sejuk atau air panas selepas bersenam adalah dibolehkan.

Apakah D.O.M.S ?

Situasi ketika bersenam (weight training, HIIT, intense aerobic), otot tidak berasa terlalu sakit tapi apa yang anda alami adalah "tak larat" atau orang kata keupayaan telah mencapai had. Selepas bersenam pun otot masih rasa tak berapa sakit, cuma berasa "letih" sahaja. Tetapi keesokan pagi selepas bangun dari tidur, sakitnya otot tu macam rasa membengkak. Dan rasa sakit itu berlanjutan beberapa hari.
 
Sindrom ini dikenali sebagai "Delayed Onset Muscle Soreness" (DOMS) atau terjemahannya "Permulaan Kesakitan Otot yang Tertangguh". Setiap senaman yang melibatkan pergerakan "esentrik" pada otot (pengecutan dan pengembangan) pasti akan membawa kepada DOMS, oleh itu ia merupakan fenomena yang normal.
 
Kebiasaannya DOMS yang normal bermula 24 jam selepas anda bersenam dan berakhir sehingga 72 jam atau 3 hari. Ada juga yang ambil masa sehingga 4 atau 5 hari, bergantung pada intensiti yang dilakukan dan pengalaman ketika bersenam.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment