Tuesday, November 22, 2011

RG2011... Ke mana perginya semangat kesukanan?

 

Pendapat

http://www.youtube.com/watch?v=tyDxJey1ypk


Oleh Syed Imran

Temasya sukan sekarang bukan seperti beberapa dekad lalu. Dulu semangat kesukanan begitu tinggi dan dihargai. Temasya sukan, sama ada peringkat sehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijLhR0LbsFlthhSOnODhf0C7O7PR_EpdvyP4S8jxFcBdtYEASbRVy2U_yux8vXHoVl04VB9GQOVTzUtf0QEtvFDoK5JQP3PIVcOR2XJAqMmBj3qhNx9Jx3nY9tFD_WeMK6s2Kz9vEcxT6L/s400/SEA2011.jpgrantau, benua atau dunia, dijadikan pelantar untuk menjalin hubungan bukan sahaja antara negara tetapi antara para peserta. Begitulah tingginya semangat kesukanan.

 



Sekarang, temasya sukan dijadikan sandaran untuk meraih nama dan imej. Lebih banyak pingat emas yang diperolehi, lebih megah dan sombongnya sedangkan semangat kesukanan tidak menjadi ukuran.

Negara yang begitu ghairah untuk menang sesuatu acara sukan akan melakukan apa saja yang dibolehkan, dan ada kalanya membabitkan penipuan dan muslihat tertentu, untuk mencapainya. Sukan tidak lagi dijadikan pelantar atau wadah untuk menjalin silatur-rahim dan setiakawan tetapi sebagai medan perang untuk menang.

Beberapa dekad lalu, dua buah negara di Amerika Selatan hampir berperang ekoran perbalahan membabitkan perlawanan bolasepak. Begitulah hebatnya sukan sehingga dua buah negara sanggup berperang. Walau bagaimanapun, kehebatan itu memperlihatkan kejanggalan dalam memahami apa itu semangat kesukanan dan kemenangan bukanlah segala-galanya.

Di kalangan negara Asia Tenggara,  Sukan SEA menjadi kayu pengukur sejauh mana sesebuah negara itu jaguh dalam arena sukan. Setiap negara yang dipilih bergilir-gilir menjadi tuan rumah, akan mengadakan acara sukan yang mampu membawa kemenangan walaupun ianya tidak popular di negara lain. Yang penting ialah untuk mengumpul sebanyak yang boleh pingat emas.

Pada temasya Sukan SEA semasa di Palembang dan Jakarta, kita dapat lihat ketandusan semangat kesukanan di kalangan penyokong malah pegawai tuan rumah. Bagi mereka, Malaysia adalah 'musuh' utama dan di mana saja atlet Malaysia muncul, akan bergemalah ejekan, sindiran, kata-kata cacian dan penghinaan. Mereka tidak langsung menghormati bendera dan lagu kebangsaan kita. Kebiadaban yang diperlihatkan itu amat memalukan dan jelas tidak menghormati tetamu kerana kita dan negara ASEAN yang lain adalah tetamu mereka.

Apa yang amat menyedihkan ialah cara mereka melayani pasukan bolasepak kita. Keperitan yang dilalui oleh pasukan Harimau Muda tidak pernah dilalui oleh mana-mana pasukan kebangsaan.  Mereka terpaksa berhimpit-himpit dalam kereta perisai milik polis republik itu, mereka dinafikan hak latihan di stadium, mereka di maki hamun dan diperlekehkan.

Namun demikian, segagah  gelaran Harimau Muda, pasukan bolasepak bawah umur 23 tahun Malaysia itu memperlihatkan semangat juang yang tinggi dan tidak gentar menghadapi ancaman dan serangan sang Garuda. Bukan sekali tetapi dua kali Harimau Muda menjinakkan Garuda di gelanggang lawan.  Bukan calang-calang pasukan yang mampu berbuat demikian.

Tahniah kepada Harimau Muda. Tahniah Ong Kim Swee atas kejayaan anda membawa kemenangan walaupun menghadapi 1001 macam dugaan, rintangan dan cemuhan.

Para atlet Malaysia memperlihatkan adab dan sopan santun yang tinggi walaupun tidak dilayan sewajarnya oleh tuan rumah.  Atlet Malaysia menunjukkan bahawa budi bahasa adalah budaya kita. Bukan sebaliknya seperti yang dipertonton oleh penyokong dan sebilangan pegawai penganjur Sukan SEA Jakarta dan Palembang.

Teringat akan saya pepatah Cina yang bermaksud: "Sekeping emas terpelihara kemurniaannya walaupun dicairkan seratus kali. Seorang wira tidak boleh hilang pertimbangan walaupun menempuh bahaya dan kesukaran."

Itulah yang dilalui oleh para atlet Malaysia di Jakarta dan Palembang. Syabas.

 http://kudaranggi.blogspot.com


Ini Rahsia Kejayaan Harimau Muda


Kata-kata ini diucapkan oleh Pelatih Timnas Harimau Muda, Ong Kim Swee sebelum sepak mula final Sepak Bola Sea Games 2011 tempohari,

They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.

Terjemahannya,

Mereka tidak menghormati anda, mereka tidak menghormati bendera kita, mereka tidak menghormati Raja kita dan mereka tidak menghormati orang tua anda. Jika anda membiarkan ini terjadi, maka anda pengecut! Anda harus mengajarkan mereka apa maknanya menjadi rakyat Malaysia.

1322012686344953359

Ianya dipetik dari Internet. Saya tidak tahu kebenarannya. Namun begitu kata-kata semangat sebegini apabila menghadapi ratusan ribu, malah jutaan lawan, bisa membangkitkan semangat yang luar biasa!

Tahniah buat Harimau Muda. Tahniah juga buat Gadura Muda. Saya berharap agar timnas Garuda Muda ini dapat dikekalkan bersama untuk beberapa tahun lagi dan terus digilap terutama dari sudut team work mereka. Jika team work mereka bagus, tiada apa yang boleh menghalang laluan mereka. Salam damai.



http://www.youtube.com/watch?v=tyDxJey1ypk

Kemarahan telah bermunculan di kalangan masyarakat silat daerah setelah Wasit pencak silat asal Singapura membuat keputusan yang sangat kontroversial di final kompetisi.

wasit Singapura Salam Jasni memilih untuk memberikan penghargaan kepada Dian Kristanto Indonesia medali emas di final Kelas A 45-50kg meskipun atlit ini telah menggigit atlit Thailand, lari dan bersembunyi di balik punggung Salam.

Kelucuan Kristanto mulai setelah dua putaran kompetisi antara dia dan Anothai Choopeng, yang memimpin di akhir putaran kedua pada Kamis sore.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment