Wednesday, November 2, 2011

RG2011... KEBEBASAN SEKS SONGSANG dilaung oleh individu tertentu.

 

 

NGO sifatkan perjuangan Seksualiti Merdeka jijik

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jijik dan keji. Itulah gambaran yang diberikan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan penganjuran Seksualiti Merdeka yang bermula hari ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, program tersebut langsung tidak membawa faedah malah hanya menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat.

"Kita minta mereka senaraikan apa faedah yang ada dalam program ini dan mengapa tidak pernah bercadang untuk melaksanakan program yang mampu mengukuhkan hubungan antara kaum di Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan NGO yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Program yang kononnya mahu membela hak rakyat Malaysia agar tidak didiskriminasi atau diganggu hanya kerana orientasi seksual mereka itu, antara lain diisi dengan bengkel, pemutaran filem dan hal-hal yang berkaitan seksualiti.

Tambah Jurit, program itu secara tidak langsung adalah bukti pihak-pihak tertentu yang mahu meragut kesucian agama Islam dengan terancang.

"Kami mahu mengingatkan penganjur agar jangan mencabar orang Islam di Malaysia dan hormat Perlembagaan jika mereka tidak mahu sebarang kemungkinan berlaku," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Norsaleha Mohd. Salleh menyeru masyarakat yang berbilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang tidak bertamadun itu.

"Budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama jadi jangan kita menunggu laknat Allah turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan," katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pula menyifatkan penganjuran program berkenaan bersifat kurang ajar.

"Mereka tidak hormat dengan langit yang dijunjung dan bumi yang dipijak. Biarpun mereka buat atas dasar hak asasi tetapi hak berkenaan ada batasnya," katanya.

Tambahnya, penganjur nyata tidak sensitif dengan masyarakat negara ini yang majoritinya merupakan umat Islam.

"Islam mengharamkan kegiatan homoseksual dan itu merupakan perbuatan yang jijik," ujarnya.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar pula menyeru semua pihak agar menentang sekeras-kerasnya agenda yang dibawa Seksualiti Merdeka.

Tambahnya, perkara itu jelas bertentangan dengan tabie manusia dan menjatuhkan moral masyarakat.

"Kita tidak perlu menjadi seperti bangsa lain yang menghalalkan hubungan sejenis dan menjadi masyarakat yang rendah moralnya," katanya.

Menurutnya, semua badan agama perlu memainkan peranan agar perkara itu dapat dibendung.

"Islam sendiri mengharamkan perbuatan berkenaan dan saya percaya agama lain juga sama. Jadi generasi muda terutamanya, perlu melengkapkan jati diri dan berpegang teguh pada landasan agama," jelasnya.

Post subject: YB ZUL: KEBEBASAN SEKS SONGSANG dilaung oleh ANWARINAS Reply with quote



(Paderi Gereja Protestant dari Malaysia, Pastor Ou Yang Weng Feng mengadakan upacara perkahwinan dengan pasangan gay pilihannya di New York pada 31.08.2011)

Antara pertubuhan yang menyokong himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI 2011

SPONSORS & SUPPORTERS of Seksualiti Merdeka 2011:
Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals


Salam 2 all.

Kalipah kaum Anwarinas dalam himpunan haram 09 Julai yang juga penganjur IFC Ambiga Sreenavasan akan melancarkan satu program himpunan dinamakan KEBEBASAN SEKSUALITI pada 09 November ini di Annexe Gallery bersebelahan Pasar Seni, Kuala Lumpur. Himpunan ini diberi tajuk "Queer Without Fear".

Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan LBGT - Lesbianisma, Bisexuality, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda hak asasi manusia!

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat saperti seks bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina.

Adalah jelas 'amalan yang hendak dipromosikan oleh program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI yang akan dilancarkan oleh kalipah kaum Anwarinas Ambeega Sreenavasan ini bercanggah sama sekali dengan amalan dan norma kehidupan manusia bertamadun.

Pada teman, ini adalah satu lagi sikap biaDAP dan kurang ajar puak-puak ini yang tidak putus-putus mencari helah untuk menimbulkan suasana provokatif terhadap rakyat Malaysia termasuk umat Islam!

Apakah tujuan mereka mahu membuat himpunan Kebebasan Seksualiti ini dalam suasana umat Islam sedang menjalani 'ibadah haji di Makkah dan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut 'Eidul Adha pada 06 November 2011.

Adakah kaum ini mahu memperjuangkan amalan seks bebas tanpa batas dalam negara ini? Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan pelbagai isu gejala sosial, perzinaan terbuka dan melampau, kegiatan homoseksual dan lesbian yang keterlaluan, gejala pembuangan bayi dan banyak lagi. Malahan sudah mula kedengaran amalan pesta bertukar pasangan diantara pasangan berkahwin bertukar laki dan bini masing-masing dengan orang lain.

Dan yang lebih memeranjatkan teman, ada kaum yang sedang berusaha untuk membawa usul supaya Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan dimansuhkan. Alasan mereka kerana ini bertentangan dengan prinsip kebebasan amalan seks LBGT yang menjadi tonggak himpunan SEKSUALITI MERDEKA yang dicadangkan pada 09 November ini. Mereka mendakwa bahawa banyak negara sudah memansuhkan Seksyen 377A-D, antaranya Britain, India dan Singapura!

Seksyen 377A-D adalah peruntukkan dimana 'amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti seks melalui dubur, samada antara lelaki dan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isteri sendiri), samada secara sukarela mahupun secara paksa, termasuk dengan haiwan adalah menjadi satu kesalahan yang dipandang serius dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan!

DAN INILAH SEKSYEN DIMANA ANWAR IBRAHIM DIKENAKAN PERTUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA AZIZAN ABU BAKAR (1998) DAN PEMBANTU PEJABATNYA SAIFUL BUKHORI AZLAN (2008)!!

Teman mengutuk keras program KEBEBASAN SEKSUALITI yang mahu dianjurkan ini. Pada teman, program himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI ini wajib ditentang dan dibantah habis-habisan. Malahan pihak berkuasa wajib mengambil tindakan mengharamkan himpunan ini.

Teman berharap kita tidak sampai ke peringkat saperti yang berlaku kepada Presiden Obama yang menerima tekanan politik yang hebat daripada kaum ini yang akhirnya tunduk kepada kehendak mereka, sehingga kaum lesbian dan gay kini boleh menjalankan 'amalan seks songsang dan bebas didalam Angkatan Tentera Amerika, na'uzubillah min zalik!

Dan kepada kaum Anwarinas yang mengangkat Ambeega sebagai kalipah himpunan haram 09 Julai mereka, adakah mike semua masih bersetuju dengan Ambeega ini? Dan apa pendirian mike dengan himpunan SEKSUALITI BEBAS ini? Tepuk dada tanya iman yop!

Adios amigos, grasias amigos.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
05 Zulhijjah 1432
01 Nov 2011

http://zul4kulim.blogspot.com/2011/11/kebebasan-seks-songsang.html

 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment