Tuesday, November 22, 2011

RG2011... DOUBLE STANDARD - Hukum Islam ikut perkiraan politik.

 

"Double Standard" Hukum Islam Ikut Perkiraan Politik.


Teman tengok riuh kaum Anwarinas dan Koonyet:2 bila teman timbulkan mengenai isu liwat termasuk berkaitan "mendatangi isteri melalui 'pintu belakang". Maka habis dema punggah kitab kuning, kitab hijau, sampai kitab takde warna pun dikeluarkan daripada gobok dan lemari untuk serang teman.

Adayang sampai fitnah teman jahil tak tau hukum!

Isu yang teman bangkitkan bukan soal apa hukum "mendatangi isteri melalui pintu belakang". Itu teman pun tahu, kecuali ada segelintir orang yang masih berminat dengan main pintu belakang ni walaupun dah tahu itu adalah amalan kaum yang dila'nat!

Isunya sekarang ialah mengapa peruntukkan itu tidak ada di dalam Enakmen yang yang digubal oleh Pas. Bukan sahaja tidak ada, malah membawa kekeliruan dan fitnah terhadap Islam dan umat Islam.

Sebenarnya teman pada mulanya tidak menyedari kelompongan di dalam Enakmen tersebut. Sehinggalah seorang isteri pimpinan pembangkang datang mengadu kepada teman mahu memohon cerai.

Pengadu ni isteri kedua seorang pemimpin pembangkang. Masih muda, bawah 30 tahun. Beliau datang dengan aduan mahu bercerai, kerana tidak tahan "didatangi oleh sang suami melalui pintu belakang"!

Teman agak terperanjat dengan pendedahan si isteri ini. Kebetulan teman kenal pemimpin yang dia sebut. Teman katakan takkan polan tersebut tidak tahu "mendatangi isteri melalui pintu belakang" adalah dila'nat, dan dikutuk ALLAH!

Namun si isteri menyatakan kepada teman, sang suami menegaskan "mendatangi pintu belakang" isteri ini diperbolehkan!

Dan si isteri menyatakan antara hujah sang suami untu menghalalkan tindakannya menduburi isterinya, sang suami menunjukkan kepada beliau Enakmen tersebut yang jelas menunjukkan satu kekeliruan bila ia memperuntukkan secara ringkas.

Teman hairan dengan kaum yang terlalu gemar menuding jari dan menghentam orang lain tanpa sebarang asas dan fakta.

Konon beriya-iya nak bercakap pasal hukum, habis dipunggah segala kitab kuning dan lain-lain. Tapi bila kena batang hidung sendiri, jangan kata kitab kuning, kitab Al Quran pun dema tak jumpa. Contohnya:

1. apa pendirian mereka tentang fahaman pluralisma iaitu menyamakan Islam dengan agama lain? Sudah jelas bukan sahaja berdasarkan Al Quran & Sunnah, malah sudah difatwakan bahawa penganut fahaman pluralisma ini bukan sahaja sesat, malah boleh membawa kepada batalnya aqidah dan membawa kepada murtad!

Tetapi kenapa kaum ini senyap, menjadi syaitan bisu! Apa pendirian mereka dengan ucapan Anwar Ibrahim di London School of Economics yang jelas mempunyai unsur pluralisma? Kenapa diam membisu tanpa sebarang komen? Mana pergi segala kitab kuning?

2. apa pendirian mereka dengan tindakan pihak yang membenarkan, malah meredhoi kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk triniti Tuhan Bapak-Tuhan Anak-Roh Suci.

Timbalan Mursyidul Am Pas sendiri, Sahibul Fadhilah Dato' Dr Haron Din sendiri telah memfatwakan sesiapa yang menyetujui dan meredhoi kristian guna kalimah ALLAH ini adalah syirik dan boleh membatalkan aqidah! Kenapa kaum ini diam membisu, malah ada yang lebih malang terus menyokong secara membabi buta! Mana pergi segala kitab kuning yang ada?

3. apa pendirian mereka dengan tindakan pimpinan pembangkang yang sanggup mati untuk kafir harbi saperti Karpal Singh? Apakah itu dibenarkan syara', apabila Karpal Singh dengan cukop jelas, terang, nyata dan konsisten menentang penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam.

Teman tidak menyalahkan Karpal Singh sebab dia memang kafir. Yang teman pelik ialah dengan pendirian orang yang mengaku nak berjuang menubuhkan negara Islam, nak laksanakan hudud dan lain-lain, tetapi boleh isytiharkan sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh!

Dan yang lebih pelik ialah kenapa kaum yang kuat menghukum orang ini langsung senyap menjadi syaitan bisu? Mana pergi segala kitab kuning yang dibongkar habis hanya nak menghukum orang?

Teman boleh bariskan banyak lagi contoh yang tidak lain selain membuktikan betapa hipokrit dan double-standardnya puak-puak ini.

Dahulu bila mereka tak bersetuju dengan Anwar Ibrahim, ada kalangan mereka berkokok melabel Anwar sebagai Al-Juburi, tetapi bila dah tidor sebantal, dimartabatkan Anwar sebagai anugerah Ilahi!!!

Dahulu bila mereka tak bersetuju dengan Anwar Ibrahim, ada kalangan mereka berkokok melabel Anwar sebagai Al-Juburi, tetapi bila dah tidor sebantal, dimartabatkan Anwar sebagai anugerah Ilahi!!!

Bila datang masa nak menghukum dan menuding jari kepada orang yang tidak sehaluan dengan mereka, begitu cepat mereka menjatuhkan hukuman dan habis dibongkar segala kitab kuning mereka untuk menegakkan benda yang tak tegak. Tetapi bila kena batang hidung sendiri, jangankan kitab kuning, Al Quran & Hadis Nabi saw pun mereka boleh tak nampak!

Apa yang teman cuba bangkitkan dalam hujah di Parlimen baru ini ialah bukan mempersoalkan hukum atau undang-undang Islam; yang itu jelas. Tetapi yang teman pertikaikan ialah Enakmen yang dibuat oleh Pas sendiri, dan Seksyen 14 adalah antara contoh yang teman bawakan untuk menunjukkan betapa cara peruntukkan yang digubal oleh Pas sangat mengelirukan, malah boleh, dan telahpun membawa kepada fitnah.

Kalau mendatangi dubur isteri itu salah, dan memang jelas salah, kenapa tidak dinyatakan dengan jelas didalam Enakmen tersebut?

Sebaliknya digubal dalam bentuk yang sangat mengelirukan iaitu: liwat itu ialah apabila seorang lelaki mendatangani dubur seorang lelaki atau wanita, kecuali mendatangi dubur isterinya sendiri! Bukankah itu mengelirukan?

Bukankah ini bercanggah dengan segala kitab kuning yang dibawa oleh kaum yang menentang ini.Ia memberi gambaran seolah-olah bermain dengan dubur isteri itu bukan liwat, dan yang lebih malang ia boleh diputarbelitkan oleh golongan tertentu untuk menghalalkan tindakan meliwat isteri sendiri!

Sebenarnya apa yang penting sekarang ialah untuk kita umat Islam menghentikan kegiatan salah menyalah, tuding menuding, dan yang lebih teruk, kafir mengkafir orang lain yang tak sehaluan mereka.

Hentikanlah mendabik dada "kita lebih Islamik daripada orang lain". Jangan kita jadi saperti seekor ayam jantan yang ghairah berkokok tetapi taik penuh terpalit di ekornya! Kelak nanti kita akan jadi bahan ketawa orang sahaja!

Ingatlah, kuat lidi kerana diikat, kuat umat kerana muafakat!


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment