Wednesday, November 16, 2011

RG2011... IKLAN : KEM BINA INSAN CEMERLANG ..anjuran pondok pdg temu , melaka

 



As Salam.

Remaja makin bangga, seronok buat jenayah
Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah
Statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, MENAKUTKAN, Pada 2007, 1836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 2008 yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.
Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya menunjukkan empat masa utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.

REMAJA MENURUT AL-QUR'AN DAN AL-SUNNAH
 
Pendidikan merupakan asas yang penting dalam Islam. La diberi perhatian serius oleh Islam sejak manusia berada
di a lam kandungan hingga ke akhir hayat. Keunggulan sistem pendidikan Islam telah dibuktikan oleh sejarah.,
sejak zaman Rasulullah S.A.W hingga ke hari ini. Ia membentuk individu, keluarga, masyarakat dan negara yang
membangun dalam semua aspek.
Sehubungan itu Islam memberi perhatian yang tinggi kepada remaja.. la merupakan kumpulan atau ejen yang amat
penting menentukan rebah bangun, maju atau mundur sesebuah masyarakat. Kedudukan masyarakat adalah banyak
bergantung kepada mutu keunggulan golongan ini. Sedangkan keunggulan mutunya pula ditentukan oleh
keberkesanan pendidikan yang membentuk mereka. Oleh itu, Islam memberi penekanan yang jitu kepada remaja dalam
aspek pendidikan agar akal, rohani dan fizikal mereka mantap dengan konsep Tarbiyah Rabbani.
 
Remaja Islam hari ini mengalami kekurangan daya tahan dalam menghadapi serangan budaya yang negatif,
yang bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan, ketimuran apa lagi dengan nilai keislam.
 
Pendidikan Islam berperanan untuk membina atau membentuk keperibadian yang sempurna
dalam berbagai-bagai aspek yang berhubung dengan jasmani, rohani, akal, amalan dan sosial bagi mendapat
kebahagiaan dunia dan akhirat.
 
Sehubungan tersebut , PMKT melalui keadah Tarbiyah Rabbani akan menganjurkan Kursus Kem Bina Insan Cemerlang bagi sesi ke 3 pada 20/11/2011 (Ahad) hingga  18/12/2011(Sabtu)
 
Pertanyaan sila hubungi :-
 
Ustaz Zulkifli Mohd Amin                                        Tel: 012-7005469
Ustaz Mohd Adlee Majid                                       Tel: 012-2934146
Ustaz Mohd Taufik                                                   Tel: 013-3273070
Ustaz Khairul Azman                                               Tel: 017-7010501
Ustaz Zaharuddin                                                    Tel: 014-7191674
 


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment