Tuesday, November 1, 2011

RG2011... Fw: Papa Gomo Di Kutuk Oleh Pemimpin BN

 

----- Original Message -----

Panas: Blogger Papa Gomo Kini Akhirnya Merajuk, Selepas Di Tegur Oleh Pemimpin UMNO BN Sendiri Yang Terlalu Kecewa Terhadap Tulisan Fitnahnya!

PDO
 
 
Gara-gara teguran yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO BN, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri. Maka akhirnya, blogger paling hebat, sensasi dan ganas pro UMNO iaitu Papa Gomo (foto) mengambil keputusan untuk berhenti menulis isu-isu politik tanahair. Keputusan itu mungkin akibat kecewa dengan teguran yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN sendiri yang mula melihat beliau kini sudah jadi "duri dalam daging" parti itu sekarang.
 
Demikian ditegaskan beliau dalam posting terbaru di blognya yang berbunyi "Artikel Gua ni merupakan yang terakhir Gua sentuh bab politik sebelum Gua nak berehat panjang dari dunia politik. Gua memang dah malas nak bercerita pasal politik dalam Malaysia ni. Gua dah naik muak dengan karenah pemimpin atasan BN yang berjawatan dan berpangkat ni dalam kerja gila depa mempertahankan kuasa. Gua meluat dan gua menyampah!!!".
 
Malah pada perenggan terakhir tulisannya itu Papa Gomo juga menegur sikap beberapa kerat pemimpin yang hanya ingin mengekalkan kuasa. "Gua nak berehat dari bercerita Politik Malaysia ni, Gua nak buat artikel lain yang takda sangkut paut dengan politik. Cerita artis ke, Kereta ke, Sukan ke, fashion ke apa sahaja yang takda kena mengena dengan Politik. Gua meluat dan menyampah dengan beberapa pemimpin atasan yang hanya tahu mengekalkan Kuasa Politik dan dikelilingi pegawai yang gilakan projek", kata tulisan terbaru di laman blognya.

Papa Gomo kecewa kerana ditegur oleh Koh Tsu Koon dan TPM Muhyiddin
 
Perkembangan ini adalah sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan. Susulan laporan "songsang" yang disiarkan, akhirnya ia memakan diri. Malahan tindakan Papa Gomo mendedahkan kononnya Pengerusi Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon sedia berdepan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Pilihanraya Umum akan datang jelas sekali tidak disenangi oleh semua pihak. Papa Gomo sudah menjadi "barah" dipihak kerajaan sekarang ini. Muhyiddin Yassin semalam menasihatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak membuka pekung di dada sesama sendiri dalam usaha untuk menampilkan BN sebagai barisan yang kuat untuk rakyat.
 
Walau bagaimana pun dalam perkembangan mutakhir, penulis blog pro-Umno perlu diberi nasihat. Ini kerana para penulis blog cuba mengambil alih peranan wartawan dan menampilkan parti komponen BN bertentangan dengan apa yang dikatakan Muhyiddin. Contoh mutakhir adalah tulisan penulis blog hapraknews.blogspot.com dan Papa Gomo yang membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap Koh Tsu Koon. Kenyataan yang dilaporkan ini timbul tatkala Gerakan selesai mengadakan perhimpunan agungnya dan berada di persimpangan politik untuk menentukan arah hala tuju serta kerelevanan parti tersebut.

[Sebelum ini, Papa Gomo melaporkan berita palsu bahawa anak Lim telah dipindahkan sekolah setelah menodai seorang pelajar perempuan. Yang lebih menarik adalah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah mengiktiraf Papa Gomo sebagai wartawan siasatan di dalam laman Twitternya tidak berapa lama dahulu. Lebih memburukkan keadaan lagi adalah organ dalam talian rasmi UMNO, UMNO Online turut tidak segan untuk menyiarkan laporan melulu.

Sebagai penulis blog pro-UMNO-BN atau pro-Pakatan Rakyat, mereka perlu sedar bahawa penulisan mereka mewakili parti siasah berkenaan dan pembohongan yang ditulis mereka akan dilihat sebagai suara parti. Dalam keadaan begini, penulis-penulis blog UMNO lebih banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kerajaan UMNO-BN berbanding dengan pertelingkahan sesama parti komponen BN. Jika benar Papa Gomo merajuk, dan tidak mahu lagi menulis berkaitan isu-isu politik maka ia satu kejayaan kepada "perang siber" sebenarnya. Blogger yang cukup hebat dan dasyat seperti itu akhirnya tumbang gara-gara kecewa dengan sikap pemimpin yang beliau perjuangkan selama ini. Mungkin ramai lagi akan berbuat demikian selepas ini. Masa akan

 

Panas: Si 'Papa Gomo' Di Kutuk Oleh Pemimpin BN Sendiri Gara-Gara Siar Berita Palsu Terhadapnya !

PDO
 
 
Berita paling menarik untuk diperkatakan hari ini ialah berkenaan dengan kes Blogger Sensasi Pro UMNO yang bernama Papa Gomo (foto) dikutuk oleh pemimpin kerajaan sendiri. Selama ini, apa saja kenyataan dan tulisan blogger terbabit disokong dan disanjung umpama "dalil" buat penyokong mereka. Malah, para pemimpin mereka juga bertepuk tangan dengan menerima apa saja yang diperkatan oleh beliau selama ini. Baik isu agama, perkauman, seks dan segala-galanya. Namun, tiba-tiba sahaja nama Papa Gomo dikaitkan dengan blogger yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.
 
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Gerakan iaitu parti komponen BN. Pemimpin terbabit iaitu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh Papa Gomo yang memuatkan artikel dalam laman blognya yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada PRU akan datang. Sambil menepis laporan itu, Tsu Koon menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar. Beliau berkata, penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.
 
"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya. "Setiausaha Akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti Gerakan di Menara PGRM dekat Cheras hari ini.

Bukti kenyataan Koh Tsu Koon yang kutuk Papa Gomo di Utusan Online

[Teguran Koh Tsu Koon terhadap Papa Gomo ini sungguh menarik untuk kita perkatakan, kerana selama ini ramai penyokoong UMNO BN yang begitu taksub dan percaya dengan apa saja pendedahan yang dibuat oleh blogger terbabit. Terbaru, isu video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang wanita Cina yang heboh diperkatakan baru-baru ini. Papa Gomo antara blogger yag dilihat mendapat mandat untuk memainkan video-video sensasi menerusi laman youtube yang disiarkan juga di blognya. Malahan, paparan itu sungguh menarik kerana disaat video yang asal sepatutnya berada dalam simpanan pihak polis selepas ia diserahkan oleh Datuk Eskay dan Trio Datuk T. Maka, dengan pendedahan Koh Tsu Koon itu jelas membuktikan kepada kita bahawa itulah sikap sebenar blogger Papa Gomo itu rupanya. Fikirkanlah].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment