Thursday, November 24, 2011

RG2011... Fw: PM Najib Umum Pinda Seksyen 15 AUKU

 

----- Original Message -----

PDO

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universitu (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar berusia 21 tahun ke atas menggangotai mana-mana parti politik. Keputusan ini dilihat sebagai satu tindakan bijak kerana akta tersebut dipercayai tidak relevan dengan situasi semasa. Tambahan pula rata-rata mereka yang berumur 21 tahun itu sebenarnya sudah layak dan ramai yang berdaftar sebagai pengundi pilihanraya.

Makanya, jika mereka tidak dibenarkan terlibat dengan mana-mana parti politik bererti menyekat kebebasan mereka dalam negara demokrasi berdaulat seperti Malaysia ini sebenarnya. Justeru, ramai mahasiswa mahu ia dihapuskan terus kerana ia bertentangan dengan hak-hak asasi manusia. Apapun, ramai juga yang sangsi dengan keputusan Najib itu. Tambahan pula ketika bahang Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang. Ramai yang mengganggap ini hanya "trick PM" untuk mengaburi mata pengundi muda agar percaya kononnya kehendak mereka telah dituruti oleh kerajaan. Ia berikutan daripada hasil keputusan pertemuan Najib dengan pengamal media baru pro-kerajaan di PWTC baru-baru ini.

Maka itulah mereka mengganggap kenyataan boleh terlibat denga mana-mana parti politik itu juga tidak mungkin menjadi realiti. Ini kerana kerajaan sudah pasti hanya akan benarkan mereka terlibat dengan politik UMNO BN semata-mata jika pun ia dilaksanakan. Inilah juga yang berlaku ketika kerajaan benarkan guru-guru bergiat dalam politik sebelum ini. Maknanya perkataan "benarkan mahasiswa sertai mana-mana parti politik" itu harus lebih sesuai dan jelas lagi. Jika tidak golongan terbabit tetap akan mengatakan mereka dipergunakan untuk raih undi PRU-13 semata-mata.

[Apapun, keputusan yang dibuat oleh Najib ini setidak-tidaknya boleh melegakan para peajar dan mahasiswa terbabit. Biar pun penuh helah dan sebagainya, namun Najib adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang berani membuat perubahan. Sama ada ia popular atau tidak mungkin bukan masalahnya. Apa yang penting rakyat secara majoriti sudah pasti akan melihat Najib bukan sekadar cakap kosong semata-mata. Memang benar ada beberapa perkara yang masih gagal dilaksanakan sekarang ini, namun sebagai rakyat yang bijak berfikir kita harus sedar bahawa ada kalanya apa yang kerajaan buat itu boleh memberi kelebihan kepada rakyat. Maka itu, tidak perlulah kita terlalu melenting dan terus membangkang tidak tentu hala. Semoga perubahan ini akan dapat dinikmati oleh generasi akan datang hendaknya. Teruskan perjuangan !].

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment