Saturday, October 18, 2014

RG2014... Kes Culik Politeknik-Tipu kerana tertekan

 

KUALA LUMPUR, 18 Oktober:

Penuntut Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di Pasir Gudang, Johor yang mereka-reka cerita kononnya dia diculik tiga lelaki dan dalam perjalanan ke Thailand, mengaku tertekan dengan pelajaran.

The Rakyat Post difahamkan, penuntut berkenaan sebenarnya melarikan diri untuk mengurangkan tekanan dan mengada-adakan cerita dengan harapan dapat menangguhkan masa penyerahan tugasannya.

Hasil soal siasat polis, penuntut berkenaan mengaku keluar rumah pada jam 10.55 malam Jumaat, dan meninggalkan kunci motosikal, beg kuliah dan dompet di atas motosikalnya yang diletakkan di hadapan rumah.

"Dia kemudiannya pergi ke tempat menunggu bas, dengan hanya membawa dua telefon bimbit dan wang tunai RM210," kata sumber ketika dihubungi The Rakyat Post.

Penuntut jurusan Diploma Rekaan Fesyen di PIS itu kemudiannya menahan sebuah teksi dan menuju ke Stesen Bas Larkin, di mana dia menaiki bas Maju Ekspres ke Dungun.

"Dia tidak membeli tiket, tetapi hanya membuat bayaran sebanyak RM40 kepada pemandu bas, dan apabila sudah berada di dalam bas, dia terus mematikan telefon bimbit dan membuka talian broadband," katanya lagi.

Pada jam 4 pagi keesokan harinya, penuntut itu menghantar WhatsApp kepada rakannya, seorang penuntut jurusan pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan seorang lagi rakan yang tinggal di Kuala Lumpur, menceritakan dia diculik.

Sumber polis itu berkata, penuntut itu turut menghubungi ibunya untuk menceritakan hal sama, sebelum ibunya menyarankan dia membuat laporan polis.

"Tiba di Dungun, dia bertanyakan seorang wanita penjual suratkhabar yang menunjukkan arah ke Ibu Pejabat Polis Dungun.

"Seorang lelaki yang kebetulan berada di sana hendak membeli suratkhabar telah membawa penuntut berkenaan ke IPD Dungun, kira-kira jam 8.30 pagi untuk membuat laporan polis mengatakan dia diculik," katanya.

Dia turut mendakwa beberapa kanak-kanak pelbagai kaum, dengan paling muda berusia lima tahun, dari Johor Bahru turut diculik dan dilarikan dengan lori ais putih.

Menurut sumber itu lagi, pada asalnya, penuntut itu hanya membuat cerita dia diculik kepada keluarga dan rakan, tetapi setelah didesak ibunya, dia baru membuat laporan polis.

The post Tipu kerana tertekan appeared first on The Rakyat Post BM Version.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment