Tuesday, March 29, 2011

RG09... Dr Mujahid Bertanding Timbalan Presiden PAS?

 

Dr Mujahid Bertanding Timbalan Presiden PAS?
Posted on Monday, March 28 @ 17:21:22 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur

Artikel Oleh Ibnu Hasyim


KL 29 Mac 11: Dr Mujahid ditanya mengenai pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS dalam muktamar agung PAS yang dijangka akan berlangsung pada Jun ini...

"Pencalonan adalah hak perwakilan, dan menerima atau menolaknya adalah hak saya..." Jawab Dr Mujahid yang juga Ahli Jawatan Kuasa Agung dan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS sewaktu ditanya oleh Weblog Ibnu Hasyim di Ampang malam tadi.

"Saya tidak akan bertanding jawatan itu, kalau sekiranya saya tidak dapat membuat apa-apa perubahan yang positif kepada perjuangan PAS." Katanya yang juga ahli parlimen Parit Buntar.

Baru-baru ini buku beliau 'Menuju PAS Baru' mencetuskan polemik hebat dan menimbulkan ketegangan antara golongan yang disebut-sebut 'ulama tradisional' & 'ulama pelapis' dengan pandangan beliau. Berbagai spekulasi mulai timbul dalam pemilihan kali ini.

Bahkan menurut satu sumber lain dikatakan ada kawasan yang ingin mencalonkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Presiden PAS dan mengamanahkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi memegang jawatan Mursyidul Am PAS. Yakni pertukaran jawatan antara dua tokoh ulama itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS perlu membuat perubahan-perubahan taktik dan strategi sepanjang masa, sehingga PAS mempunyai kekuatan sendiri, bukan bergantung kepada parti lain seperti UMNO atau parti-parti dalam PAKATAN sendiri. Biar parti-parti itu datang ingin bergantung kepada PAS dan menyesuaikan diri dengan PAS.

Contohnya seperti langkah awal kewujudan Dewan Penyokong PAS. Pendekatan keterbukaan PAS mengenai kepelbagaian agama dan kaum. Memperjuang Islam melalui realiti perlembagaan yang ada dan lain-lain. Semuanya perlu kepada pemimpin-pemimpin penggerak pembaharuan atau mujaddid masa kini. Wallahu 'aklam. (IH)


Sumber klik


--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment