As salam..biasanya setiap saman ekor yg dikeluarkan ada gambar so kita boleh minta gambar tu dgn bayaran rm 10 setiap keping
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
-----Original Message-----
From: Mohamed Diah Baharun <mohamed_diah@yahoo.co.uk>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 1 Mar 2011 03:11:27
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Polis Bombay pun tak saman mcm ni...dey machaa..
Assalamualaikum wbkt.,
Sekadar nak kongsi pengalaman.
Saya pernah alami perkara yang sama; tinggal di Shah Alam, kena saman polis
trafic salah parking di Kuantan, Plat No kereta betul tapi IC no tuan punya
kereta salah.
Waktu tu saya belum pernah jejak kaki pun di Kuantan.
Apa yang saya buat; buat surat rasmi kepada Ketua Trafic Negeri Pahang,
persoalkan saman tu, bagi tempoh 7 hari minta diselesaikan atau saya akan saman
PDRM...surat saya SK kepada KPN, BPR (waktu tu lah) semua pihak media...tajuk
kelemahan pengurusan PDRM dalam slogan Bersih Cekap Betul????.
Selang 3 hari dapat suarat PDRM minta maaf salah hantar saman.
Wassalam
________________________________
From: JO 9 D <lebak_s@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tue, 1 March, 2011 9:30:19
Subject: Re: RG09... Polis Bombay pun tak saman mcm ni...dey machaa..
hahaha... kereta Viva dah jadi MPV??.. kalo gitu, kena tukar nama la.. jadi
VAVI.... hehehe... mmg dah nasib kita Khairul Anuar weh.. aku di Labuan, dapat
saman berekor di Rompin,Pahang... nak tanak, terpaksa bayo dgn hati yg x ikhlas.
x buat salah tapi still kena bayar saman.. sungguh gumbira hati ini sbb merasa
gak kena bayo saman...camne ye kalo aku x halalkan duit yg aku bayo tu??...
JO 9 D
________________________________
From: newsfowarder™ <3@pendekarblogger.com>
To: Malaysianews <MalaysiaNews@yahoogroups.com>
Sent: Tue, March 1, 2011 4:07:49 AM
Subject: RG09... Polis Bombay pun tak saman mcm ni...dey machaa..
Dua saman dalam masa seminit
from CINA ISLAM (林川興) by DRS. KHALIL IDHAM LIM25 Rabiulawal 1432H. [MOD]
AIR KUNING - Ketika semua pengguna jalan raya menggunakan kesempatan terakhir
hari ini, untuk membayar saman trafik, namun berlainan pula yang berlaku kepada
seorang pengguna dari Kampung Sungai Kroh, di sini.
Tiga saman dalam tempoh 18 minit diterima di laluan sama menyebabkan timbulnya
kekeliruan selain kategori kenderaan yang berbeza.
Pengguna, Khairul Anuar Mustapha, 49, berkata, semasa membuat semakan saman, dia
terkejut kerana menerima tiga saman dalam sehari iaitu pada 25 Disember 2009
lalu.
Menurutnya, lebih menimbulkan kekeliruan apabila dua saman dikenakan dalam
tempoh seminit dan jenis kenderaan yang dikenakan saman juga berbeza dari segi
kategori kerana dua saman menunjukkan kategori kenderaan motokar, manakala satu
lagi adalah kenderaan pelbagai guna (MPV).
"Saya di saman di Kilometer 46 Jalan Ipoh - Teluk Intan di sini, dan saman
pertama pada jam 12.33 tengah hari.
"Saman kedua pula dikenakan pada jam 12.50 tengah hari dan saman ketiga pada jam
12.51 tengah hari, kesemuanya saman ini adalah di laluan yang sama," katanya
kepada Sinar Harian.
Khairul Anuar berkata, dia hanya memandu kenderaan jenis Perodua Viva, namun
salah satu saman yang dikenakan menggunakan nombor pendaftaran yang sama tapi
atas kategori MPV.
"Bagaimana pula perkara ini boleh berlaku sedangkan kereta yang saya gunakan
adalah kereta biasa dan tempoh saman seminit ini juga mengelirukan," katanya.
Katanya, saman yang dikenakan ke atasnya diterima dengan hati terbuka dan masih
perlu dijelaskan pembayarannya.
"Namun sebagai pengguna, kami mahukan kepastian mengapa perkara ini boleh
berlaku dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan kepastian tetapi gagal.
"Maklumat yang diterima daripada bahagian trafik berkaitan saman dalam tempoh
seminit juga mengelirukan kerana mereka menyatakan kemungkinan saya melakukan
pusingan U namun, jika difikirkan kembali, bagaimana saya boleh memecut dengan
kadar segera dalam tempoh seminit selepas membuat pusingan U," katanya.
Sinar Harian/-
--
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail
Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
: malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray,
none can guide.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com
No comments:
Post a Comment