Salam,
Terima kasih berkongsi yang bermanfaat.
Yaaa...anak merupakan anugerah yang diamanahkan untuk
dijaga dengan sebaiknya. Tangan yang menerima amanah
itu merupakan tangan yang baik, kelak bersemaraklah
dengan kebaikan dan keamanan. Anak itu bagai buku yang
perlu kita baca dan dan tulis di dalamnya...
--
2011/11/22 Bro Mamat <kgmelayu@yahoo.com.my>
sesungguhnya anak yang dilahirkan itu adalah suatu anugerah dan nikmat yang amat terbesar sekali daripada allah subhanallahu ta'ala , yang mana anak anak yang dilahirkan itu akan menjadi saham dan membawa keuntungan di akhirat sekiranya mereka mereka ini dididik dan dibentuk dengan baik,menjadi insan yang berguna pada agama dan kesejahteraan dunia.sebaliknya jika mereka mereka ini diabaikan pada pendidikan agamanya dan kesejahteraan dunianya,saya percaya dimasa masa akan datang mereka mereka ini akan menjadi sampah kepada bangsa,agama dan negaranya.
saya percaya juga kesemua ibubapa mengimpikan anak anak yang mantap agamanya serta budi pekerti yang luhur.sebenarnya anak anak itu kesemuanya dilahirkan dengan begitu suci sekali,ia umpama sehelai kain putih dari sebarang kekotoran maka ibubapa lah yang mencorakkan nya sama ada membentuknya i nsan yang berjaya didunia akhirat ataupun tidak.
menurut pandangan islam,anak anak wajib diberi pendidikan sejak diawal lagi 7 tahun lagi,malah dalam al quran sendiri ada menyebutkan,bagaimana anak anak wajib diajar tentang aurat,sebagaimana firmannya dalam surah an nur ayat 58-60 yang bermaksud
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (surah an nur 58)
Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (surah an nur 59)
Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (surah an nur 60)
dalam hadis lain,baginda pernah mengariskan cara beri pendidikan kepada mereka
- anak anak yang baru dilahirkan sehingga 6 tahun hendaklah kita banyak mendekati mereka dengan penuh kasih sayang
- anak anak yang berumur 7 tahun sehingga 14 tahun hendaknya kita didik mereka dengan disiplin dan tanggungjawab
- anak yang bermur 15 tahun hingga 21 tahun hendaknya kita didik mereka dengan cara berkawan,sebagaimana yang disebut dalam satu hadis Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya." (Hadis riwayat Abu Daud). dan kita sewajarnya menghormati pendapat mereka selagi tidak menyalahi syariat.
- anak yang bermur lebih 21 tahun ,ibu dan bapa wajar menjadi penasihat agar segala tindakan mereka terkawal adanya namun ibubapa harus juga memberi kebebasan selagi tidak menyalahi syariat.
berilah nasihat dan teguran kepada anak anak kita dalam hal yang berkaitan dengan akidah,ibadah,kesihatan dan peranan tanggungjawab agar kehidupan mereka mereka ini akan mengenal erti hidup yang sebenarnya.sebagai ibubapa kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa atau sikap lepas tangan sahaja,kerana semuanya ini akan dipinta ditanggungjawabkan.
sebagaimana sedia maklum,musim cuti sekolah sudah pun bermula sejak jumaat yang lalu,saya ingin berpesan sebagai ibu dan bapa,kita seharusnya mengajar anak anak kita supaya mengunakan masa yang bijak.musim cuti sekolah bukan semata mata cuti untuk berseronok dan melupakan terus pelajaran.kita sewajarnya mengambil peluang peluang yang ada ini untuk mengatur program program yang bermanfaat buat mereka.jadilah ibu dan bapa yang prihatin dan mengambil berat pada anak anak kita
marlah kita bersama sama menjaga dan mendidik anak anak kita sebagaimana yang diamanahkan allah kepada kita.didik lah mereka dengan kehidupan yang beragama agar mereka mereka akan mampu berbakti kepada kita,masyarakat dan negara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No one else can ever make your choices for you.
Your choices are yours alone. They are as much
a part of you as every breath you will take,
every moment of your life.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
You cannot manage your life if you do not manage
your self. You cannot manage your self if you do
not manage your choices. Manage your choices,
and you will manage your life.
__._,_.___
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
MARKETPLACE
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment