Sunday, November 27, 2011

RG2011... Fw: Di Indon Kita di Hina.. Sini Kita Siap Bagi IC...

 

----- Original Message -----

Lagi sindiket IC untuk warga asing dibongkar

(Nabihah Hamid)


KUALA LUMPUR: Satu lagi operasi sindiket memberi MyKad kepada warga asing di Pusat Latihan KIWA yang dilakukan di tepi lebuh raya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terbongkar.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS, Pusat Adram Musa berkata, pihaknya sudah membuat laporan di balai polis Sepang.

"Polis mendapati lima suspek sudah dapat IC (kad pengenalan) bernombor 71 iaitu lahir luar dari Malaysia. Ini menunjukkan wujud skandal pemberian IC dan salah urus peraturan undang-undang dalam negara. Lima warga asing ditahan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Bagaimanapun, Adram hairan kerana penganjur sindiket berkenaan adalah individu sama dalam kes yang dibongkar sebelum ini.

"Kita curiga, penganjurnya sama dalam kes di Astana Dugang Desa Putra berhampiran Putrajaya tempoh hari," kata Adram.

Sebelum ini sindiket sama yang ada kaitan dengan pemberikan MyKad kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya, dikesan di sebuah resort berhampiran Putrajaya.

Enam bas membawa warga asing ke resort berkenaan tetapi polis membuat penafian dan memberi alasan tak masuk akal, kononnya warga asing di Istana Dugang Country Resort itu menghadiri kursus keusahawanan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23393

Di Indon Kita di Hina.. depa Mai Sini Kita Siap Bagi IC...


PEMUDA PAS TUNTUT PENJELASAN MENTERI

Pihak polis bersama Pemuda PAS dan penduduk setempat telah berjaya menahan 5 orang suspek bersama seorang 'dalang' yang memberi kad pengenalan kepada warga asing dalam kejadian yang berlaku di Pusat Latihan KIWA berhampiran tepi lebuh raya menuju Lapangan Terbang Antarabangsa [KLIA] daripada IPD Sepang semalam.

Didapati 'dalang 'tersebut adalah orang yang sama terlibat di dalam penganjuran "Kursus Keusahawan" di Astana Dugang Desa Putra, Sepang pada 12 Oktober yang lalu. Dalam kejadian tersebut, polis menahan kelima-lima suspek yang mempunyai kad pengenalan KOD 71. Seorang penduduk tetap yang berjaya ditahan oleh orang awam berjaya melarikan diri.

Ekoran daripada kejadian ini, Pemuda PAS menuntut penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri untuk memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku ini. Pemuda PAS telah membongkar kes seperti ini sebanyak dua kali berturut-turut pertamanya pada 12 Oktober 2011 di Astana Dugang dan terbarunya adalah semalam [23 November 2011] di Pusat Latihan KIWA. Pemuda PAS sangat kesal kerana pihak menteri masih lagi tidak memberikan jawapan mengenai perkara ini sejak dibongkar oleh Pemuda PAS pada kes yang pertama.

Terdapat juga aduan daripada orang awam bahawa wujudnya sindiket menjual kad pengenalan kepada warga asing. Pemuda PAS juga menuntut pihak polis membuat siasatan lanjut mengenai aduan ini kerana ianya berkaitan isu keselamatan dan maruah negara.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment