Saturday, October 18, 2014

RG2014... Politeknik Ibrahim Sultan sahkan pelajarnya diculik

 

Politeknik Ibrahim Sultan sahkan pelajarnya diculik
Published: 18 October 2014


Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang pelajar wanita diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di Pasir Gudang, malam semalam.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim berkata, mangsa yang berasal dari Kuala Lumpur merupakan penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit.

"Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini untuk menguruskan perkara itu namun saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lain berkenaan kes itu," katanya.



Difahamkan mangsa berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Abdul Samad Salleh mengesahkan ada seorang pelajar politeknik dari negeri ini membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, Terengganu pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya, polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan yang dibuat mana-mana pihak berhubung kehilangan anggota keluarga mereka di kawasan Seri Alam.

"Buat waktu ini kami masih menyiasat laporan polis yang dibuat pelajar wanita itu.

"Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. – Bernama, 18 Oktober, 2014.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment