Tuesday, March 29, 2011

RG09... Kuala Pilah...

 

Tindakan Majlis Daerah Kuala Pilah burukkan lagi kesesakan trafik

 

 

"LALUAN dari Jalan Bahau melalui Kuala Pilah sehingga ke Bukit Putus sememangnya sudah lazim dikaitkan dengan laluan sesak dengan kenderaan terutama pada musim perayaan, musim cuti sekolah, tidak terkecuali pada hujung minggu. Tindakan pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) mewujudkan petak meletak kenderaan di sepanjang laluan kiri-kanan Jalan Dato Undang Johol akan menambah kesesakan di bandar ini.

 

Laluan ini menjadi pilihan utama pengguna yang hendak ke timur seperti ke Kuantan, Temerloh, Bandar Muazzam dan sebaliknya.  

 

Pengguna perlu menggunakan jalan ini dengan melintasi bandar Kuala Pilah untuk ke arah timur dan juga untuk ke Bandar Seremban selain laluan alternatif yang melintasi kediaman dan rumah kakitangan kerajaan.  

 

Kewujudan petak meletak kenderaan ini menyebabkan laluan ini menjadi selorong sahaja, paling ketara kepada pengguna yang datang dari arah Bahau untuk terus ke arah Tampin, hanya dapat meneruskan perjalanan sekiranya ada kenderaan di hadapan membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat untuk ke Seremban. 

 

Keadaan akan menjadi kelam-kabut jika kenderaan lebar yang membawa peralatan atau kenderaan seperti kereta. Bandar Kuala Pilah ini sememangnya sesak terutama menjelang menyambut Ramadan atau Hari Raya kerana penduduk setempat keluar membeli-belah sebagai persediaan.

 

Sukar dibayangkan keadaan pada tahun ini, yang sudah tentu akan bertambah sesak.  Adalah menjadi harapan agar pihak berkenaan sama ada pihak JKR, polis dan MDKP mengkaji semula kesesuaian mewujudkan petak meletak kenderaan di jalan utama ini. 

 

SHABUDDIN

Putrajaya



--

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment