Tuesday, March 1, 2011

Re: RG09... Nantikan pengumuman menarik!!!!

 

Lawatan bermula di Sarawak.. nampaknya BN dah mula sedar betapa goyangnya parti-parti komponen BN di Sarawak. Tak hairanlah jika suatu masa nanti Sarawak akan menerima nasib seperti Sabah. Ayam menang kampung tergadai..melalui risik-risik kabar ngan member kat sarawak, jumlah PATI semakin bertambah dari hari ke hari... perancangan untuk mengambil pengundi import sedang dilaksanakan.. langkah seterusnya ialah ops lalang yang kononnya menangkap PATI untuk dihantar pulang.. tapi hakikatnya PATI disimpan di pusat tahanan.. dan kemudian diberikan kad pengenalan projek dan didaftarkan sebagai pengundi...demikianlah proses pengundi import yang berlaku di Sabah.. dan kini ia cuba diaplikasikan di Sarawak pula, Sabah kini dipenuhi oleh PATI yang memiliki MyKad.. setiap tahun bercuti di kampung sama ada di Jawa atau Sumatera. 


From: mohd shahir <shahir74@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 1 March 2011 16:33:28
Subject: Re: RG09... Nantikan pengumuman menarik!!!!

 

biaq pi la bos depa nak turun ...... tak turun nanti pun mengata kot lain plak ...... 



From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, 1 March 2011 16:20:18
Subject: Re: RG09... Nantikan pengumuman menarik!!!!

 

nampaknya ketua pulak terpaksa turun padang... kemanalah pulak peginya yb2 semua tu pegi.. takkanla tak buat keje, sampai ketua plak kena tanggung keje diaorang....
 
JO 9 D



From: junior.rizz junior.r <junior.rizz@gmail.com>
To: respeks_group <respeks_group@yahoogroups.com>; Kelakar <Kelakar@yahoogroups.com>; Idaman_Group <Idaman_Group@yahoogroups.co.uk>
Sent: Tue, March 1, 2011 1:58:53 PM
Subject: RG09... Nantikan pengumuman menarik!!!!

 

Pengumuman menarik PM, TPM

PUTRAJAYA 28 Feb. - Rakyat di seluruh negara bakal mendengar pelbagai pengumuman menarik oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedua- dua pemimpin tertinggi negara itu turun padang melawat ke semua negeri mulai bulan depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tujuan utama penganjuran program tersebut sememangnya untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat secara lebih dekat.

Beliau berkata, pelaksanaan program tersebut hasil daripada pertemuan Perdana Menteri bersama ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan ketua-ketua UMNO Bahagian sebelum ini.

"Sebelum ini, kita sudah melakukan pendekatan melalui program Walkabout dan kali ini, kita akan tengok Perdana Menteri dan timbalannya bergerak secara serentak ke negeri-negeri.

"Kita jangka program ini dapat diselesaikan menjelang Jun dan selepas itu, kita akan bincang balik bagaimana hendak meneruskannya," katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Turun ke Negeri-negeri, di sini hari ini.

Hadir sama dua lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Najib dan Muhyiddin akan memulakan sesi lawatan secara bersama bermula dengan Sarawak pada 18 dan 19 Mac ini sebelum kedua-duanya melakukan lawatan berasingan ke negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, Hishammuddin memberitahu, sebagai Naib Presiden parti, beliau bersama dua lagi rakan sejawatnya bertekad untuk membantu merealisasikan harapan, aspirasi dan hasrat pucuk pimpinan terhadap rakyat.

"Inisiatif ini diharap dapat menyentuh hati rakyat dan sekali gus misi, harapan dan janji kerajaan dapat diterjemahkan sebagai bukti kesungguhan dan komitmen parti," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, lawatan tersebut akan membolehkan Perdana Menteri dan timbalannya melihat sendiri keberkesanan semua program yang telah dirancangkan dan dijanjikan dilaksanakan.

Mohd. Shafie pula berkata, kesanggupan pemimpin nombor satu negara untuk turun padang menunjukkan program transformasi politik yang diumumkan sebelum ini bukan sekadar satu gagasan sahaja.

"Pelaksanaannya yang menjadi keutamaan supaya tidak ada pihak boleh memanipulasikan usaha kerajaan selama ini," katanya.




__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment