Monday, March 28, 2011

Re: RG09... AKIBAT JAHIL AGAMA,BLOGGER UMNO AJAK NIK AZIZ TENGOK VIDEO LUCAH

 

 
  Bongkar !!! Wajah Sebenar Perempuan Biadab Yang Samakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin
 
Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin : Jaringan Melayu Malaysia Dicabar Debat
6:23 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM
 

01 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

1.Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, 6 Mac 2011. Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan berkata bahawa,imej Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah sama dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

2.DPPNK menyifatkan kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang kurang ajar serta biadap dan menunjukkan kejahilan seorang yang beragama Islam terhadap agamanya sendiri. Serangan ini menunjukkan UMNO sudah ketandusan modal dan senjata untuk berhadapan dengan PAS sehingga menggunakan pebagai badan NGO yang pada hakikatnya bergerak untuk kepentingan politik UMNO semata-mata.

3.Ini boleh dilihat melalui blog rasmi Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di alamat http://jaringanmelayumal.blogspot.com/ di mana sebahagian besar daripada isi kandungannya ialah serangan terhadap PAS khususnya peribadi YAB al-Mursyidul Am PAS.

4.Sekiranya tidak boleh menggunakan agama untuk menarik sokongan rakyat, DPPNK ingin bertanya kepada Farahana Jamaluddin, apakah yang telah digunakan ole Rasulullah SAW sewaktu menyebarkan dakwah di Mekah pada awal kemunculan Islam dahulu? Atau Farahana terlampau jahil dengan sejarah agamanya sendiri lalu mengeluarkan kenyataan mengikut hawa nafsu semata-mata?

5.Atau apakah sebenarnya agama pada pandangan mata Farahana? Kita khuatir apa yang difahami olehnya ialah salah satu hasil benih sekular yang telah ditanam oleh UMNO sekian lama. Hakikatnya, UMNOlah yang seringkali mencetuskan ajaran baru yang tidak pernah disebut dalam agama. Buktinya Islam Hadhari yang dicipta oleh UMNO dan hari ini pula Presiden UMNO menjaja idea Islam Sederhana.

6.Justeru, DPPNK mencabar Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk bersemuka dan berdebat di atas isu ini. JMM boleh menghantar sesiapa sahaja sebagai wakil termasuklah Farahana Jamauddin yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan biadap ini.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

 
 
 
Ahad, 6 Mac 2011
Gambar : Bongkar !!! Wajah Sebenar Perempuan Biadab Yang Samakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin

Inilah wajah sebenar perempuan biadab yang menyamakan Tok Guru Nik Aziz dengan ayah Pin
 

Perempuan macam ni nak cakap soal agama?diri sendiri pun tak betul nak keluarkan kenyataan kondem Tok Guru Nik Aziz...cittt !!! podahhhh !!!!
 

Hipokrit !!! gambar kiri yang keluar dalam Utusan,nak tunjuk alim pandai lak tutup aurat.Gambar kanan yang diambil dari Facebook Farahhana Jamaludin yang tidak menutup aurat.Dasar talam dua muka...
 

Kenyataan biadab yang keluar dalam Mingguan Malaysia
 

Kenyataan yang keluar dalam Utusan Online
 

Gambar profile Facebook Farahhana yang sempat di print screen petang tadi
 

Gambar profile Facebook Farahhana yang telah ditukar.Mungkin tindakan ini dilakukan beliau berikutan tersebarnya gambar beliau yang tidak menutup aurat di internet berbeza dengan kemunculannya dalam Mingguan Malaysia.
 

Cabaran debat oleh Pemuda Pas Kelantan.Adakah ianya akan disahut Jaringan Melayu Malaysia(JMM) atau hanya sekadar berani berkokok dari jauh..
 

Laman Facebook yang diujudkan menuntut Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ),Farahhana Jamaludin memohon maaf pada Tok Guru Nik Aziz


 

Masaalahnya yang mendedahkan video tu pun memang cantik moral dan akhlaknya. Mummy Rokiah tu pun dah namanya memang mummy, reput segala-galanya.
 

 

AKIBAT JAHIL AGAMA,BLOGGER UMNO AJAK NIK AZIZ TENGOK VIDEO LUCAH



 
Salam ,

Jika kita jahil dengan sesuatu sepatutnya kita perlu belajar bukannya jadi
kurang ajarrr , di sebabkan dengan kejahilan kita menunjukkan kebodohan dan
kebanganggan yang terselah ketakshupan mambabi buta .... !!
Pada pandangan aku bloger pro Umno ni bukan setakat Jahil agama , tapi dah
masuk katogori "otak rosak". Beri cadangan pada bloger mummy Rokiah tu
supaya dia ajak mak bapak dia tengok sekali gambar blue tu ...agak-agak you
all la mak @ bapak cakap apa !!! Paling kurang mesti mak @ bapak dia cakap
yang anak dia dah sewel , kalau tak sewel dah gelongggggg ........... dulu
depa cakap ghapla jingga ni bukan ghapla Jingga dah jadi Ghaplaaaa
Totonnn ............ !!!


\



Date: 03/27/2011 12:14 PM








AKIBAT JAHIL AGAMA,BLOGGER UMNO AJAK NIK AZIZ TENGOK VIDEO LUCAH
from kamisokongpas | O | by kamisokongpas | O |

Entah apa yang tidak kena dengan seorang blogger Umno ini.Penulis pernah
juga membaca beberapa tulisannya sebelum ini,yang pada hemat penulis agak
berhujah berbanding penulis blog pengampu Umno yang lain.Blogger yang
dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah seseorang yang memakai
nama gelaran Mummy Rokiah.


Dalam entri terbarunya yang bertajuk "Nik Aziz tidak berhak memberi komen
sebelum beliau menonton video tersebut",Mummy Rokiah mempersoalkan tindakan
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berasa malu mengenai penayangan secara umum
video seks seorang yang dikatakan sebagai pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Berikut penulis petik kembali tulisan Mummy tersebut:


(Sebelum itu,berikut diperturunkan keratan asal laporan berita yang telah
dikeluarkan oleh Akhbar Sinar Harian)


Perbuatan tidak bermoral







KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan
rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang
bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media
sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu
didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah
kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan
skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

"Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu
kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam
menjadi individu yang tidak bermoral.

"Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur.
Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya
kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di
sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya
menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

"Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh
membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

"Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda
yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­
agama," katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum
PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan
wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan,
Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat
dalam pendedahan video terbabit.-sinarharian-


Berikut pula adalah ulasan yang dibuat oleh Mummy Rokiah dalam blognya:

Siapa yang lebih bermoral, pelakonnya atau individu yang mendedahkannya?
Nik Aziz seharusnya menonoton dahulu video tersebut sebelum memberi
kenyataan tentang moral seseorang pemimpin.

Risikonya jika Nik Aziz menonton dirisaukan jantung Nik Aziz tidak bersedia
mengepam dengan laju dan akan mendatangkan kemudaratan kelak.

Malah ada wartawan wanita yang menelan air lior geli geleman dan nak
termuntah semasa dipertontonkan kepada mereka di Carcosa Seri Negara.

Apapun masa akan menentukan segalanya.

Nota : Ulasan serupa turut dibuat oleh blog Umno lain termasuk Blog Sayang
Umno Sampai Mati.

CATATAN PENULIS:

Berdasarkan komen-komen yang dibuat oleh para blogger Umno,amat malanglah
bagi mereka yang beragama Islam,tetapi dilihat terlalu obses terhadap
menyerang peribadi lawan,sehingga sanggup menolak hukum Allah ke tepi.

Kenyataan Mummy Rokiah yang menganggap Nik Aziz perlu untuk melihat sendiri
video lucah terbabit seolah-olah mempersendakan golongan ulama dan
orang-orang yang beragama supaya melakukan dosa kepada Allah.

Dalam perkara ini,kita semua sentiasa jelas.Baik ustaz mahupun orang
biasa.Menonton video lucah itu difatwakan HARAM dalam Islam.Tidak ada
seorang pun daripada mana-mana pihak yang mengatakan boleh untuk melihat
sebuah video lucah.Ulasan Nik Aziz yang malu dan kecewa dalam isu tontonan
video lucah bukanlah disebabkan untuk mempertahankan Anwar semata-mata
seperti yang didakwa oleh mereka.

Tuan Guru bercakap atas dasar dosa pahala yang terletak pada bahu seorang
individu dan pemimpin yang beragama Islam.Nik Aziz beranggapan bahawa
sebagai sebuah negara majoriti umat Islam,sepatutnya tidak ada mana-mana
pihak yang sanggup untuk menayangkan video seks secara terbuka!Ini
seolah-olah mengajak orang mencuri secara beramai-ramai.Dan apabila para
ulama seperti Nik Aziz dan Dr.Asri menegur akan perkara ini,para penulis
blog Umno yang jahil (atau dalam bahasa sopannya tidak reti) dalam agama
sanggup menegakkan soal moral kononnya dalam isu video seks ini.

Bagi penulis,barang ditakdirkan Allah bahawa jika benar Anwar sekalipun
yang berzina dalam video tersebut,adalah HARAM hukumnya untuk mana-mana
individu melihat video terbabit,apatah lagi menghebahkan perkara itu kepada
umum.Ini seolah-olah berusaha membanyakkan dosa kepada diri sendiri.
Bayangkan,jika seorang sahaja yang pernah melihat video tersebut,satu dosa
sudah tertanggung atas bahu Rahim Tamby Chik.Dan jika sudah sampai berpuluh
dan beratus yang menyaksikannya,berapa pikul dosa yang sedang dipikul Datuk
T pada saat ini?

Jika benar Anwar berzina sekalipun,itu dosa beliau dengan Allah.Kita tidak
boleh mengenakan Hudud ke atas Anwar memandangkan tiada empat saksi yang
melihat kemungkaran tersebut.Di sinilah besarnya keadilan dalam Islam.Adil
kepada sang tertuduh.Penulis bukanlah seorang ustaz untuk mengulas panjang
dalam isu ini, tetapi penulis ingin menyedarkan lebih ramai orang yang
telah meletakkan prinsip moral (kononnya) itu lebih tinggi daripada Islam
itu sendiri.

Sehingga kerana moral kononnya,kita sanggup menunjukkan kejahilan kita
sebagai umat Islam.Malah,ramai pula para pemimpin yang mengaku yang dia
juga pernah menonton video tersebut.Mengapa perlu tonton? Untuk
kepastian?Adakah terdapat kepastian dalam kemungkaran?Jika benar Anwar itu
berdosa kerana berzina,Allahlah yang akan menghukum Anwar berdosa,bukan Si
fulan bin si fulan yang menyaksikan video tersebut yang menghukum Anwar itu
berzina atau tidak.

Kepada semua pihak,hentikan kegilaan ini.Baik di pihak Pakatan Rakyat
mahupun Barisan Nasional.Usah membodohkan diri dengan memohon suruhanjaya
itu dan suruhanjaya ini.Kelak akan ada beribu-ribu umat Islam yang berdosa
kerana melihat sebuah video lucah secara terang-terangan.Dan jika itu
berlaku,doakan bahawa bala Allah itu jauh daripada kita
--





 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment