Saturday, November 19, 2011

RG2011... Hasan Ali sahkan kegiatan murtad memang berlaku!!!

 

Sah!!! Pakatan Sokong Murtad Di Selangor

Sah!!! Pakatan Sokong Murtad Di Selangor

Penulis harap semua kita jangan lupa dengan kegiatan sesetengah gereja di negara ini cuba memurtadkan umat Islam.  Maklum, banyak betul perkembangan-perkembangan menarik yang berlaku dalam negara kita sekarang ini sampai tak tahu nak fokus mana satu.

Penulis hari ini ternampak sisipan dalam Malaysian Insider, portal pro pembangkang yang memetik jawapan Exco Agama Selangor, Datuk Hassan Ali kepada soalan ADUN Sg Burung, Datuk Mohamad Shamsudin Lias di DUN Selangor pagi tadi berhubung cubaan menyebarkan agama kristian dikalangan orang Islam.

Hassan Ali mengesahkan kegiatan itu memang benar berlaku dan tambah mengejutkan bila alat-alatan canggih seperti bible yang dikuasakan dengan solar turut digunakan.

Itu membuktikan bahawa memang Pakatan Rakyat Selangor memang melindungi kegiatan ekstrimis Kristian untuk menyebarkan agama tersebut dikalangan orang Islam walaupun ia jelas bertentangan dengan perlembagaan.

Ini diperkuatkan lagi dengan tindakan Khalid tergesa-gesa memohon maaf kepada pihak Gereja sebaik pemeriksaan JAIS ke atas gereja tersebut menjadi kecoh.  Ada sumber menyebut, "Khalid sudah berjanji kepada puak kristian bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak akan mengganggu aktiviti pihak Gereja termasuk cuba memurtadkan umat Islam", katanya.

Ini adalah balasan kepada sokongan pihak gereja kepada Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat sebelum pilihanraya umum ke 12 bermula pada 2008.

Penulis dah lama cakap, di Malaysia ini ke'bangsa'an itu bukan satu masalah, masalah sebenarnya ialah agama.  Mereka mahukan agama lain boleh disebarkan dengan seluas-luasnya dikalangan orang Islam tapi sekarang terbantut kerana Perkara 11(4) Perlembagaan Malaysia menjadi penghalang.

Tapi kerana takut dikenakan tindakan, tambahan pula tuk nenek moyang masing-masing dah bersetuju dengan Islam sebagai agama rasmi dan beberapa perkara lain sebagai ganti kerakyatan di Tanah Melayu, maka tidakla perkara ini dibualkan secara terbuka.

Bagaimanapun dengan prestasi baik pembangkang dalam PRU 2008, peluang ini digunakan sebaik-baiknya untuk melakukan apa yang dulu menjadi taboo di Malaysia ini – menyebarkan Kristian di kalangan umat Islam.

Penulis tidak ada masalah dengan orang kristian tapi penulis ada masalah dengan puak kristian yang cuba menyebarkan agama mereka dikalangan orang Islam kerana ia melanggar undang-undang dan perlembagaan.

Apa pun tahniah juga penulis ucapkan kepada Hassan Ali kerana berani menyatakan yang benar kepada rakyat, seterusnya melanggar arahan tutup mulut (gag order) yang dikeluarkan Khalid Ibrahim.

Kalau semalam penulis kata Pakatan tidak mampu memerintah Malaysia kerana tidak stabil, hari ini penulis menambah satu lagi bahawa Pakatan tidak mampu mengawal kepelbagaian kepercayaan di Malaysia seterusnya menjebakkan negara ini ke kancah kekacauan dan huru hara.

Hari ini dengan BN menguasai kerajaan pusat pun, masalah ini berleluasa di Selangor, apatah lagi kalau depa yang menjadi kerajaan pula.

 

Fikir-fikirkanlah..

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment