Friday, November 18, 2011

RG2011... Fw: Khutbah Jumaat / 18 November 2011 / 22 Zulhijjah 1432

 


----- Original Message -----
From: "Ridzuan bin MUSTAPHA" <r_mustapha@ofs.edu.sg>
To: <zulyatie@pd.jaring.my>
Sent: Friday, November 18, 2011 11:20 AM
Subject: Khutbah Jumaat / 18 November 2011 / 22 Zulhijjah 1432

> Majlis Ugama Islam Singapura
> Khutbah Jumaat
> 18 November 2011 / 22 Zulhijjah 1432
> Pengajaran Dari Peristiwa Pembukaan Kota Mekah
>
> Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian,
> Bertakwalah kepada Allah s.w.t. Marilah kita tunaikan segala
> perintah-Nya, dan kita tinggalkan segala larangan-Nya, kerana cinta kita
> kepada-Nya, dan kerana mensyukuri rahmat dan nikmat-Nya.
>
>
> Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
> Salah satu peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah hidup Rasulullah
> s.a.w. ialah kejayaan Baginda membuka kota Makkah.
>
> Peristiwa ini sangat penting kerana ia menggambarkan kemuncak kejayaan
> dakwah Rasulullah s.a.w. Umat Islam bermula sebagai kelompok yang lemah
> dan ditindas, saudara-saudara sekelian, hingga terpaksa berhijrah ke
> Madinah. Akan tetapi, akhirnya mereka kembali ke Mekah dan menguasainya
> daripada golongan Musyrikin yang dahulunya amat memusuhi Islam.
>
> Saudara-saudara sekelian,
> Penaklukan kota Mekah berlaku pada tahun yang kelapan Hijrah. Ia berlaku
> kerana kaum Musyrikin Quraisy telah mengkhianati perjanjian damai di
> antara mereka dengan Rasulullah, yang dimeterai ketika peristiwa
> Al-Hudaibiyyah, dua tahun sebelum itu.
>
> Baginda mendapat tahu bahawa pihak Quraysh Mekah telah membantu sekutu
> mereka, iaitu puak Bani Bakr, menyerang Bani Khuzaa'ah, yang merupakan
> sekutu Rasulullah s.a.w. Baginda lalu mengumpulkan para sahabat dan
> sekutunya seramai 10,000 pejuang untuk bersamanya menuju ke Makkah.
>
> Melihat jumlah pejuang yang begitu ramai, pihak Quraisy tidak berani
> melawan. Rasulullah s.a.w. akhirnya berjaya memasuki kota Mekah dan
> menguasainya dari Quraisy secara aman, tanpa sebarang pertumpahan darah.
>
> Saudara-saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
> Banyak sekali pengajaran yang boleh didapati dari peristiwa ini. Di
> antaranya, ialah pentingnya untuk kita yakin dengan janji Allah.
>
> Saudara-saudara sekalian, Allah tidak pernah memungkiri janji. Dan
> kejayaan Rasulullah membuka kota Makkah ini adalah salah satu janji yang
> Allah tunaikan.
>
> Kenapa saya katakan demikian? Kerana ketika Rasulullah s.a.w. bersedih
> meninggalkan Makkah semasa peristiwa Hijrah, Allah menjanjikan harapan
> kepada Baginda dengan diturunkan ayat 85 pada surah Al-Qasas:
>
>
>
> Yang bermaksud: "Sesungguhnya yang mewajibkan ke atasmu (Yakni Muhammad
> s.a.w.) Al-Quran benar-benar akan mengembalikanmu ke tempat kembali (ke
> kota Mekah)."
>
> Subhanallah! Perhatikan saudara-saudara sekalian! Betapa Allah tidak
> mengecewakan hamba-hamba-Nya yang benar-benar beriman kepada-Nya!
>
> Sebagaimana Rasulullah s.a.w. tidak dikecewakan Allah, maka begitulah juga
> kita perlu yakin, bahawa kita ini juga tidak akan dikecewakan oleh Allah
> s.w.t. Namun, iman kita mesti teguh. Usaha juga perlu kita lakukan dengan
> bersungguh-sungguh.
>
> Selain itu, jika kita perhatikan, ayat yang mengandungi janji Allah itu
> diturunkan semasa peristiwa Hijrah. Sedangkan kejayaan membuka kota Mekah
> hanya tercapai lapan tahun setelah Hijrah. Apakah maknanya ini,
> saudara-saudaraku sekalian?
>
> Ya, ini memberi kita kesedaran bahawa Allahlah yang menentukan bila masa
> dan detiknya janji-Nya itu akan ditunaikan.
>
>
> Kewajipan kita ialah untuk beriman sepenuh jiwa.
> Kewajipan kita ialah untuk terus berusaha.
> Kewajipan kita ialah untuk bertawakkal hanya kepada-Nya.
> Namun kejayaan adalah ketentuan Allah semata. Kita tidak boleh
> tergesa-gesa mengimpikan kejayaan, kerana sifat tergopoh-gapah akan
> menyebabkan kita merasa cepat kecewa.
>
> Pengajaran Kedua - Kepentingan membuat perancangan yang baik bagi mencapai
> kejayaan.
>
> Perhatikan, saudara-saudara sekalian, berapakah jumlah pejuang yang
> bersama Rasulullah membuka kota Mekah, yang telah saya nyatakan di awal
> khutbah tadi? Sepuluh ribu orang, saudara-saudara sekalian!
>
> Nah, bandingkan pula dengan bilangan pejuang di dalam perang Badar. Berapa
> ramai, saudara-saudara sekalian? Ya, tiga ratus tiga belas orang sahaja!
>
> Cuba bayangkan, saudara-saudara sekalian. Dalam tempoh cuma lapan tahun,
> sejak peristiwa Hijrah, jumlah hanya tiga ratus tiga belas orang pejuang
> di dalam perang Badar telah dapat meningkat kepada sepuluh ribu orang
> pejuang dalam tempoh lapan tahun sahaja, saudara-saudara sekalian!
>
> Ini berlaku kerana Rasulullah membuat perancangan yang baik,
> saudara-saudara sekalian. Baginda juga merancang dalam setiap aspek
> perjuangan. Antaranya, perancangan Baginda ketika hendak berhijrah. Begitu
> juga perancangan Baginda ketika mempertahankan Madinah dalam perang
> Khandak. Ia tidak cukup hanya dengan berbekalkan iman dan kesungguhan.
>
> Oleh itu, saudara-saudara sekalian, jika kita ingin berjaya, janganlah
> hanya yakin. Janganlah hanya gigih. Janganlah hanya berani. Tetapi
> penting juga kita membuat perancangan dengan baik dan teliti.
>
> Pengajaran yang Ketiga - Kepentingan persekitaran yang aman bagi kejayaan
> dakwah.
>
> Saya katakan tadi, bahawa seramai sepuluh ribu orang pejuang bersama
> Rasullullah membuka kota Makkah. Ini adalah satu jumlah yang besar.
> Sebenarnya kejayaan Rasulullah mengumpulkan jumlah pejuang yang begitu
> ramai berkait rapat dengan Perjanjian Al-Hudaibiyyah yang dibuat pada
> tahun keenam Hijrah dengan para pemimpin Quraisy. Ianya sebagai satu
> genjatan senjata untuk mengelakkan suasana peperangan yang sentiasa tegang
> daripada berterusan.
>
> Persekitaran yang aman ini, hasil daripada Perjanjian Hudaibiyah, telah
> membolehkan Rasulullah menumpukan perhatian lebih besar dalam usaha
> dakwah. Ia menyebabkan jumlah orang yang memeluk agama Islam dalam tempoh
> dua tahun selepas perjanjian tersebut, lebih ramai dari jumlah orang Islam
> sebelumnya.
>
> Sebab itulah juga, perjanjian Hudaibiyah kemudiannya dikatakan sebagai
> 'Fathan Mubina' yakni kemenangan yang nyata, dalam ayat pertama Surah
> Al-Fath yang berbunyi:
>
> Ertinya: "Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Yakni Nabi
> Muhammad s.a.w.) satu jalan kemenangan yang jelas nyata."
>
> Oleh yang demikian, saudara-saudara sekalian, ini menjadi hujjah menolak
> pendapat mereka yang mendakwa Islam akan lebih berjaya jika ditegakkan
> melalui jihad bersenjata dan perang. Sebaliknya, saudara-saudara
> sekalian, perhatikanlah, betapa Madinah dan Mekah dikuasai Rasulullah
> tanpa pertumpahan darah, tetapi lebih disebabkan oleh dakwah dalam suasana
> yang aman.
>
> Saudara-saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
> Kita telah perhatikan kejayaan Rasulullah membuka kota Makkah. Banyak
> pengajaran yang dapat kita petik daripadanya.Namun, bagaimanakah adab
> Rasulullah setelah memperolehi kejayaan tersebut?
>
> Saudara-saudara sekalian, insaflah, betapa Baginda tetap kekal dengan
> sifat rahmat dan belas ihsannya. Sedikitpun tidak nampak tanda-tanda
> Baginda berhasrat membalas dendam terhadap mana-mana pihak yang pernah
> memusuhinya. Sebaliknya, dengan keluhuran budi, Baginda berkata:
>
> Yang bemaksud: "Pergilah, sesungguhnya kamu semua bebas pada hari ini!"
>
> Allahu Akbar! Maha Agung Allah yang menjadikan kekasih-Nya memiliki
> kerendahan hati yang begitu mulia sekali!
>
> Malah Allah mendidik Rasul-Nya dengan adab-adab kemenangan, seperti yang
> terkandung di dalam Surah Al-Nasr ayat 1-3:
>
> Ertinya: "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan (dengan
> menguasai Mekah), dan kamu melihat manusia masuk dalam agama Allah
> beramai-ramai, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun
> kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."
>
> Subhanallah! Demikian akhlak Nabi dalam menyambut kemenangan. Bagaimana
> pula akhlak kita yang mengaku umat Nabi ini dalam menerima kejayaan,
> saudara-saudara sekalian?
>
> Ingatlah Allah setelah kita berjaya. Bukan hanya ketika kita
> menginginkannya sahaja.
>
> Banyakkanlah bertasbih dan beristighfar setelah kita berjaya. Bukan hanya
> dengan banyak mendabik dada dan membesar-besarkan usaha gigih sendiri
> semata.
>
> Allah mahu kita tawadhu' dalam meraikan kejayaan. Demikianlah Rasulullah
> s.a.w. ketika memasuki kota Mekah sebagai penakluk. Baginda memasukinya
> dengan penuh kerendahan hati. Baginda memilih untuk menaiki unta, bukan
> kuda. Baginda tidak menghina dan mengejek mereka yang dikalahkan olehnya,
> apatah lagi menindas atau menganiaya.
>
> Demikianlah pengajaran dari peristiwa penting dalam sejarah Islam, iaitu
> penaklukan Makkah. Semoga ia menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada
> kita semua.
>
>
>
>
>
> Ridzuan Bin Mustapha,PBM,PBS
> Traffic Supervisor
> Overseas Family School
> Hp: +6596512591

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment