Tuesday, November 22, 2011

Re: RG2011... TAHANAN ISA PENGGANAS TIDAK PERLU DIPOLITIKKAN

 

saya kurang ikuti hal begini, cuma
dimaklumkan ari tu yang isa dimansuhkan
sekarang, tahanan tanpa bicara dibuat
isa juge le tu


From: xstream <pejal71@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, November 22, 2011 9:35 AM
Subject: Re: RG2011... TAHANAN ISA PENGGANAS TIDAK PERLU DIPOLITIKKAN

 
Dakwa dan hukum ..jangan ikut negara kafir tuh...tahan tanpa bicara ikut Islam ker tuh..keh keh keh..

2011/11/21 Sr Rizz.r <junior.rizz@gmail.com>
 
Tahanan tidak perlu dipolitikkan
Oleh : JULIZA MOHD SAAD
Hishammuddin Tun Hus­sein
KLUANG - Penahanan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak perlu dipolitikkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hus­sein berkata, akta tersebut diguna­kan bertujuan meme­rangi keganasan, sebelum diganti dengan akta baru pada Mac tahun hadapan.

Beliau berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act.

"Kumpulan ini tidak takut mati dan amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara. Mereka sememangnya mahu mati dalam jihad," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meng­ha­­di­ri majlis bersama pemimpin Par­limen Semberong di Felda Bu­kit Tongkat, semalam.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pemimpin pembangkang mendakwa, penahanan 13 anggota kumpulan itu, di bawah ISA menunjukkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasio­nal (BN) mempermainkan perasaan rakyat kerana sebelum ini kerajaan sudah memansuh­kan ISA.

Hishammuddin turut mendedahkan operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis menemui sejumlah be­sar senjata api dan bahan letupan.

"Ada senjata ditemui, bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar, bahkan ia menimbulkan ancaman serius kepada negara ini." katanya.

Beliau berkata, operasi dilaksanakan 13 individu di­tahan tersebut, melibatkan tiga negara, tetapi beliau tidak mendedah kan ketiga-ketiga negara terbabit.

"Ia melibatkan tiga negara, dengan ada negara tertentu di mana mereka mendapatkan latihan ketenteraan, ada negara dijadikan tempat perancangan dan ada negara di mana tempat serta individu tertentu dilihat se­bagai sasaran mereka," katanya.

Beliau turut membidas Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) disifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab, apabila mendesak 13 individu itu dibebaskan.

Beliau berkata, Suhakam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu, tanpa mengetahui tentang latar belakang dan fakta tentang kesemua mereka yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya.

Beliau turut me­na­sihatkan Su­hakam, supa­ya berj­umpa de­nga­nnya terlebih da­hulu di ma­na kementerian­ ber­sedia berkong­si mak­lumat tentang penahanan individu itu.



--
Xstream-BOP


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment