Thursday, November 17, 2011

RG2011... Fw: Bukti Kualiti Produk KR1M Meragukan

 

----- Original Message -----

Susu 1M'sia Ditarik Balik, Bukti Kebenaran Kualiti Produk KR1M Meragukan

 
Susu 1M'sia ditarik balik, sos cili masih di pasaran

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

"Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak," petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

"Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan," petik kenyataan itu lagi. -mk
Susu formula 1Malaysia pula jadi sasaran Pua

Kandungan susu formula bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985, dakwa ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pua yang sebelum ini kerap kali membidas pengendali kedai itu, Mydin Mohamed Holdings Bhd, kali ini mendakwa
'susu membesar' 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

"Kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 IU (unit antarabangsa) bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan,"
dakwanya, dengan mendasarkan perbandingan itu dengan had yang ditetapkan oleh Akta Peraturan Makanan.

Mydin, semalam telah membuat penjelasan berhubung beberapa dakwaan yang dibuat oleh Pua yang berkata produk di kedai berkenaan dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

Pua berkata pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan di 'Hypervitaminosis A', yang antara lain, boleh menyumbang kepada masalah hati, mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan warna kulit.

Ditanya sama ada ia boleh menyebabkan keracunan, Pua berkata: "Nampak macam itu, tetapi saya bukan doktor. Awak boleh semak dengan seorang pengamal perubatan."

Ketika membandingkan formula susu 1Malaysia 300gm dengan Nespray 1 +, keluaran Nestlé, katanya, susu 1Malaysia kekurangan "nutrien utama" seperti yang disyaratkan oleh peraturan.

Beliau juga berkata 15 nutrien utama tidak terdapat dalam formula 1Malaysia itu: Asid lemak yang diperlukan; Vitamin D; Vitamin C; Vitamin B1; Vitamin B2; Nicotinamide; Vitamin B6; Asid Folic; Asid Pantothenic; Vitamin B12; Vitamin K1; Vitamin H; Vitamin E; Iodine dan Zink.
-mk


Ulasan GB

Tadi, GB sudah ulas. Petikan:

Sepatutnya produk-produk yang berjenama 1Malaysia perlu menjalani ujian kualiti terlebih dahulu kemudian baru dipasarkan. Ini sudah terbalik. Ia dipasarkan kemudian diuji, itupun masih ada pihak penjual seperti Mydin yang mengampu menteri dan produk 1Malaysia tak tentu pasal kononnya ingin mendedahkan KEBENARAN!!!, sedangkan hakikatnya ialah KEPALSUAN!!!

Kedua, mengenai sos cili yang menurut Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri sedangkan tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Ia dinafikan oleh pembekalnya. Sedangkan yang menjalankan ujikaji yang membuktikan sos cili 1Malaysia itu merbahaya adalah sebuah makmal kepunyaan syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia iaitu Unipeq Sdn Bhd, sebuah anak syarikat UKM.

Justeru itu, pembekal sos cili 1Malaysia PERLU menunjukkan bukti kajian makmal yang dikatakan COMPLY (mematuhi syarat)keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan. Jika tiada bukti, maka pengguna dan rakyat BERHAK dengan menggunakan kaedah perundangan "caveat emptor" (let the buyers beware) untuk memboikot produk berkenaan kerana sudah ada kajian yang sahih bahawa produk itu MERBAHAYA.

Laporan sebelum ini,

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment