Wednesday, November 23, 2011

RG2011... ADUN Komtar tunjuk sifat Chauvinis Cina dikhalayak

 

ADUN Komtar tunjuk sifat Chauvinis Cina dikhalayak

CLICK:
 
 
ADUN Komtar dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Ng Wei Aik
Satu laporan Polis telah dibuat di IPD Polis Jalan Patani, Georgetown, Pulau Pinang oleh seorang warga Malaysia keatas ADUN DAP Komtar YB Ng Wei Aik  kerana bertindak kurang ajar dan menghina pasangan pelapor itu. Ini akibat sikap Ng untuk menuduh pelapor, suami pelapor dan seorang pemilik kedai dan soerang warga Bangladesh menyebabkan kebakaran beberapa buah kedai di Jalan Gudwara, Georgetown.
Ng bersama diua orang lelaki keturunan Cina telah membuat tuduhan itu dikhalayak ramai pada 1830hrs 22 November 2011.
Ng juga telah mengherdik lelaki Bangladesh itu dengan perkatan kesat "Berambus dari sini dan saya akan keluarkan you dari Malaysia,You tidak boleh duduk di Malaysia" dan menuduh pelapor sebagai "Pengkhianat" kerana berkahwin dengan seorang warga Bangladesh. Ng juga membuat kenyataan mereka berdua tidak boleh berniaga dikawasan itu.
Pelapor itu seorang wanita Melayu-Islam Sarimah Bte Packeer Mohamad 43 tahun, berniaga ditempat kejadian. Dalam Laporan Polis Jln Patani: No Report 10432/11, beliau mempersoalkan apa hak Ng untuk mengeluarkan kata kata tersebut kerana pernikahan Sarimah dengan pasangannya adalah sah disisi undang undang. "Kenapa kami dibuat sebegini. Kami kominis ke?", apabila pihak media menemu ramah beliau.
Sebelum ini, ADUN DAP  Ng Wei Aik merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang telah beberapa kali bersifat rasis kepada Bukan Cina. Ini termasuk mengasari peniaga nasi kandar sekitar Komtar apabila mengetuai dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan Dewan Bandaraya Georgetown. Perbuatan kasar itu kunun kununnya kerana "Mengelak letupan akibat tomg gas yang terbakar". Kemudian beliau telah didapati berbohong.
Mengaku keatas perbuatan salah dan memperbetulkan dengan maaf  bukan sikap yang ada dalam pemimpin Chauvinis Cina DAP, walaupun mereka dipilih dan kedudukan dalam masyarakat  sebagai wakil rakyat. Inilah sebenarnya sifat Chuavinis Cina pemimpin DAP yang dipilih dan senang wenang menghina orang ramai. Mereka tidak teragak agak untuk menuduh orang tanpa bukti, apatah lagi mengunakan kuasa mereka sepenuhnya dengan keadaan kasar.
ADUN Sungai Pinang Koid Teng Guan
Dalam laporan asal kami, ADUN yang dikenal pasti ialah YB Koid Teng Guan, wakil rakyat bagi Sungai Pinang. Laporan asal yang dibuat pelapor ialah keatas Koid. Namun, semasa ditemuramah dan percakapaan antara pegawai penyiasat dengan pelapor dirakam, pengesahan dibuat apabila gambar foto Ng ditunjukan. Nampaknya, pelapor telah terkeliru antara Koid iaitu wakil rakyat bagi DUN dimana kejadian berlaku dengan ADUN yang berlaku kasar itu, iaitu juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bukanlah kuasa seorang ADUN atau Ketua Menteri untuk menentukan seorang warganegara asing itu layak dinyah-keluar atau tidak. Kuasa itu terletak pada Kementerian Dalam Negeri dan ianya perlu melalui proses tertentu sebelum seseorang itu dihalau keluar dari negara ini. Pertimbangan diperingkat pegawai perlu melalui siasatan rapi. Semestinya, pertimbangan ini tidak boleh berlaku ditepi jalan semata mata.
Keangkuhan inilah budi pekerti sebenar seorang pemimpin DAP, termasuk yang dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil rakyat. Mereka bukan sahaja tidak mengutamakan rakyat, malah sewenang wenangnya menuduh orang sebagai 'perosak harta dengan membakar' (arsonist) tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh. Lebih buruk lagi, ADUN ini menghamburkan penghinaan itu dikhalayak ramai.
 
 





__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment