entah mana dia belajar...
aku ni dekat jer ngan kilang tu. office kat gebeng, rumah kat gebeng... mana lagi nak lari weiii.....
From: kamal zaman <kamalzaman@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Mon, 28 March, 2011 20:14:59
Subject: Re: RG09... Fw: K'jaan jamin loji radioaktif di Gebeng tak bahaya
menteri sains ni..pernah ke belajar sains tulen..ke belajar sain menipu..
kenapa tak buat kat australia tempat asal amang/ rare earth tu..kenapa kat pusing di ipoh dulu ditutup..dah lupa ke..itulah akibatnya pemimpin kita semua malas membaca..semua maklumat dan info disampaikan oleh barua aje..
2011/3/28 :: eSpAcE 9808 :: <rienacom@yahoo.com.sg>
Loji Radioaktif di Gebeng - Menteri Kata Selamat.. Jika betoi awat Australia tak buat kat negara dia..??
Posted by KedahLaNieK'jaan jamin loji radioaktif di Gebeng tak bahaya
Kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta, adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ini kerana sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd itu mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.
"Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi.
"Kilang ini selamat bagi orang awam dan kita akan pastikan syarikat ini patuhi prosedur pemprosesan. Ia berbeza daripada loji Asian Rare Earth," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, semalam.
Loji Asian Rare Earth (ARE) merujuk kepada loji logam 'rare earth' Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Ipoh, yang dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya enam kes leukemia di kalangan masyarakat setempat sebelum ditutup pada 1992 ekoran protes awam.
Isu kesan radiasi projek pemprosesan 'rare earth' di Gebeng antara lain dibangkitkan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) dan Dr D Jeyakumar (PSM-Sungai Siput) yang mempertikaikan rasional kerajaan meluluskan pembinaan loji itu walaupun mendapat tentangan khususnya daripada rakyat Kuantan.'Perlepasan cukai'
Ongkili berkata langkah-langkah keselamatan akan dan sentiasa diambil untuk merendahkan lagi kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran dari sisa tersebut mengikut amalan konsep ALARA (As low as reasonably achieveable-Paling rendah mengikut budi bicara yang boleh dicapai).
Beliau berkata selain Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Lynas juga dikehendaki mematuhi semua keperluan perundangan yang ditetapkan oleh beberapa lagi badan penguatkuasa lain sebelum sesuatu lesen dikeluarkan.
"Pihak syarikat juga telah dikehendaki mengambil langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang ketat bagi memastikan pekerja, orang awam, harta benda dan alam sekitar tidak terdedah kepada kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran (sekiranya ada) dari sisa tersebut," katanya.
Menurutnya Lynas juga menggunakan sumber bahan mentah Australia yang mengandungi satu per lima puluh kandungan radioaktif berbanding dengan bahan mentah yang digunakan oleh Syarikat Asian Rare Earth (ARE).Menjawab soalan Fuziah mengapa Lynas diberi insentif pelepasan cukai selama 12 tahun, Ongkili berkata ia merupakan insentif biasa yang diberikan kepada syarikat-syarikat pelaburan besar yang dijangka mencipta peluang aktiviti ekonomi hiliran yang besar.
Kepada satu satu soalan lain, Ongkili berkata kebanyakan negara menolak untuk membina loji pemprosesan logam radioaktif pada 30 tahun lalu kerana khuatir berlakunya pencemaran sisa bahan berkenaan memandangkan ketika itu masih tidak ada teknologi mengenai pengurusan sisa radioaktif terutamanya jika berlaku sebarang kebocoran.
- Bernama- Australia tu merupakan sebuah negara yang besaq... siap ada kwsn gurun lagik..jadi pasai pa depa sanggup buang duit laboq kat negara kita nie... tak buat kat negara depa... jika buat dinegara depa ianya tak perlu budget yang banyak sebab buat kat negeri sendiri... ini pon pakat tak boleh pikiaq kaa.. satu lagi menteri nie takpa la rumah dia bukan dok tepi pagaq kilang tuu..dia sembang sedap laaa...apa kata pie buat tepi rumah dia takpon rumah makpak dia tak pon rumah orang kampung dia...tengok macamana keputusan dia lepas tuuu...
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment